Telah dtakdirkan aku menjadi seorang guru, telah ditakdirkan sekolah menjadi duniaku, sesungguhnya bukan pangkat bukan gelaran bukan anugerah cemerlang yang aku buru, namun kepuasan datang bertamu apabila aku berjaya mencorakkan warna kehidupan seorang insan, merekalah amanah Allah untukku.....anak didikku ....KANVAS CINTAKU

Pengikut

Jumaat, 4 September 2020

Dari Muzium Adat ke Sate Tulang Jelebu



Setelah memerap di rumah sepanjang tempoh PKP,PKPB maka kebenaran merentas negeri adalah berita gembira buat kami yang kaki jalan.Walau bagaimanapun tidsk sesekali ada keberanian untuk melancong di tempat tumpuan ramai.Maka sempena cuti awal Muharam yang lalu,suami membawa cuti- cuti Malaysia,Pilihannya sudah pasti bukan tempat pelancongan popular namun menyonsong arus ke daerah sunyi tak dilawati orang,Pekan Jelebu ,Negeri Sembilan,Satu-satunya mercu tanda di daerah itu ialah Muzium Adat yang dibangunkan indah  menyimpan dokumentasi kerajaan Pagar Ruyung Sumatera dan kerajaan Melayu lainnya.
Sebut tentang orang nogori teringat Datuk Rais Yatim.Saya pemuja ragam bahasa beliau.Muzium itu turut menyimpan sebahagian dokumen perbilangan Adat Perpatih.
Anak saya yang sudah biasa bercuti dengan teater dan muzium tidak merungut.Tidak pula menunjukkan wajah bosan.Berkerut- kerut dahinya cuba membaca manuskrio lama bertulisan Jawi peninggalan pujangga silam.Ada satu bahagian dalam muzium dia terpegun tengok tayangan Adat Melenggang Perut.Barangkali apa yang dilihatnya tidak pernah tergambar dalam fikiran anak milenium sepertinya,Begitu jufa bahagian yang menunjukkan Adat Berkhatan,Ngeri tengok pisau Tok Mudim.Mujur dia dah sunat..itu bisiknya.Mujur dia hidup zaman sekarang,kalau tak.....ish ngeri .Tapi lawatan di muzium ini menyedarkan kami kehebatan ilmu nenek moyang kita baik dalam ilmu perubatan,penulisan dokumentasi dan perundangan.Mereka hebat untuk survive dalam dimensi zaman yang mereka lalui.
Selain Muzium Adat satu - satunya trade mark Jelebu ialah sate tulang.Memang sodap sate tulang Jelebu.Lain dari yang lain Kunjungan ke pekan Jelebu yang sunyi lengkap sudah jika kita dapat makan sate tulang khas Nogori Sombilan.
Sate tulang Jelebu..hanya  di Jelebu.Strong recomendation.
Aduhai cantiknya ragam bahasa perbilangan Adat Perpatih.Terpesona sebentar.
             Antara manuskrip lama yang dipamerkan .....
                            Sebahagian replika adat istiadat di Negeri Sembilan.


Lawatan ini sepenuhnya ikut SOP dari pintu masuk muzium sehingga ke dalam
    Mendidik anak mileniumku menghargai seni warisan bangsanya.
   Kata pujangga Tidak Melayu Hilang Di Dunia...
   Kata saya Bangsa Melayu tidak hilang di dunia,yang hilang hanya jati diri mereka.
   Salam kemerdekaan ke 63 Malaysia.





Pandemik Covid 19 Mengubah Dimensi Hidupku

 Cuti penggal pertama persekolahan iaitu pertengahan bulan Mac 2019,ketika team drama kami sedang sibuk membuat persiapan untuk menyertai pertandingan peringkat daerah kami dikejutkan denganberita serangan virus Covid 19 di seluruh dunia.
    Putaran hidupku terhenti seketika. 

Ketika itu Malaysia memang dilanda pelbagai dugaan,Situasi politik yang kucar-kacir .Pertukaran kerajaan pusat.Pertukaran Perdana Menteri.Berbulan- bulan rakyat terkurung di rumah melewati fasa PKP,PKPB,PKPP.
Dunia saya berubah 360 darjah daripada kesibukan seorang tenaga pengajar calon SPM ,seorang aktivis teater dan budaya kepada seorang suri rumah tangga sepenuh masa dan tukang kebun.Bayangkan ketika Malaysia kekurangan roti gardenia saya masih boleh tersenyum makan roti bakar homemade buatan sendiri,Itulah penangan Covid 19.Peliknya waktu itu saya langsung tak berminat untuk menulis,sebab itu Kanvas Cintaku tak berusik langsung.Dunia saya hanya dapur dan kebun.Anak bujang saya naik 10 kilogram timbangan berat badan akibat PKP.
Namun sesuatu  yang paling sukar saya lupa sepanjang tempoh itu sudah pastinya larangan rentas negeri semasa  perayaan Hari Raya Aidilfitri,Aduhai,air mata syawal menitis sepanjang malam dan pagi raya.Terbayang wajah abah dan ibu di kampung.Mujurlah adik- adik tinggal dekat.Berhimpunlah kami ikut SOP di rumah saya dengan bilangan tetamu dibenarkan terhad 20 orang sahaja.Bila dikira bilangan ahli keluarga saya cukup- cukup 20 orang.
     Suamiku,imamku,kini imam solat tarawihku sepanjang tempoh PKP. Pagi raya jadi imam baca khutbah.What a beautiful memories..syukur ya Allah.


Sepi dan lengang rumahku di pagi shawal.Rindu suasana di rumah abah dan ibu.
Anak bujangku turut khusyuk dengar khutbah yang disampaikan.
Kami buat majlis tahlil lepas solat.Ini foto adik lelakiku.
Duduk jauh-jauh ikut SOP. Ini pertama kali kami berjumpa setelah terpisah beberapa bulan.Perasaan rindu bercampur baur pilu ,terharu dapat bertemu.
Anak- anak buahku sedondon hijau.
Ya Allah,berlainan sungguh Aidil fitri tahun ini.Syahdu...terasa diri kerdil sebagai hambaMu.
Gambar kenangan di halaman rumahku.Pandemik Covid 19 buat kita lebih menghargai dan menyayangi.
Afik dan Najmi sedang cuba hubungi atuk dan nenek di kampung.
Semoga Allah merahmati familyku tersayang.Amin