Telah dtakdirkan aku menjadi seorang guru, telah ditakdirkan sekolah menjadi duniaku, sesungguhnya bukan pangkat bukan gelaran bukan anugerah cemerlang yang aku buru, namun kepuasan datang bertamu apabila aku berjaya mencorakkan warna kehidupan seorang insan, merekalah amanah Allah untukku.....anak didikku ....KANVAS CINTAKU

Pengikut

Sabtu, 7 Oktober 2017

Kenangan Percutian Di Ipoh..Let's Visit Perak 2017.!

Hujung tahun dalam kesibukan urusan persekolahan, saya sempat meluangkan masa mengunjungi pekan Ipoh. Menunaikan janji buat si kecil yang dapat result cemerlang Peperiksaan Pertengahan Tahun,saya dan suami memilih Taman Animasi Ipoh dan Taman Rekreasi Gunung Lang. Teruja dengan keindahan pemandangan gunung batu kapur di sana. Ipoh rupa -rupanya banyak tarikan pelancongan semulajadi. Tapi suami saya yang suka melancong sambil mencari tempat makan yang sedap teruja dengan Roti Goyang ala kopitiam di Medan Selera Dato  Sagor. Saya rakamkan memori bersarapan pagi di Medan Selera Dato Sagor. Sangat patriotik,itu yang saya rasakan.Di Malaysia lazimnya Medan Selera dibina mengikut kaum. Walaupun sudah 60 tahun merdeka kita masih ada perasaan prejudis terutama apabila menyentuh soal makanan.Isu haram halal memang wajar menjadi keutamaan. Namun sebagai warga negara yang patriotik, kita sewajarnya mencari titik tengah dan ruang kemesraan tanpa mengenepikan isu halal haram. Perasaan terusik melihat orang Melayu ,Cina dan India bebas makan apa apa sahaja dari gerai sebelah menyebelah .Tuan punya gerai Mi Kari Ipoh yang kami order ,dengan senyuman rumah tolong menghantar pesanan Roti Goyang Ipoh dari gerai Cina kemudian tolong order
Roti Canai kuah kari dari gerai India Muslim yang terletak sebelah menyebelah.Boleh pula dia tolong kutip bayaran walaupun kami duduk di gerainya .Wah, hebatlah orang Ipoh.Patutlah dulu ada slogan yang polular tentang orang Ipoh. "IPOH MALI TALAK SOMBONG"!
Medan Selera Dato Sagor menawarkan pilihan menu sarapan yang lain daripada yang lain..citarasa Perak...yang sedap!
Di sini semua senyuman ikhlas..no politics just eat!
Terima kasih suamiku En.Rahmat Dalimun..rajin bawa kami jalan...
Sesekali duduk makan santai  bersama....terasa inilah Malaysia...

Antara pic yang saya rakam di Medan Selera Dato Sagor Ipoh....
Makanan sedap dan murah,resepinya keikhlasan dan kasih sayang.
Naik bot 10 minit untuk sampai ke Taman Rekreasi Gunung Lang
Antara pic yang sempat saya rakam sewaktu naik bot
 Patutlah tempat ini jadi pilihan fotoshoot wedding...indah sangat!
 Laluan sepanjang gunung batu kapur..boleh juga berbasikal
 Pemandangan macam dalam filem kungfu
 Bot yang membawa pelancong di tasik yang tenang...
 Suasana dalam taman di seberang jeti..terpana sebentar..sesayup mata memandang
.

Lain pula ceritanya di Taman Animasi Ipoh.Taman ekslusif pertama di Asia Tenggara dengan konsep animasi itu merupakan tempat percutian yang agak mahal.Daripada harga tiket hinggalah harga makanan yang semuanya mahal.Secara peribadi saya lebih menggemari Lost World of Tambun yang bukan sahaja menjanjikan lanskap indah,taman tema dan pantai buatan selain menerapkan unsur sejarah tanah air dengan aneka juadah yang pelbagai dan harga yang jauh lebih fleksibel.
Animasi Moana...masih dalam pembinaan...coming soon!
Drift Show mengingatkan saya pada filem KL Drift...
Berbaloi beratur panjang...Drift Show ini buat saya kecut perut!



Legenda animasi Smurf...penuh fantasI. 
 Terowong masa...best pengalaman masuk ke sini...
   Konsep animasi dan fantasi memenuhi segenap ruang...
 ...Di  sini ada teater live Mr.Smurf Show..




Namun pengalaman di Taman Animasi pastinya menjanjikan kelainan terutama pengalaman menonton Boboboi 4D dan Drift Show.Aduhai,berbaloi rasanya beratur panjang. Animasi Boboboi menjadikan rakyat Malaysia bangga kerana karikaturnya setanding animasi luar negara.Namun  saya dapati selain Panggung Boboboi, hiasan, lanskap, suasana dalam Taman Animasi kurang mencerminkan jiwa Malaysia. Mengapa tidak diketengahkan animasi Malaysia yang lain? Bukankah ini peluang terbaik menonjolkan animasi berwatak Malaysia di peringkat global.Lantas saya terbayang animasi Upin, Ipin,Raju,Gopal,Jarjit Singh ,Kak Ros, Uncle Muthu dan lain lain.Pada saya mereka lebih umphh daripada Smurff!






Solihin nampak letih masa Drift Show..Dia mengakui takut dan pening kepala..
Terkejut tengok aksi lagak ngeri pelumba kereta dan motorsikal..
Apa -apapun mama dan ayah dah tunaI janji..ha ha ha..


Sebelum berangkat pulang kami sempat singgah di Masjid Muhammadiyah, sebuah masjid Cina Muslim yang terkenal. Syukur dapat juga menjejakinya. Subhanallah indahnya panorama dengan senibina Cina berlatarkan warna merah yang mendominasi segenap ruang
 Pintu masuk masjid Muhammadiyah...Tasek Ipoh....
 Kita semua saudara...tulisan ini menyentuh hati saya....

 Pemandangan dalam ruang solat..subhanallah!
 Senibina berdirikan Cina...warna merah mendominasi ruang...
Masjid ini memberi suatu persepsi bahawa Islam itu universal dan sejagat
Terletak dalam sebuah taman perumahan orang Cina ...ia menjadi simbol perpaduan kaum dan toleransi.Benarlah Islam itu indah!!!!!
Let's Visit Perak 2017..Sebagai orang Perak,teman bangga dengan negeri kelahiran teman. MOH KE PERAK..Visit Perak Year 2017...


Anak saya teruja dengan lukisan di bilik wudhu..Kungfu Panda!