Hari ini kita banyak bicara
berapa orang pelajar kita dapat A
berapa peratus kelulusan
berapa pula GPS
berapa pula GPS
agar rekod perkhidmatan kita
mencapai target
Sasaran Kerja Tahunan
namun kita terlupa mengira
berapa banyak pesan
lewat nilai- nilai murni
telah kita sisipkan
dalam mengejar kecemerlangan pedagogi
Sasaran Kerja Tahunan
namun kita terlupa mengira
berapa banyak pesan
lewat nilai- nilai murni
telah kita sisipkan
dalam mengejar kecemerlangan pedagogi
Hari ini kita banyak bicara
siapa di kelas hadapan
dia bijak
dia bakal pemimpin
dia bijak
dia bakal pemimpin
siapa di kelas belakang
dia pakej
dia pakej
masa hadapan yang kabur
namun kita terlupa mencatur
namun kita terlupa mencatur
tanah air perlu
bukan sekadar intelek termasyur
bukan sekadar intelek termasyur
namun juga pekerja biasa
semulia akhlak rasul
semulia akhlak rasul
Hari ini kita banyak mengata
nakal dan biadapnya anak- anak kita
degil dan liarnya perangai mereka
degil dan liarnya perangai mereka
namun kita terlupa
di rumah kitalah
mereka membesar dan belajar
di rumah kitalah
mereka membesar dan belajar
Hari ini.kita banyak berharap
cemerlang mereka di atas kertas
namun kita terlupa mendoakan
cemerlang mereka meniti kehidupan
Hari ini kita sering mengkritik
anak- anak kita terlalu menggilai
budaya barat, hip hop dan kpop
namun kita terlupa menghukum
kitalah pembunuh akar budaya
pohon seni tradisi
di laman sendiri
Hari ini masa kita banyak dihabisi
mengisi dan melengkapi
segala data
segala bernama e
di laman sesawang IT
namun kita terlupa
tugas utama kita
membina tiang negara
tegap dan kukuh sendinya
di bilik darjah sendiri...
Hari ini kita cuba refleksi
dan muhasabah diri
sempurnakah janji kita padaNya
atau tertunai hanya
di lembar slip gaji...
Puisi ini saya hasilkan setelah menonton anak saya menyertai pertandingan Kalam Jamaei..bahasa Arab ..Tersentuh hati melihat dedikasi dan gigihnya para mualimah mendidik anak- anak kecil prasekolah.Tanpa gaji besar, tanpa ganjaran tinggi..mereka mendidik anak anak seikhlas hati..Rasa malu pada diri...kami guru guru sekolah menengah mampukah mencorak kuntuman putih melati yang mereka lukis atau d tangan kami nanti kuntuman itu gugur sebagai bunga bangsa tanpa seri dan erti?
Kepada guru guru prasekolah anda hebat...di tangan anda kanvas putih bersih suci terlakar...
Kami di sekolah menengah bergelut untuk meneruskan perjuangan anda
membina negara bangsa...
Salam perjuangan buat guru guru anak saya Mualimah Nor, Mualimah Yana, Mualimah Jah dan Mualimah Kina.....
Wajah suci anak-anak prasekolah,rebung yang masih mudah dilentur.
Kebahagiaan mereka kerana bernaung di bawah limpahan kasih mualimah yang penyayang..