Assalamualaikum anak anakku...di 5 Dinamik dan 5 Efisien.
Apa khabar? Semoga semua sihat.Maklumlah cuti semester seminggu.Malam tadi kita berwassup sampai pukul 11 malam. Ada yang tanya soalan folio Sastera, ada yang hantar gambar sedang dinner celebrate kemenangan pasukan bolasepak sekolah, ada yang gurau-gurau ,usik-usik. Farid saja bikin panas hantar gambar mesranya bersama pelakon Sharnaz Ahmad dan Pekin. Tahulah awak tu budak teater ..provokasi kawan -kawanlah tu. Si Kuntet pula hantar gambar bersama pelakon baru katanya..si Zul Bugiran. Kuntet paling pandai buat lawak.Terima kasih Kuntet masa kelas tambahan Sejarah kamu jadi artis tiap setengah jam nyanyi satu lagu d hadapan kelas biar tak ada yang tertidur.
Cikgu memlih untuk menulis surat ini kerana dalam wssup tak semua isi hati terhurai. Zaman dahulu sebelum ada alam maya,siber, internet, surat adalah penghubung utama. Sebenarnya surat atau warkah ada sentuhan sendiri yang lebih "touching" berbanding wssup,telegram atau wechat.Sebenarnya cikgu nak beritahu betapa bersyukurnya cikgu dapat mengajar anak-anak macam kamu.
Walaupun kamu nakal, malas, suka tidur dalam kelas, melawan cakap cikgu ,kerja rumah tak siap,kamulah anugerah terindah dalam hdup cikgu.
Tanpa kamu cikgu tak kenal erti perjuangan. Tanpa kamu cikgu tak tahu erti ketabahan. Tanpa kamu cikgu tak mengerti bahawa kasih sayang sejati harus tanpa syarat. Cikgu bukan cikgu yang lemah lembut dalam kelas, walaupun di luar ramai yang cakap cikgu lemah lembut. Suara cikgu selalu meninggi. Kadang-kadang kamu terpaksa tutup telnga mendengar leteran cikgu yang berbisa. Belum lagi jeritan cikgu tatkala melihat mata kamu semua terpisat-pisat baru bangun tidur sebak sahaja cikgu masuk ke kelas. Jangan tidur dalam kelas cikgu..itu pantang nenek moyang.Yang masih mengantuk terpisat-pisat mata biasanya kena cubit dekat perut, kena balun dekat belakang,kena tarik telinga sampai merah. Yang selalu kena hadiah istmewa macam tu, Hakim, Iwan, Shahril, Danish, dari kelas Efsien. Hakim terutamanya dah kena balun pun ada hati nak sambung tdur. Iwan selalu bagi alasan tidur lambat. Cikgu peduli apa tidur lambat.Bukan dia kerja jaga atau guard tapi merayau tiap-tiap malam bersama kawan. Shahril pula ikut kepala masa rajin rajinlah sangat, masa malas layan malasnya sampai mengences dalam kelas.
Danish seorang budak yang bijak tapi tak tahulah akhir-akhr ini macam orang kematian isteri.Kerenah kamu buat cikgu angin satu badan. Terlupa yang cikgu ni cikgu perempuan, jadi gangster dalam kelas.Tapi alhamdulilah anak-anak cikgu ini masih berbudi orangnya. Marah macam manapun kamu tak pernah
dendam. Hakim yang handsome dan macho selalunya selepas habis kelas akan tersengih-sengih cari cikgu.Minta maaf cikgu....lembut tuturnya.Luluh hati cikgu dengan perkataan maafnya walau sudah berpuluh kali diucapkan. Begtu juga Iwan...ada sahaja alasan diberi dengan senyuman meleret panjang.
Anak-anak cikgu sekalian...cuba bayangkan seawal jam 6 30 pagi cikgu sudah berangkat ke sekolah.Melihat wajah-wajah nakal kamu dari 2 kelas ini selama berpuluh-puluh jam seminggu. Keluar masuk kelas 5 Dinamik dan 5 Efisien.
Ada sebab kenapa cikgu pertahankan jadual waktu yang pengetua tetapkan pada awal tahun,mengajar kamu 3 subjek sekaligus, Sejarah, Sastera Melayu dan PSK. Cikgu mahu kenal kamu sedalam-dalamnya. Cikgu mahu berjuang bersama kamu mengubah hidup kamu. Sebab cikgu nampak potensi yang besar dalam mata kamu sejak kamu berada dalam Tngkatan 4 lagi. Alhamdullah anak-anak cikgu ramai yang telah terjumpa "the turning point" dalam hidup.
