Pada 25 hb Mac yang lalu lalu sewaktu negara menyambut Hari Polis saya dikunjungi oleh seorang anggota polis lengkap beruniform.Terkedu saya dibuatnya."Cikgu kenal saya lagi tak?" " Hasdino...!" Saya memandangnya dengan wajah terperanjat, tidak percaya." Saya cari cikgu di Sekolah Menengah Perempuan Kapar..tapi cikgu di sana cakap cikgu dah pindah ke sini" Saya hampir menitiskan air mata. Saya tahan sebak.Kehadiran jejaka berbadan tegap itu benar-benar membuat saya terharu. Di hadapan pelajar saya di kelas 5 Dinamik , Hasdino bercerita serba ringkas." Cikgu Aida..cikgu saya yang terbaik"
13 tahun yang lalu dia anak murid saya di SMK Seri Pengkalan Alor Gajah Melaka. Nakalnya masyaaallah. Dia selalu bising dan menganggu sewaktu saya mengajar.Kenakalannya membuat saya selalu hilang sabar. Mulutnya tak henti-henti bercakap. Suaranya besar jauh lebih besar dari suara saya. Kalau dia gelak ,kuatnya sampai penolong kanan saya waktu itu Tn Hj Hamzah akan menegur.." Saya ingat tak ada cikgu tadi"
Aduh...kenangan bersama pelajar paling nakal selalunya memenuhi kotak nostalgia kita melebihi kenangan bersama pelajar paling baik.
Apabila saya dapat bertukar ke Selangor, dia orang paling sedih.Hampir setiap minggu saya mendapat surat daripada Hasdino. Kehilangan saya membuat dia merasakan erti seorang guru yang tidak henti dan jemu memberi nasihat.
Semalam dia menghantar wssup. " Cikgu saya masih simpan gambar yang cikgu beri sewaktu cikgu berpindah dahulu" Gambar saya semasa saya muda remaja dihantarnya melalui wssup. Rupa-rupanya di belakang gambar itu tertulis ayat
ILMU ADALAH PELITA KAMAR HIDUP INSAN NAN GELAP GELITA
Dia juga menulis Saya tidak akan lupa jasa cikgu mendidik saya. Cikgu yang terbaik untuk saya.
Alhamdulilah anak muridku Hasdino kini seorang suami penyayang dan bapa pengasih kepada dua orang putera yang comel.
Dia juga sudah ada karier yang menjamin masa hadapan. Siapa sangka anak murid yang hardcore nakal sewaktu bersekolah kini seorang anggota polis di Unit Pemusnah Bom. Dino...kasih sayangmu pada cikgu menguatkan semangat cikgu untuk terus berbakti menabur budi pada anak watan yang lain. Hasdino memang istimewa. Dia satu dalam seribu....
GAMBAR HASDINO BERSAMA KELUARGA TERSAYANG.....