Bercakap tentang perpaduan kaum teringat sahabat baik saya Krishna Kumary Juval.Kisahnya dan rakan saya yang berbangsa Cina ,Wee Bee Eng ada saya tulis dalam blog ini.Baru baru ini kawan saya Krishna Kumary ada menghantar gambar lewat aplikasi wssup.Dia sedang bercuti di Gujerat,India.Bukan lagi sendirian,sepi dan keseorangan macam tahun lalu,namun kini dia sedang meniti bahagia bersama Mr. Wright Encik Suria.Masyaaallah,tabarakallah demikian sempurnanya aturan Sang Pencipta.Apabila cinta datang ....terbukalah pintu seluas- luasnya untuk mengetuk salam kasih seterusnya hidup di sisi seorang suami sebagai isteri dan kekasih hati. Miracle...keajaiban cinta sentiasa ada di muka bumi Allah ini.Bayangkan seorang wanita berhati mulia yang berpuluh-puluh tahun hidup solo,mengabdi diri dalam dunia pendidikan dan kebajikan boleh terpaut hati pada seorang lelaki di usia yang bukan lagi muda remaja. Saya mendengar kisah perkahwinannya dengan suatu perasaan , speechless.Bagaikan sebuah dongeng atau fairy tales,Krishna Kumary" tertidur nyenyak" sebagai puteri salju berdekad lama tanpa mengetahui ada seorang putera tampan akan datang dengan ciuman sakti lalu mengejutkan dia dari mimpinya yang panjang.Tahniah ...my lovely friends. Your husband really handsome and kind .Handsome saya lihat dalam gambar.Kind saya tahu daripada cerita Kumary.Dulunya En.Suria mempunyai seorang rakan bernama Naga yang kemudian jatuh sakit.Sepanjang masa kritikal,En.Surialah yang menjaga Naga bersama sama BFF saya,Kumary.Dari situlah En .Suria melihat hati budi BFF saya.Wanita yang fizikalnya mungkin tidak secantik Aiswarya Rai namun sekeping hati yang tabah ,ikhlas dan penuh rasa kemanusiaan itulah yang membuatkan BFF saya lebih cantik dari Ratu Dunia itu.Buat pasangan ini Selamat Berbahagia...semoga one fine good day kita dapat bertemu dan bersembang sambil makan-makan.
Saya akhiri catatan diary cuti saya sebentar.Anak saya yang berkhatan sudah merengek minta dibuatkan air teh susu dan roti bakar untuk minum petang.Jika Mr .Suria adalah miracle of love untuk J Krishna Kumary, Rahmat Dalimun dan Ahmad Solihin adalah miracle of love buat saya. Mereka menyempurnakan perasaan sepi dan keseorangan yang dulu juga pernah saya rasai.Kepada semua isteri dan ibu...jadilah wanita terbahagia di dunia ini.
Inilah gambar BFF saya semasa bercuti di Gujerat..
Untuk menikmati bahagia...tiada istilah terlewat ,TUHAN tahu yang terbaik buat hambaNya...