Telah dtakdirkan aku menjadi seorang guru, telah ditakdirkan sekolah menjadi duniaku, sesungguhnya bukan pangkat bukan gelaran bukan anugerah cemerlang yang aku buru, namun kepuasan datang bertamu apabila aku berjaya mencorakkan warna kehidupan seorang insan, merekalah amanah Allah untukku.....anak didikku ....KANVAS CINTAKU

Pengikut

Sabtu, 8 Ogos 2015

Setajam Mata Pena..Perkampungan Sastera SMK Jeram - SMK Serendah

Perkampungan Sastera SMK Jeram bersama SMK Serendah telah berlangsung dan bertempat di
Warisan Sembilang Trainning Centre
Pantai Remis1 dan 2 hb Ogos 2015....
Gambar- gambar di bawah koleksi senyum tawa senda gurau semangat padu anak- anak yang menggelar diri mereka Sasterians...itu nama grup wssup mereka..Bunyi macam melanggar tatabahasa...tapi mereka anak muda ,beri mereka peluang mengungkap emosi, nurani...
Saya bersama sahabat Puan Zuzana bt Abdullah..merelakan sekolah kami jadi penganjur,jadi tuan rumah merintis  pertemuan yang dipanggil Perkampungan Sastera...SETAJAM MATA PENA.
Setiap usaha harus ada permulaan..dan kami memulakan,mengatur langkah penuh semangat setiakawan walaupun kami sedar kekerdilan diri..Terima kasih sahabat dari SMK Serendah,Cikgu Sani,bonda Faridah,Puan Siti Haida dan Puan Ramlah..
Tanpa kalian kami tak mampu mengatur langkah besar menganjurkan program antara daerah.Tanpa kalian..kami tak belajar erti kemesraan tanpa sempadan.
Istimewa buat pelajar SMK Jeram kelas 5 Dinamik dan 5 Efisien..serta pelajar-pelajar SMK Serendah..anda semua hebat sebab dapat menanam nilai Aku Insan Penuh Kemanusiaan Dalam Diri..
Terima kasih buat pengetua SMK Jeram..En Bibit bin Haji Marzuki,ucapan tuan pembakar semangat anak anak agar tidak melihat diri daripada perspektif orang lain.Buat PK Pentadbiran Encik Mukharita dan PK HEM Puan Salbiah..senyuman yang sentiasa terukir buat kami rasa kuat..Syukur anda semua pemimpin yang memakai prinsip Hati Gajah Sama Dilapah ,Hati Kuman Sama Dicicah..beruntungnya kami warga SMK Jeram...
Teristimewa buat our iron lady
Puan Mariah Ghanib,ketua bidang Kemanusiaan..dengan Rumah Kecil Tiang Seribu..falsafah hidup manusia bijak dialun dalam tarian,lagu joget dan muzik indah... Puan buat kami rasa santai untuk memulakan langkah mengatur gerak tari di laman pedagogi Sastera..

Sebelah pagi walaupun terkial- kial mencipta pantun dan syair kesemua sepuluh kumpulan berjaya menyiapkan tugasan..Sukarnya anak -anak zaman IT  membina baris pembayang pantun 6 kerat 8 kerat yang jadi trend soalan KBAT SPM namun berkat kesabaran,kesungguhan mereka dapat menciptanya...
Rasa teruja tengok wajah Nazmirul Hamizi,Zulhelmi Bugiran,Zulidzwan Hasan  Basri berpantun..dengan irama dan lenggok pantun Melayu..sedangkan mereka underdog di dalam kelas..
Petang pula seronok meredah Pantai Remis mencari frasa indah metafora, pensonifikasi,hiperbola , sinkof dan pelbagai unsur gaya bahasa yang diadun menjadi sebuah resepi..sajak ciptaan sendiri ,satu lagi trend soalan KBAT SPM..
Dan malamnya merelakan diri menjadi Jalil,Biah,Mak Teh dan lain lain watak dalam novel Dari Lembah ke Puncak serta meminjamkan jasad  menjadi Anuariza, Soleha,Syed Farizj dan lain lainnya ilham watak Jeriji Kasih!
Saya sudah lama berangan mahu mengaplikasi teori Mengalami Menghayati dan Kecerdasan Pelbagai..Dan saya dapat lihat wajah anak- anak ini belajar tanpa tekanan, tanpa baju sekolah...Ekspresi wajah mereka...mereka riang,tiada kebosanan,tiada paksaan,tiada teacher centered yang mengongkong dan membelenggu..Malam Sastera walaupun singkat kerana memenuhi permintaan guru - guru SMK Serendah yang bermurah hati mengadakan babaque,dengan sumbangan kambing bakar dan jagung bakar sahabat saya Zuzana Abdullah,namun saya dapat lihat anak anak kelas Sastera ini berdiri penuh keyakinan membawa watak antagonis dan protagonis yang sememangnya hidup dalam masyarakat..melalui novel karya Ghazali Lateh dan Ramlah Rashid..
Paling terkesan watak Jalil dipegang oleh Farid Aziz..watak Mak Teh dibawa oleh Noraisyah Mazlan dan watak Biah oleh Siti Nurhaliza Mohd Rosli yang jadi mangsa sumbang mahram...dengan alunan lagu Gelombang nyanyian Mohd Nazrin.
SMK Serendah tak kurang hebat melalui watak Nek Siah , Syed Fariz dan Anuariza...
Tahniah pelajar Sastera...genggam pesan Cikgu Bibit..anda semua bakal sasterawan negara...
Keluarga besar Perkampungan Sastera..
Bengkel KBAT..penulisan karya
Anak-anak ini saya suburkan jiwanya agar mencintai Kesusasteraan Melayu
 i     
      Wajah teruja dan gembira...slot Bicara Pembukaan Puan Mariah Ghanib
Bersedia untuk eksplorasi Gerabak Keretapi...belajar sambil bermain ombak meredah pinggir pantai..
Pedagogi kaedah Naturalis...merangsang minat dan emosi...


