Hari ini saya masuk kelas dengan letupan gunung berapi yang memuntahkan lahar! Seperti biasa apabila saya marah semunya akan menikus! Di hadapan mereka saya bukan lagi cikgu Haida yang suka tersenyum, lucu dan periang tapi saya akan menukar diri saya menjadi raksasa yang amat ditakuti.Puncanya semalam semasa aktiviti kokurikulum mereka ponteng sekolah sebab tak mahu ditahan di sekolah sehingga hari petang! Ketidakmatangan menyebabkan mereka tidak kisah ketinggalan matapelajaran yang penting di sesi pagi! Beberapa nama yang sering ponteng sekolah sudah tersenarai dalam kepala saya. Semasa saya masuk ke kelas lahar kemarahan masih tersimpan dalam dada! Namun semasa aktiviti pembentukan kumpulan mereka bersifat lewah dan enggan bekerjasama menyebabkan tsunami kemarahan datang bergelombang menyerang mereka tanpa diduga!Awak semua ini memang spesis yang luar biasa!Awak gila sebab kerja senang bentuk kumpulan pun tak boleh diselesaikan!Menyesal cikgu jadi guru kelas awak'Dahlah suka ponteng sekolah! Awak gunakan wssup untuk ponteng beramai ramai!Hanya orang bodoh saja yang tidak ada jati diri ikut cakap kawan! Saya cuba menepis bahasa marah agar tidak kedengaran kasar dan biadap tapi hari ini saya betul betul marah hingga keluar perkataan bodoh dan gila. Cuma bodoh dan gila itu tidak ditujukan pada individu namun secara umum.
Lepas itu semasa mereka menyiapkan kerja dengan syarat yang saya beri Hari ini hari tanpa suara. Hari tanpa senyuman.Semua senyap muhasabah diri! Mereka akur!
Kelas senyap sunyi yang ada hanya bunyi kipas angin!
Saya memanggil seorang demi seorang ke hadapan! Saya tanyakan soalan yang sama,boleh tak beritahu kenapa cikgu panggil kamu ke hadapan dan kenapa cikgu marah marah hari ini! Soalan lain ialah pada pendapat awak betulkah apa yang cikgu buat!
Masing-masing keluarkan jawapan! Saya ponteng sebab pagi-pagi saya kena basuh tray ,siapkan barang,petang rabu saya kena jual ayam uncle bob di pekan.Shahril yang berbadan besar meluahkan perasaan! Sayapun jawab saya hormati kerja kamu tolong ekonomi keluarga,bagus kamu lelaki bertanggungjwab tapi saya tak mahu dengar alasan itu sebagai punca kamu tidak datang sekolah! Kalau sekali lagi kamu dipanggil masih lagi alasan jual ayam uncle bob saya tidak mahu terima dan tidak mahu percaya! Dengan terkulat-kulat dia duduk kembali di kerusi!
Tiba giliran Ainnur, remaja perempuan yang vogue dan nakal di kelas.Saya menyimpan niat untuk menegur perbuatannya yang membonceng motorsikal teman lelakinya setiapkali pergi dan pulang sekolah.Saya tahu kalau saya tegur dia dengan cara kasar jiwa mudanya yang rapuh akan semakin kacau.Jika saya mencari keburukannya sebagai point lagilah dia akan rasa malu dan terhina! Maka saya gunakan cara ini ,bahasa ini. Ainnur cikgu kalau boleh tak mahu masuk campur hal tepi kain kamu.Cikgu tahu cikgu tak ada hak melarang dengan siapa kamu nak berkawan dan bercinta.Sambil bercakap saya memegang pergelangan tangannya dan mengusap-ngusap lembut.Tiada kemarahan yang saya akan kontarkan secara individu sebab saya takut bahasa marah saya akan menjatuhkan air mukanya di hadapan rakan rakan sekelas. Ainnur cinta itu suci,cinta itu kurniaan Allah pada manusia. Kalau kamu pilih untuk berkawan dengan Faiz pun tak nengapalah saya tidak mampu melarang.Tapi Ainnur ......saya memandang tepat ke matanya! Yang ini sahaja hak saya ,iaitu menegur kalau kamu melakukan kesalahan .Naik motor. berpelukan itu dosa Ainnur, kamu bukan muhrim! Ainnur lepas ini tolong beritahu Faiz kamu tidak mahu lagi naik motor berpelukan.Cinta tetap cinta.Cinta mahal tanpa sentuhan!Betul tak Ainnur apa yang cikgu cakap! Lengannya terus kuelus,kemudian tangannya kugenggam,janji dengan cikgu esok jangan buat lagi.Aku memeluknya erat!Serta merta air matanya menitis laju. Berjuraian membasahi kelopak matanya yang ayu! Aku dapat melihat ketulusan dalam tangisan itu.Bukan tangis pura-pura! Benarlah kuasa cinta mampu melentur jiwanya sekurang-kurangnya untuk masa itu!Dia mengangguk lemah.
Pelajar-pelajar lain yang kerap ponteng nampak macam tak senang duduk. Mereka takut untuk bertentang mata dengan raksasa yang duduk di hadapan kelas. Apabila saya mengenakan syarat Hari Tanpa Suara siapapun tidak dibenarkan bercakap.
Semasa sesi Hari Tanpa Suara inilah saya akan memanggil pelajar bermasaalah sementara yang lain menyiapkan tugasan.Jika ada yang cuba menyampuk atau mencampuri urusan perbualan kami yang amat personal dan perlahan saya akan menjerit Kamu diam jaga tepi kain kamu dahulu sebelum sibuk jaga tepi kain orang lain!Alhamdulilah pelajar saya di kelas 4 Dinamik amat mengerti jika saya marah ,marah itu akan diakhiri dengan suatu penegasan!Penegasannya ialah I luv u so much dan ia diintrepasikan melalai sentuhan,renungan mata dan kadang kadang pelukan! Kepada semua pelajar saya di kelas 4 dinamik sebanyak mana marah saya pada anda sedalam itu lautan kasih saya pada anda!Insyaallah lepas ini kitakongsi cerita watak lain pula!Kepada Shahril semoga berjaya menjadi seorang tokoh korporat yang disenangi!Kepada Ainnur perjalanan masih jauh ,jaga diri hiasi peribadi. Awak tahu tak awak cantik sangat dan lebih cantik kalau awak menghiasi wajah awak dengan keimanan!Luv u so much!