Telah dtakdirkan aku menjadi seorang guru, telah ditakdirkan sekolah menjadi duniaku, sesungguhnya bukan pangkat bukan gelaran bukan anugerah cemerlang yang aku buru, namun kepuasan datang bertamu apabila aku berjaya mencorakkan warna kehidupan seorang insan, merekalah amanah Allah untukku.....anak didikku ....KANVAS CINTAKU

Pengikut

Khamis, 18 September 2014

MONOLOG ROH DARI UKRAINE (versi video) Khas buat seluruh rakyat Malaysia yang bersatu dalam kepiluan

Khas buat Wani -5 Ibnu Sina 2014 yang sangat meminati puisi ini
Titipan istimewa buat Anwar Cool (Lelaki Melayu Terakhir ,orang kuat disebalik pembikinan video)
Asfar dan Syafik {mentor saya dalam dunia siber }
Jua buat anakku Ahmad Solihin yang permah melontarkan dialog kanak-kanaknya
" Solih tak boleh fikir macamana nak tolong MH 370"
"Kenapa?" tanya saya.
"Sebab dia jatuh kat lautan "
"Lautan mana?" tanya saya lagi
"Lautan Hindi" jawabnya yakin
Terkejut saya apabila kanak-kanak seusianya sudah memikirkan dan merasai tentang tragedi Mh 370
Kepada rakyat Malaysia teruskan berdoa untuk keluarga mangsa MH 370 dan MH 17 -Hanya syurga balasan buat penderitaan dan malapetaka yang diterima dengan tabah.......
(CATATAN : Video boleh dilihat di skrin PC kerana formatnya dibuat sedemikian)