Telah dtakdirkan aku menjadi seorang guru, telah ditakdirkan sekolah menjadi duniaku, sesungguhnya bukan pangkat bukan gelaran bukan anugerah cemerlang yang aku buru, namun kepuasan datang bertamu apabila aku berjaya mencorakkan warna kehidupan seorang insan, merekalah amanah Allah untukku.....anak didikku ....KANVAS CINTAKU

Pengikut

Ahad, 2 Oktober 2016

Bengkel Sejarah SPM Live With History Band

Idea ini datang daripada KP Sejarah sekolah saya...NormawatI Panut. Dia kata why don't we try something out of the box. Menjawab soalan Sejarah dengan mendengar lagu secara live. Idea ini pastinya saya sokong sebab saya juga seorang guru yang suka akan new things, benda baru yang segar. Saya juga peminat new pedagogi di mana mengajar bukan sekadar a chalk and a talk. Teringin tampil berbeda di hadapan murid. Saya sahut cabaran. Saya masuk History Band dengan gitaris utama Kamal dan Sidek. Penyanyi History Band memang hebat. ..Zaimah Hussein graduan Aswara, Shahida Hamidon juga ada basic muzik. Seorang lagi,Bazley  baru berumur 14 tahun, penyanyi nashid SMKJERAM. Bila saya menyanyi banyak kali juga gitaris saya tegur. Cikgu nyanyi berterabur tak ikut note. ..Ha..ha..ha betul tu saya biasa nyanyi karaoke di rumah tapi life muzik unplugged. ..ini pengalaman pertama! Tapi benda benda luar biasa ni harus dicuba sebab pada saya guru harus ada sisi -sisi berbeza yang pelajar nak lihat! Selain mak tiri yang garang di dalam kelas, gangster di hadapan budak -budak hardcore sekarang saya cuba jadi artis. Cikgu Norma kawan saya bagi idea...Jom pakai baju ala ala penyanyi rock. Maka jadilah saya guru Sejarah yang menyanyikan lagu Cinta Pantai Merdeka versi Kerajaan Kedah Tua semasa program Belaian Kasih Sentuhan Jiwa anjuran bidang Kemanusiaan SMKJERAM untuk anak-anak kelas 5 Seni, 5 Perdagangan dan 5 Multimedia. ..
Percaya atau tidak budak -budak form 5 yang akan menduduki SPM hujung tahun ini tiba-tiba mampu menjawab soalan-soalan ramalan SPM yang kami berikan. Ya ampun tak ada seorangpun yang tidur dalam program Sejarah kelas berprestasi rendah itu walaupun kami mengajar tajuk -tajuk sejarah seperti Taman Indus, Tamadun Hwang Ho, Kerajaan Agraria, Cukai Zaman Kerajaan Melayu Melaka, Kerajaan Kedah Tua dan Etika Peperangan Dalam Islam. 
Teknik ini bukan miracle tapi sesuatu yang perlu dipelajari dan dipraktikkan. Anak-anak kelas belakang perlu banyak pengajaran visual.Ramai yang dikategorikan oleh guru-guru sebagai individu yang tidak betah belajar dengan buku dan pen. Maka learn with a music atau belajar dengan kemahiran muzik merangsang minat mereka. ..
Selesai satu lagu mereka bertepuk tangan tanda enjoy dan seronok. Kemudian apabila diberi soalan terus mampu  menjawab berdasarkan lirik yang diberi. Lirik itu sebenarnya diambil dari buku teks yang tak pernah mereka baca kecuali apabila cikgu suruh baca. Tapi mustahil seorang guru Sejarah sempat menyuruh pelajar membaca buku teks di dalam kelas kerana waktu mata pelajaran ini hanya 3 waktu seming gu. 
Berikut saya kongsikan gambar -gambar semasa program Bengkel Menjawab Soalan live with History Band SMKJERAM yang baru berlangsung. 
Sekadar perkongsian untuk guru-guru Sejarah Jangan sesekali benarkan budak-budak tidur waktu guru Sejarah mengajar Biar semua  terbeliak mata dengan cikgu Sejarah. Itu misi saya dan kawan saya NormawatI Panut KP Sejarah SMKJERAM.
Buat ahli -ahli History Band terimakasih ajar cikgu menyanyi dengan gitar terutama Sidek....semoga sudi ajar lagi...Hi hi hi jangan marah ya Sidek cikgu nyanyi lari note. ..
 History Band dengan Cikgu Jessica seorang cikgu TFM yang juga boleh bermain gitar
 Barisan History Band gitaris pro Sidek,Kamal,cikgu Norma, cikgu Haida, Zaimah Hussein dan Bazley
 Cikgu Haida nyanyi Tamadun Indus versi Lakkhi Badhi. ..ala ala Kajol
Ini cikgu Norma orang kuat merangkap pengurus History Band...