Rindu dan Aidilfitri

Lama tak jenguk blog...Apa taknya musim perayaan Aidilfitri bagi masyarakat Malaysia amat panjang.Masa inilah nak balik ke kampung.Nak kucup tangan ayah bonda,Nak jumpa nenek, atuk, pak long, pak ngah, pak teh, pak lang, pak andak, pak usu...Indahnya silaturrahm
Indahnya memaafkan. Itulah nikmat yang Allah beri pada umat Islam.
Namun tidak semua tahu memunafaatkan erti silaturrahim,dan kemaafan sesama manusia  yang Allah kurniakan.
Pengalaman saya semasa berhari raya baru-baru ini menyedarkan saya bahawa tidak semua  manusia mahu merebut peluang itu.
Ada atuk ternanti-nanti
 wajah cucu yang tidak dapat dicium pada pagi Aidilfitri. Semasa anak masih kecil, ibu dan ayah memarahi kalau anak berbuat salah.Paling lama  anak merajuk sehari..lepas tu hilang rajuknya. Ke dada ibulah anak menangis menagih kasih. Ke motorsikal buruk ayahlah anak merengek minta dibawa ke kedai membeli aiskrim atau gula-gula.Apabila anak sudah dewasa ,sudah jadi seorang ayah atau seorang ibu...dikurniakan pula anak-anak comel anugerah Ilahi, anak mula  membesarkan perasaan tersinggung itu. Sepatah kata ayah menggurs hati, bertahun luka dan dendam disimpan dalam diri.Sepatah leteran ibu menyakitkan hati, bermusim tidak dijenguk teratak ibu jauh di hujung negeri. Aduhai anak.....benarkah apabila sudah menghuni teratak indah hasil penat lelah belajar tinggi-tinggi. dan menjawat jawatan penting,teratak buruk ibu sudah tidak nyaman dihuni. Benarkah apabila sudah ada orang tersayang di sisi yang menghibur sepi membakar resah memberi motivasi , kata-kata ayah tak ubah bagai gurindam lama yang tidak mahu lagi didengari. Masa kecil dahulu dimarah macam mana teruk pun jarang ada yang lari dari rumah sebab tiada pergantungan lain...Wajah buruk ibulah yang kita tetap cari, Wajah tua ayahlah yang kita rindui...sebab langkah masih pendek, jalanpun baru bertatih.
Kini bagai burung kita mampu terbang tinggi dan lebih selesa tinggal di benua lain.
Maaf andai tulisan ini berbau emosi.Saya sekadar menjadi tempat orang-orang tua meluahkan perasaan.
Sambil menghidang ketupat palas,rendang daging ,air mata menitis laju di pipi  mereka..
Si anu tak balik..si anu entah ke mana..si anu merajuk tak pulang.
Saya makan juadah enak dengan perasaan tidak enak..
Tidak mahu memihak kepada sesiapa hati saya sekadar tertanya-tanya..
Besarnya keegoan seorang insan hingga tidak sanggup menerima kekurangan dan kelemahan manusia lain darah dagingnya sendiri..
Tidak terkenangkah luasnya pintu keampunan Allah walau dosa kita sebesar gunung sedalam lautan.
Lupakah pada ajaran  nabi Muhamad yang mengajar umatnya hidup berkasih sayang, membalas kebaikan walaupun pada insan yang pernah melakukan kejahatan...
Hanya kerana sezarah keegoan kita tidak pulang ke kampung.Hanya kerana sezarah dendam kita larang anak anak kita berhari raya di rumah saudara mara yang pernah bersengketa dengan kita.Hanya kerana sezarah pertelingkahan kita terlupa insan itu pernah kita sayang,pernah kita minum air susunya,pernah kita hidup dengan wang belanja pemberiannya..
Rapuhnya erti kemanusiaan.Besarnya kesan permusuhan..
Saya tatap wajah -wajah tua dengan tangan terketar-ketar menuang air..
Barangkali hayat mereka tidak lama..
Tergamakkah kita membiarkan mereka hidup dalam derita kerinduan dan penantian?
Kerana kita tidak pernah merasa sakitnya kerinduan dan peritnya penantian...
Aidilfitri buat saya bukan sekadar berbaju baru,menukar perabot baru,berlangsir baru dan menghidang aneka juadah enak di atas meja.
Aidilfitri memberi kesempatan dan peluang untuk mengecilkan keegoan dan membesarkan perasaan saling memaafkan..
Buat yang ternanti-nanti wajah seseorang atau merindui insan yang pernah kita peluk cium semasa kecilnya..redhalah
Siapalah kita untuk mengetuk pintu hati manusia lain walau manusia itu darah daging kita sendiri.
Siapalah kita untuk menyeru insan itu pulang mengucup tangan melebur derita penantian
Hati mereka dalam genggaman Allah
Mudah - mudahan ada lagi Aidilfitri buat kita dan insan insan itu saling memeluk,mengasihi dan memaafkan..
Mudah- mudahan..amin

Sekadar hiasan.Gambar Aidilfitri bersama keluarga Mustakim Ahmad dan Umaiyah Dalimun...
Snap gambar depan wakaf waktu malam,banyak kali baru jadi..