Saya dapat lihat kebahagiaan terpancar di mata tuanya.Hilang sakit yang ditanggung.Sibuk melayan anak,cucu cucu dan menantu.Pengorbanan kami semua untuk berada disisinya saat saat yang kami tak tahu berapa lama Allah izinkan dia bernafas dan menjalani kehidupan.Anak murid saya yang yatim piatu itu juga saya lihat riang dan bersemangat.Tanpa rasa kekok dia turun ke dapur bersembang dan merasa lauk lauk kampung yang ibu tiri dan ayah saya sediakan. Dia juga mudah mesra dan rapat dengan anak anak buah saya ,Afik dan Najmi.Erti kasih sayang dan kebahagiaan sejati.Tak perlu jadi orang kaya untuk share apa yang kita ada.Itu saya tarbiyahkan anak ssya Ahmad Solihin dan anak anak buah saya yang remaja ,Afik dan Najmi.Suami saya ...lagilah terlalu banyak berkorban untuk membahagiakan saya.Walau dia tak berkorban membina Taj Mahal atau Taman Tergantung Babylon namun dia berkorban perasaan menerima keluarga saya, sepenuh jiwa.Dan berkorban membenarkan saya menjadi guru di luar masa persekolahan.Kadang kadang saya share life saya dengan anak murid atas dasar perikemanusiaan.Misalnya anak murid saya yang sebatang kara ini setahun tak belajar silibus Tingkatan 4.Tahun ini nak ambil SPM.Macam mana saya nak cover silibus Sejarah Tingkatan 4 kalau saya tak beri dia personel tuisyen di rumah.Sudahlah matapelajaran wajjb lulus.Saya kasihan kalau dia gagal SPM.Bagaimana masa hadapan dia.?Sudahlah tiada harta,tiada ibu bapa....Sejak saya tahu sejarah hitam hidupnya saya tekad.Saya mesti berkorban sedikit untuk bantu dia.Itulah kebetulan cuti sekolah .Saya sediakan jadual personel tuisyen dibantu anak buah saya ,Afik seorang student Unisel.Dan bersambung cuti raya Aidil Adha.
Mudah mudahan kenangan bersembahyang raya di masjid di kampung saya, menjadi kenangan terindah.Kenangan melihat orang menyembelih dan melapah daging korban menjadi kenangan abadi yang membesarkan jiwa kecilnya..Kenangan mencium tangan atuk dan nenek di pagi raya Aidil Adha menghadiahkan satu ruang beerti dalam hatinya.Bayangkan berbelas belas tahun dibesarkan di rumah Perlindungan Wanita dan Kanak Kanak Kristian dia agak terasing daripada agama dan budaya Islam.Kredit saya berikan buat pengetua rumah PAKAT En .Helmi bin Abdullah dan isterinya Puan Elin Jamal yang berusaha memberikan sinar baru dalam hidup anak ini....cahaya dan petunjuk Islam sebenar sesuai fitrah yang dianutinya sejak lahir.Dua insan mulia ini subhanallah ...mereka bukan ahli politik yang kaya dengan kempen dan retorik.Bukan pula pendakwah atau ulama yang kaya dengan hujah, dalil dan fatwa namun mereka berperanan sebagai insan...khalifah di bumi Allah.
Kredit juga buat pengusaha Rumah Perlindungan Wanita dan Kanak Kanak yang memberinya bukan sahaja perlindungan bahkan asuhan dsn didikan sehingga dia membesar menjadi insan tabah,berbudi bahasa dan tahu tentang nilai nilai murni.Meskipun karakternya adakala sukar diduga namun saya percaya insan insan yang dekat dalam hidupnya walau bukan ayah atau ibu mampu memanusiakan dirinya.
Saat hendak berpisah dia mencium pipi ayah saya dan mengucapkan terima kasih serta minta maaf andai sepanjang percutiannya bersama kami dia ada berbuat salah,Kepada anak anak buah saya Afik dan Najmi yang dianggapnya saudara dia banyak meluahkan perasaan.Maklumlah mereka remaja yang hampir sebaya ,sebab itu dia rasa selesa berbicara tentang dunia kehidupannya sebagai insan sebatang kara.
Alhamdulilah Aidil Adha ini memberi ruang dan peluang untuk anak anak buah saya menghargai pengorbanan ibu dan ayah membesarkan mereka.Saya juga,apabila melihat kesungguhan ayah menyediakan hidangan lazat buat kami walaupun dirinya uzur dan sakit buat saya semakin menghargai.Dahulu semasa kecil dia berkorban tenaga,masa ,dan wang ringgit untuk membesarkan dan menyekolahkan kami.Kini di usia senjanya dia masih mahu berkorban kudrat dan tenaganya untuk melihat kami merasai erti bahagia.
Teringat lagu Allahyarham Tan Sri P Ramlee
Berkorban apa saja
Harta ataupun nyawa
Itulah kasih mesra
Sejati dan mulia
Kita tak mampu jadi semulia dan seagung Nabi Allah Ibrahim.
Namun saya percaya kita mampu memberikan sedikit ruang dalam hidup kita untuk membahagiakan orang lain.Salam Aidil Adha
Pagi Aidil Adha...depan rumah ayah.
Suami saya yang pandai melayan kerenah anak anak.
Tahun ini korban kerbau
Tengok orang kampung melapah
Meriah raya di kampung..
Hari berikut ke Pulau Orang Utan naik bot
Spesis yang DNAnya 97 peratus manusia
Taman percutian yang patriotik Bukit Merah Laketown Resort
Lets share our love....