Tahun ini saya mahu lebih tenang, lebih kuat dan lebih matang. Namun sesekali jiwa perempuan saya rebah juga dengan desakan dan tekanan.
Tuhan beri saya jiwa setabah Sumaiyyah, secekal Rabiatul Adawiyah, sehebat saiditina Khadijah walaupun saya saya hanya manusia biasa dengan titisan air mata yang kerap mencurah!
Saya mahu pimpin dan didik anak-anak tanpa prejudis, tanpa syarat, tanpa agenda untuk selembar pujian manusia. Saya mahu jadi fasilitator berwibawa untuk menggalas beban guru abad 21,namun saya keletihan menyelesaikan tugas-tugas sampingan yang melebihi kapasiti tugas utama.
Apabila membaca ucapan Hari Guru daripada bekas anak -anak didik saya, saya tahu perjuangan saya tak pernah sia-sia.Walaupun dulunya mereka nakal, degil, liar, malas belajar namun hari ini mereka semua sudah ada sisi lain kehidupan yang bermakna. Walaupun tak jejak menara gading mereka tak kalah dan tak rebah! Segaris ingatan setiap kali menjelangnya sambutan Hari Guru membuat saya mengerti tak ada ruginya teguran, pukulan, cubitan, bimbingan, dan didikan yang saya titipkan buat mereka walaupun masa itu mereka macam tak mahu peduli dan tak mahu terima.
Nikmat bahagia itulah yang buat saya berdiri teguh pegang amanah Tuhan rabbulizati..Selamat Hari Guru!