Tawakkal..kuserah dan pasrah kepadamu...restuilah kami membawa putera hati kami yang baru berusia 5 tahun 8 bulan ke kota keagunganMu.
Di ruang legar masjid Nabawi...Solihin bersama ayahnya menyusuri kebesaran dan keagungan Ilahi...
Bagi jemaah yang membawa anak seusia Solihin stroller seperti ini amat berguna
Keindahan dan ketenangan masjid Nabawi tidak menyamai mana -
Penduduk kota Madinah sangat halus dan indah budi pekerti.Selain mampu bertutur bahasa Melayu yang mudah,akhlak mereka meneladani akhlak rasulullah saw.Mereka sangat santun kepada orang tua dan gemar akan kanak-kanak.Anak saya lazimnya akan dipeluk atau diusap kepalanya oleh pekedai-pekedai yang saya temui dan kemudian tangan Solihin penuh dengan gula-gula,coklat dan manisan.Bukan sahaja pekedai,orang awam pun mempunyai tingkah laku yang sama..sayang pada kanak-kanak.Selain beramah mesra mereka suka mengusik kanak-kanak apabila ada peluang. Agaknya kasih-sayang kota Madinah membuat anak saya betah dan jarang meragam..alhamdulilah.Ada suatu hari dia bertanya saya..Mama,macam-mana orang Arab boleh kenal Solih? Agaknya dia hairan layanan yang mereka berikan seolah-olah mereka kenal anak saya...Aura kasih
sayang kota Madinah menusuk kalbu dan membuat saya terbayang rasulullah saw.Menitis
air mata keinsafan..
Terasa jauhnya akhlak saya dengan akhlak baginda...
Ahmad Solihin,sepanjang perjalanan mama dan ayah sering memanjatkan doa mudah-
mudahan travelog ini dapat menitipkan roh iman dan ketakwaan dalam dirimu ..
Memetik sebaris lirik dalam lagu Raihan.
Iman tak dapat diwarisi dari seorang ayah yang bertakwa.
Ia tak dapat dijual beli
Ia tiada di tepian pantai.....
Kepada suami..terima kasih membawa kami ke sini...harga percutian termahal terindah buat kami
BEAUTIFUL MADINAH...LAMBAIAN KOTAMU MENGGAMIT RINDU..ALLAHUAKHBAR!
i