Telah dtakdirkan aku menjadi seorang guru, telah ditakdirkan sekolah menjadi duniaku, sesungguhnya bukan pangkat bukan gelaran bukan anugerah cemerlang yang aku buru, namun kepuasan datang bertamu apabila aku berjaya mencorakkan warna kehidupan seorang insan, merekalah amanah Allah untukku.....anak didikku ....KANVAS CINTAKU

Pengikut

Rabu, 7 Jun 2017

Jejak Kasih Fakulti Sastera USM

Saya baru menghantar anak saudara Mohd Hafy Azri mendaftar kursus pengajian diploma di kolej Universiti Sains Islam Antarabangsa .Tiba-tiba teringat kenangan silam sewaktu saya mendaftar di Fakulti Sastera dengan Pendidikan di USM Pulau Pinang.Suatu kenangan yang membuatkan saya berasa rindu pada teman- teman lama.
Saya memang sudah lama tak mengikuti perkembangan kawan- kawan sekuliah.Kali terakhir berhubung pada awal tahun posting sebagai guru di SMK Hutan Melintang Perak.Masa itu saya rajin berutus surat bertanyakan khabar.Seronok apabila dapat surat kawan.Antara yang rajin hantar surat pada saya Rosliza Zakaria ( isteri allahyarham Rahimidin Zahari) Noraini Awang( isteri Dr Harun Daud),Hartini Yusof , mak saudara Hartini , Maimunah,serta arwah Zulaikha Baderon .
Dalam ramai- ramai sahabat ini saya dan Narizan Mahmod lambat bertemu jodoh, jadi ketika orang lain sibuk dengan dunia anak -anak dan rumahtangga kamu berdua masih hu ha hu ha dan kerap bertemu.Narizan Mahmod kerap berkunjung ke rumah saya bersama ahli keluarganya kerana mereka kebanyakannya tinggal di Kuala Lumpur.Begitu juga arwah Zulaikha Baderon kerap datang ke rumah mak saya di Sementa bersama suaminya Mohd Yusof.Hartini kawan saya yang havoc dan ceria sudah jauh di Terengganu bersama Maimunah mak saudaranya .Untungnya mereka dapat berkhidmat di tanah kelahiran sendiri.Rosliza Zakaria pula,kali terakhir berutus surat dengan saya berkhidmat di Kuantan ikut suaminya yang ketika itu bertugas sebagai pegawai kebudayaan.Kami putus hubungan selepas itu.Saya kerap juga mengintai perkembangan arwah Rahimidin Zahari.Fotonya,karyanya,berita tentang kariernya sebagai penulis dan pengurus panggung Istana Budaya kerap saya baca dengan harapan saya dapat mengetahui sedikit sebanyak tentang isterinya,Rosliza Zakaria. Noraini Awang yang berkahwin dengan pensyarah Sastera kami Dr Haron Daud menghilang entah ke mana.Aduh , rindu pada mereka.Semua memori  saya simpan teguh dalam hati.Saya sendiri melalui fasa demi fasa yang dinamakan suratan takdir.Seorang graduan lulusan Sastera Melayu dengan Pendidikan,saya komited dengan pelbagai tugas yang berkaitan Sastera Melayu di sekolah.Saya puas dan bahagia kerana ilmu yang saya pelajari berkaitan kesusasteraan banyak membantu saya mencorak anak- anak murid dalam bidang akademik dan koakademik.Pengalaman sebagai jurulatih,penceramah,penggiat teater dan puisi saya telah lalui dengan seronok dan puas,sehinggalah takdir menentukan saya jadi guru Sejarah sepenuh masa.Saya rasa kawan- kawan saya tentunya melalui pengalaman yang lebih hebat dan lebih bermakna.Suatu hari saya terbaca tentang kematian Rahimidin Zahari yang disebut - sebut sebagai bakal Sasterawan Negara.Terkejut saya dengan suara sebak Rosliza Zakaria di kaca TV 1 rancangan Selamat Pagi Malaysia Masa itu saya tak ada facebook dan tak suka facebook,jadi saya tak tahu macam mana nak hubungi Rosliza.Saya dapat bayangkan kesedihan sahabat saya ini. Separuh nyawanya pergi...
