Telah dtakdirkan aku menjadi seorang guru, telah ditakdirkan sekolah menjadi duniaku, sesungguhnya bukan pangkat bukan gelaran bukan anugerah cemerlang yang aku buru, namun kepuasan datang bertamu apabila aku berjaya mencorakkan warna kehidupan seorang insan, merekalah amanah Allah untukku.....anak didikku ....KANVAS CINTAKU

Pengikut

Khamis, 29 Januari 2015

E PRESTASI...Saya tidak pernah kisah!

Eprestasi...saya tidak pernah risau malah saya tidak pernah ambil tahu berapa markah saya.Sejak beberapa tahun ini saya lebih matang menilai kehidupan. Saya tidak pernah kisah markah saya cemerlang atau tidak.Saya bekerja untuk membangunkan jiwa anak -didik saya yang sudah pasti tidak boleh diukur dengan angka. Saya redha dan menerima berapapun markah yang saya dapat.Saya bersyukur jika mendapat markah cemerlang kerana itu menunjukkan Allah memberkati usaha saya tetapi saya lebih bersyukur jika mendapat markah rendah kerana itu menunjukkan Allah mahu saya berusaha lebih. Penilaian manusia di muka bumi ini sangat subjektif, jadi mengapa kita perlu bersedih?

Dul

Tiada ulasan: