Telah dtakdirkan aku menjadi seorang guru, telah ditakdirkan sekolah menjadi duniaku, sesungguhnya bukan pangkat bukan gelaran bukan anugerah cemerlang yang aku buru, namun kepuasan datang bertamu apabila aku berjaya mencorakkan warna kehidupan seorang insan, merekalah amanah Allah untukku.....anak didikku ....KANVAS CINTAKU

Pengikut

Khamis, 29 Januari 2015

Jiwa Membara 5 Dinamik

Jiwa anak murid  saya di kelas 5 Dinamik membara awal tahun ini.Lihatlah pemilihan tema warna kelas mereka ...merah cili. Aktiviti menghias dan menceriakan kelas dimulakan semasa cuti sekolah lagi. Minda positif mereka diterjemahkan dengan hiasan kata-kata motivasi dari hadapan pintu masuk kelas lagi. Kelas mereka nampak mewah biarpun dikategorikan kelas pertengahan, middle class.Ada tikar getah,meja berhias lapik dan hiasan ringkas memenuhi ruang...Semua ini mencerminkan nilai-nilai kemanusiaan seperti toleransi, kerjasama,kasih-sayang,bantu-membantu hidup subur dalam jiwa mereka. Cetusan puisi menggambarkan jiwa mereka yang rindu akan sebuah kejayaan...Alhamdulilah inilah kelas yang saya selalu leterkan pada tahun lalu. Mereka bangkit kini dengan rupa dan semangat baru.Tadi saya mengajar tajuk NASIONALISME DI TANAH MELAYU di kelas mereka.Di bawah sub topik peranan karya sastera di tanah air dalam era penjajahan, saya nyatakan betapa besarnya peranan karya sastera seperi novel Keris Melaka, Anak Mat Lela Gila ,Putera Gunung Tahan dan Melur Kuala Lumpur dalam meniup api kebangkitan kemerdekaan. Dengan mata pena Pak Sako dan Harun Aminurasyid yang lebih tajam dari mata pedang,kesedaran kemerdekaan bangkit dalam jiwa pejuang. Saya keluar kelas dengan satu pertanyaan sinis...Kecilkah peranan sastera dalam masyarakat? Hinakah kamu jadi pelajar kelas Sastera? ....
Susunan kerusi meja kelas abad ke21
Carta organisasi simple tapi jelas
Semangat belajar mereka kini hangat membara
Taman mini yang dalam proses...kata mereka belum siap
Grup perempuan melayu terakhir...
kap

Tiada ulasan: