Tapi anak -anak murid saya yang lain dari kelas 5 Ekonomi pandai membesarkan diri. Walaupun diberi sekecil-kecil watak merdeka berusaha memberi yang terbaik. Misalnya watak sebagai tentera upahan Melaka, watak orang Portugis yang tamak sehingga semua harta rampasan kerajaan Melaka dimuatkan dalam kapal yang kecil, dihidupkan sepenuh .hati Begitu juga dayang -dayang istana, serikandi Melaka semua sempurna bagi tahap 2 hari latihan.
Eizlan sebagai sejarahwan Godinho Eredia, Iman Hakeem sebagai Caspar De Correa semuanya mencuit hati penonton.
Begitu juga Fariz yang memegang watak Sultan Mahmud Syah. Mereka berjaya mengatasi cabaran pementasan yang bertukar tempat secara drastik dari tapak perhimpunan yang luas ke dewan sementara yang sempit, kerana pagi itu hujan rahmat turun membasahi bumi.. Saya bisikkan pada mereka, kuasa Allah....Allah ada perancangan yang lebih baik daripada manusia. ...
Semua untuk melegakan resah mereka kerana tidak dapat beraksi di tapak perhimpunan. ..

Kredit untuk anak-anak muridku dari kelas 5 Ekonomi (Shida,Aizat,Zamri,Anwar Fariz, Najwa,Sakina,Alia, Iqbal,Eizlan,Hafizul, Fikri,Zaqwan,Farawanie , Nasrullah,Aidil,Faez Daniel,Shiela,Farha,),juga 2 orang pelakon drama Komsas iaitu Rafiudi 4 Akaun dan Eby Saiful 3 Budi.
Kelas 5 Ekonomi pelajar lelakinya ada skill baik dalam pelajaran mahu pun pementasan...
Shahida Hamidon...alunan Bahtera Merdeka.....lagu patriotik yang jarang didendangkan.
Watak Ferdinand Maggelan dan Henry the Black...kisahnya penuh inspirasi dan kontroversi |
Shahida Hamidon...alunan Bahtera Merdeka.....lagu patriotik yang jarang didendangkan.
Banyak pengalaman yang mereka dapat daripada pementasan ini,kerana rangkuman fakta Sejarah, disiplin dalam sebuah team dan penghayatan seni persembahan.
Mengikut catatan Godinho Eredia,Melaka tak kalah kerana senjata.
Ketika Portugis menjajah Melaka,mereka telah merampas 3000 pucuk meriam yang diperbuat daripada besi dan tembaga.TenteraMelaka pula telah melarikan 5000 pucuk meriam sebelum jambatan Melaka roboh.
Melaka tak kalah kerana senjata.
Jadi Melaka kalah kerana apa?
Melaka kalah kerana rakyatnya tidak pernah belajar erti setia pada negara
Melaka kalah kerana pemimpinnya tidak pernah takut erti dosa..
Salam ulangtahun kemerdekaan ke- 59 tanah air tercinta.
Merdeka!Merdeka!Merdeka!