Amir , lelaki yang suka berangan,tidur dan khayal kini salah seorang pelajar yang dapat medal "Akulah Bintang" mewakil kelasnya. Khaizurin atau nama glamournya Apek sekarang rajin datang kelas tambahan.Mamat dan Ikmal pun sudah mahu jadi protege Amir.Adam selalu bergaduh dalam kelas dengan ckgu. Kini hari-hari hantar mesej...Cikgu saya sudah insaf.Alhamduliah.Kenapa nama-nama pelajar lelaki banyak dalam warkah ini.? Bukan sebab tak sayang pelajar perempuan tapi pelajar perempuan mudah dididik, mendengar kata dan rajin belajar. Pelajar lelaki kerana nak jadi macho sampai lupa nak rendahkan ego di hadapan orang yang lebih tua dan mengajar kamu. Tapi anak-anak jangan pernah marah kalau cikgu bandng-bandingkan kamu.Tiada yang lebh hebat atau kurang hebat di mata cikgu. Cuma cikgu suka "highight " kejayaan kawan kamu agar kamu nampak potensi diri semua orang sama sahaja.Tidak kira di kelas belakang atau kelas hadapan...kamu tetap boleh jadi bintang.
Surat ini cikgu sambung tulis selepas cuti semester ,kemudian kamu semua dapat cuti 2 hari lagi iaitu cuti kerana negara dianda bencana alam jerebu.Masa cuti jadi lebih panjang, cikgu baca luahan hati dalam wssup grup...Eh cuti lagi,periksa dah dekat..Bila cikgu nak buat keas tambahan? Nampaknya beberapa minggu menjelang peperiksaan baru kamu tersedar.SPM sudah dekat.
Garis pertemuan antara kita semakin hampir untuk terlerai. Kelas 5 Dinamik juga kelas 5 Efisen ....perjuangan cikgu sudah semakin sampai ke garisan penamat.Namun perjuangan kamu di medan peperksaan akan bermula.Kepada Ainin, Sabrina, Aisah, Siti, Wani, Bella, Ecah,Ain, Chika,Ika,Niza ,Najwa,Farahin,Ayu cikgu berdoa mudah-mudahan kamu bukan saja menjadi pelajar perempuan terbaik dalam akademik, namun juga akan melangkah jadi muslimah yang solehah ,cinta akan Allah dan rasul, jadi isteri dan ibu sejati, bidadari dunia yang akan menjadi perhaiasan terindah.Begitu juga Mimi, Haida,Dayah,Anisha,Zafira,Syafika,Ain,Umi,Wawa, Yaya, Nadia dan Maria..selalulah ingat pesan cikgu, jadilah wanita Melayu terbaik dengan Islam sebagai pakaian luaran dan dalaman.
Kepada Faiz Azha, Zul,Olan,Kuntet,Farid,Haziq,Nazrin,Fazreen,Firdaus, Azizi,Shahril ,Akim, kamu jangan ketinggalan dalam dunia akhir zaman di mana wanita berebut-rebut peluang untuk jadi the best among the best.
Amir, Mizi,Aiman,Faez, Shahril, Iwan, Apek,Aiman Hakim,Mamat,Nizam ,Iqmal ,Danish,Hakimi , Hakim, Adam,jangan berasa diri kerdil dan kecil .Perasaan kerdil dan kecil itulah musuh utama kamu sebenarnya...
Akhir kata cikgu ingin menyatakan walau sakitnya pukulan dan cubitan yang hinggap di tubuh kamu namun sakit lagi perasaan cikgu jika melihat kamu gagal dalam peperiksaan apatah lagi melihat kamu gagal dalam kehidupan.
Salam sayang buat anak-anak cikgu. Kamu semua anugerah terindah yang Allah beri.Kepada Ain Syafiera...cikgu bahagia melihat perubahan kamu walaupun perubahan itu kamu anggap terlalu kecil. Jika kamu idamkan bahagia, hanya Allah yang akan memberi,bukan manusia. Belajarlah dari kesilapan.Bangunlah dari tempat kamu pernah jatuh,Jangan kejar cinta manusia nanti kamu ketinggalan cinta Allah,tapi kejarlah cinta Allah, nanti cinta manusia semua datang padamu.
Buat Wani yang memanggil cikgu mama Haida, kenangan antara kita cikgu simpan dalam lubuk hati.Begitu juga Farid, kalau dah jadi bintang filem jangan lupa pada cikgu.Amirpun sama, mana tahu suatu hari nanti kamu jadi insan yang hebat di gelanggang teater.Begitu juga Siti, Ecah,Mizi,Mimi.
Semoga kenangan memasuki pertandingan drama 2 tahun berturut-turut mengajar kamu semua jadi insan kuat,cekal,tabah dan yakin diri kerana sesungguhnya gelanggang pertandingan adalah suatu ujian kecil berbanding gelanggang kehidupan yang lebih mencabar di luar nanti.
Buat semua yang cikgu tidak sentuh dalam surat ini,percayalah kamu semua ada suatu tempat istimewa dalam hati cikgu...hanya Allah yang tahu.Betapa cikgu amat sayang pada semua kamu.
Selamat menduduki peperiksaan SPM 2015