Telah dtakdirkan aku menjadi seorang guru, telah ditakdirkan sekolah menjadi duniaku, sesungguhnya bukan pangkat bukan gelaran bukan anugerah cemerlang yang aku buru, namun kepuasan datang bertamu apabila aku berjaya mencorakkan warna kehidupan seorang insan, merekalah amanah Allah untukku.....anak didikku ....KANVAS CINTAKU

Pengikut

Rabu, 4 Februari 2015

Kenangan Menonton Teater Ghost

Sudah lama tidak menonton teater, apatah lagi teater buah tangan pengarah tersohor.Lantas jemputan menyaksikan teater Ghost arahan Ahmad Yatim membuatkan saya tidak berfikir panjang. Teringat team teater SMKJeram yang akan bertanding teater  Komsas pada tahun ini.Pasti mereka dahaga akan ilmu pengetahun ,latihan dan kemahiran.Lantas jemputan daripada Norzaimah Hussein salah seorang teraju utama teater Ghost seperti orang mengantuk disorongkan bantal.Saya mengajak kesemua anggota team teater SMKJeram untuk tidak melepaskan peluang keemasan ini. Farid,Amir,Wani,Mimi,Aiman, Mizi,Aisyah  dan Hidayah begitu teruja untuk menyaksikan Ghost.Tapi sebagai audiens baru dunia teater saya terangkan awal-awal lagi, tengok teater bukan untuk enjoy ...ia bukan macam tengok wayang! Saya risau juga nak bawa budak-budak ni, apatah lagi menyaksikan teater klasik terjemahan teks Inggeris. Namun kerisauan saya berakhir sebaik melangkah ke dalam Black Box Aswara, Anak-anak murid saya tekun dan asyik.Mereka begitu berdisiplin dan teruja dengan Ghost. Walaupun ada bahagian-bahagian yang mencabar  imaginasi KBAT (Kemahiran Berfikir Aras Tinggi),namun mereka tidak hilang punca.

Saya selalu janji dengan Pinky nak datang tengok dia berlakon kali ini baru tertunai....Amboi macam tak percaya gadis cute yang nakal dan berani yang selalu lepak di rumah saya boleh jadi Puan Alving yang tua, bangsawan, dan hidup sarat dengan derita,duka nestapa !

Saya kira menonton teater ialah pedagogi outdoor yang paling berkesan untuk menerangkan apa itu teater dan elemen-elemen yang perlu ada dalam teater. Maka kenangan ketika menonton Ghost lekat dalam memori anak-anak ini apatah lagi seusai persembahan mereka diberi peluang beramah mesra dengan pelakon Ghost antaranya Norzaimah Hussein ( yang  pernah membantu team  teater  SMKJeram memenangi anuerah dalam pertandingan teater KOMSAS pada tahu lalu menerusi teater Cempaka Berdarah), Shah Hasanul Mazhar Borhanuddin (anak-anak didik saya dan saya sendiri amat kagum dengan bakat beliau) dan Wan Alia Yuhanis (si Regina yang cantik manis)
 Hebatnya watak Engstrand hingga anak-anak murid saya tak habis-habis bercerita tentang beliau
  walaupun kami dah naik van untuk pulang....!
Manakala beberapa orang pelajar saya dalam senyap meminati Afiq Azhar Ali yang membawa watak Tuan Manders.Buat Ahmad Yatim..... tahniah, kerana berjaya " menginggeriskan "pelalon-pelakon ini dan "menghantui"kami penonton-penontonnya dengan emosi,sejarah silam, kemarahan, kasih sayang yang tidak akan pernah mati walau kita cuba membunuhnya.....
Petang itu juga saya berkesempatan bersembang dengan Kma atau Shariful Akma Abdullah bekas anak murid saya di SMK Hutan Melintang Perak....Tak sangka budak yang pernah saya pilih untuk pegang watak kecil sebagai orang tua pencerita dalam drama Keris Laksamana Bentan ketika dia bersekolah dahulu kini jadi orang besar dalam dunia teater dan seorang pensyarah! Kma....cikgu bangga dengan kamu!!!! Luv Kma so much
Wajah-wajah riang dan puas selepas menyaksikan Ghost !

    Bergambar bersama pelakon pilihan mereka.....amboi teruja sangat !