Menjelang Aidilfitri yang kami tak bisa pulang ke kampung
Dia bertandang ke rumah kami dengan lapang dada, redha dan gembira
Meskipun di mata orang lain dia tidak perlu menjadi sepertI itu
Walau mereka semua terkadang kurang mengerti sedalam mana kasih itu
Tangan tuanya dengan ramah menanak gulai ayam kampung
Atau pulut kuning yang paling enak kata anakku
Kemudian kami anak-anak, menantu dan cucu akan menyantap juadah itu sampai habis licin
Semuanya tanpa rasa ragu atau malu
Dia tidak pernah peduli
Kalau ada antara kami yang bermasam muka ,tergelincir lidah berkata kasar
Memalingkan wajah ketika bertemu
Menyayat ,merobek-robek hati tuanya
Kerana dia selalunya lekas-lekas membasuh gurisan luka itu
dengan siraman doa ketika solat tahujud di malam sepi
memohon Tuhan membalas yang baik-baik sahaja untuk kami.
Dia tidak pernah kesal atau rebah
Ketika doktor berkata
"hayat pakcik mungkin akan berakhir tak lama lagi"
Kerana penyakit kronik sidah menyerang tubuh dan jasadnya
Cuma sesekali
Dia menyeka air mata jernih
dan menyatakan rindunya
pada seseorang yang sudah lama pergi dijemput Ilahi
Puisi ini kutulis untuk nya
Lelaki luar biasa yang kutemukan
sejak hari pertama aku diberi peluang menatap sinar mentari
(gambar Aidilfitri...ayahnadaku Hj Amri bin Ghani