Sekarang baru saya buka akaun facebook semata- mata sebab rindu pada sahabat- sahabat lama ini.Akaun facebook Rosliza Zakaria aktif dengan nama Cikgu Ros.Dia banyak berkongsi kisah suka duka hidupnya sebagai isteri sasterawan tanah air yang tersohor namun  mulia jiwa.Daripada Sekepal Tanah sehinggalah Kutulis Engkau Biru..arwah suaminya sangat prolifik , tebal jiwa sufi dalam sajak- sajaknya dan sangat merakyat dalam karyanya.Saya sendiri sebagai peminat arwah Rahimidin kagum dan tersentuh hati dengan nukilannya.Cikgu Ros buat saya menangis apabila melihat bunga cempaka putih yang diletakkan di cermin keretanya setiap kali pulang bertemu arwah di tanah perkuburan.Ya Allah kuatkan semangat Rosliza Zakaria..Kiranya Engkau pinjamkan seorang insan bernama Rahimidin Zahari di dunia ...temukan mereka kembali di Jannah ya Allah.
Lepas itu saya selongkar facebook Hartini Yusof yang berkahwin dengan sepupumya Asmawi 25 tahun dahulu.Ternyata senyuman bahagia tak lekang di bibir Hartini.Dikelilingi anak- anaknya yang kacak dan comel, saya yakin Tini tetap havoc dan ceria macam dulu.Mak saudaranya Maimunah dan kawan rapatnya Noraini Awang tak pula saya jumpa gambar di facebook.Barangkali mereka berdua macam saya anti facebook.Ha ha ha!!!!!
Antara kawan - kawan rapat fakulti, Zulaikha Baderon pulang dahulu ke sisiNya.Saya berkesempatan menjenguk keluarganya di Jalan Kebun Klang ,3 hari selepas arwah pergi.Teringat kad yang diselit di bawah pintu rumah saya.Sebulan sebelum meninggal arwah datang ke rumah.Malangnya saya tak ada,keluar makan angin dengan anak dan suami.Ya Allah rupanya hajatnya nak bertemu saya tak kesampaian.Sayu hati ....
Saya juga selongkar facebook Azati Jantan ,kawan kami yang paling cute dan comel.Wah, ada anak teruna tampan ya Azati...Azati pula mantain cute!!!!!
Dubai kawan,berpuluh tahun terpisah.Kita semua melalui simpang siur hidup yang berbeda namun landasannya tetap yang bernama Qada dan Qadar.
Lihat foto kita 25 tahun dahulu ..banyak yang saya tergelak -gelak tengok.Waktu itu kita budak USM yang nakal,gila-gila,ranggi, vogue dan sentiasa kecoh di kampus sebab group kita sangat popular (perasan pulak) .Macam - macam episod kita lalui bersama .Antaranya episode  cinta kampus ,kes rumah sewa kita dipukau dan dirompak,dan macam- macam pengalaman Allah titipkan buat kita mengenang kembali zaman  muda dan mentah itu.
Apapun yang kalian lalui.bersyukurlah..Telah tertulis tinta itu di loh mahfuz. Semoga setelah berjalan di lorong - lorong yang jauh berliku kita boleh bertemu kembali di suatu stesen bernama pertemuan.
Rindu awak semua 200% .Narizan Mahmod .awak kat mana? Awak kat mana?Yang saya tahu awak mengajar di SMK Ipoh Kelantan.Selepas kahwin Narizan putus hubungan.Begitu juga Jamilah!!! Kalau terbaca ini panggilan rindu buat awak berdua ...
Begitu juga Azizan Mamat (saya terjumpa fecebooknya),Rosni, Zah, Kiah...tentu bahagia melayari bahtera rumahtangga bersama insan tersayang.

Memetik sebaris lirik lagu lama Jauh Di Mata...nyanyian Syarifah Aini dan Ella

Bertahun-tahun sudah lama
Tiada pernah kita berjumpa
Engkau pergi entah di mana
Duhai kawanku yang setia.

Kuteringat masa dahulu
Masa kita berada di rantau
Irama senandung anak dara
Itu nyanyian kita bersama.
 Ini salah seorang kawan saya ketika itu Jamilah.
 Mek Kelate..Kiah,Rosni,Rosliza Zakaria,Azizan Mamat dan Zah
 Narizan Mahmod...apa khabar agaknya? Hartini Yusof di sebelahnya.
 Rosliza Zakaria dan Hartini dengan pensyarah kesayangan kami,Dr Baharudin Ahmed.
 Ini Maimunah...di mana agaknya kekandaku ini?
Dalam kenangan...arwah Zulaikha Baderon..we miss u always
Alfatihah! Kau kini milikNya abadi...