Musim tunggu result SPM.Kebanyakan anak murid saya kerja sambilan sementara result belum keluar.Ada yang kerja di kedai kek, di kilang coklat, di restoren makanan segera dan di kedai buku. Salah seorang anak murid saya Danish Fitrie namanya, bekerja di kedai buku MPH. Suatu hari dia tulis dalam wssup grup kelasnya." Siapa nak beli buku Puisi Tepi Jalan F yn Jamal pm saya." Wow terbeliak mata saya.Danish tiba- tiba promosi buku puisi dalam grup wssup." Saya dah baca buku ni, berkerut dahi fikir apa yang Fyn tulis.Bagi saya buku ini TERBAIK". Saya tersenyum sumbing.Wajah Danish terbayang.Walaupun dikategorikan budak yang agak bijak tak ada matapelajaran yang mampu menarik perhatiannya.Boleh dikatakan dia tidur masa semua subjek termasuk subjek Sastera.Dia juga gagal semua subjek masa percubaan SPM. Paling buat saya jengkel dia berani keluar awal masa peperiksaan Sejarah .Barangkali dia terkejut dengan nama Ferdinand Maggelan yang tertera di situ.Dia tak pernah baca buku teks.Malah tak satupun teks sastera SPM saya confirm dia telah baca. Tapi dia baca puisi Fyn Jamal.Tahniah Fyn.Jujur saya katakan saya sudah lama tak ikuti perkembangan Fyn Jamal.Selain terkesan dengan lirik lagu Arjuna Beta kemudian saya tak peduli tentang Fyn Jamal.Sehinggalah Danish Fitri bercakap tentang Fyn Jamal dalam wssup grup.Sayapun search sebuah dua petikan Puisi Tepi Jalan secara online.
Hebat bukan sebab gaya bahasanya yang pop dan rock.Hebat sebab ada keberanian yang penulis tersohorpun belum tentu berani menyentuh isu atau pemikiran yang Fyn utarakan .Itu komen saya.Barangkali suara Fyn mewakili suara anak muda kerana itu bukunya menarik minat orang muda macam Danish. Danish yang saya lihat personalitinya seorang rebel atau pemberontak.Dia tidak betah belajar dalam sistem pendidikan yang sedia ada.Barangkali he search for something.Saya berbalas -balas mesej dalam wssup grup yang akhirnya dia menulis.
" Cikgu kalau gaji nanti saya hantar buku puisi Fyn Jamal.I promise".
Saya bangga walaupun dia bukan favourite student dalam kelas Sastera saya tapi sekurang-kurangnya sekarang dia baca buku puisi. Peluang bekerja di gedung buku menjadikan dia seorang peminat buku.Buku puisi pulak tu.Cayalah Danish..khabarnya khatam buku Puisi Tepi Jalan.Semoga lebih ramai' Fyn Jamal' 'menulis buku untuk orang macam Danish Fitrie!