Telah dtakdirkan aku menjadi seorang guru, telah ditakdirkan sekolah menjadi duniaku, sesungguhnya bukan pangkat bukan gelaran bukan anugerah cemerlang yang aku buru, namun kepuasan datang bertamu apabila aku berjaya mencorakkan warna kehidupan seorang insan, merekalah amanah Allah untukku.....anak didikku ....KANVAS CINTAKU

Pengikut

Jumaat, 5 September 2014

Azwa, Awak Tak Rabun Tapi Saya Yang Buta!

Pagi tadi sewaktu turun dari kereta saya disapa oleh seseorang.Gadis berbadan kecil dan berkaca mata itu menegur dengan ramah.Assalamualaikum...cikgu.Senyuman lebar mengiringi salamnya yang kedengaran sangat mesra dan bukan dipaksa!
 Hei apa khabar? Lama tak jumpa awak. !Aku menyambut salam ucapannya dan salam tangannya sekaligus! Kami berbalas senyuman! Rindulah,lama tak jumpa,ujar saya lagi. Memang sejak dia naik ke Tingkatan 4 saya jarang dapat berjumpa dengan gadis ini kerana jadual mengajar tidak tersenarai kelasnya!
Cikgu yang menghilangkan diri, sayapun rindu! Gadis itu melafazkan kerinduan dengan wajah yang bercahaya! Saya memandang wajahnya yang berkaca mata! Peristiwa tahun lalu menjengah kotak memori saya! Tahun lalu seperti biasa saya diarahkan mengajar kelas paling akhir tingkatan 3 dengan majoriti pelajarnya buta huruf! Mungkin kedengaran aneh ada lagikah anak anak buta huruf di sekolah menengah! Ya....masih ada, masih berbaki.
Kelas bahasa Melayu yang saya ajar lebih kepada kelas Pemulihan Membaca ! Saya menggunakan bahan bahan anak saya dari kelas pra sekolah untuk sebahagian kecil pelajar kelas ini yang saya kenalpasti ialah kanak kanak lembam, disleksia atau hiperlesia! Suatu peristiwa yang sangat menyentuh hati berlaku di kelas ini.Anak murid saya seorang anak yatim piatu hanya tahu mengeja namanya sendiri Sofian manakala nama bapanya Arif tidak boleh lekat dalam memorinya! Suatu hari saya memarahinya debgan suara melengking tinggi! Apalah kamu ni....nama ayahpun tak boleh nak ingat!A R I F, Arif . Saya mengulang sebutan huruf! Dia mengaru-garu kepala yang tidak gatal kenudian saya lihat wajahnya sayu sangat...seolah olah dia berkata. Cikgu saya memang tak boleh ingat.....kalau cikgu pukul saya setengah matipun saya memang tak boleh! Saya mengucap panjang! Minda sedar saya membuatkan saya  kembali tenang,tapi hati berdetik sayu teramat!Ya Allah Safuan bin Arif macam mana cikgu nak tolong kamu lagi?
Berbalik kepada cerita gadis tadi,namanya Azwa. Dia seorang yang lincah,suka tersenyum dan banyak cakap! Dia suka ke hadapan , menjawab soalan walaupun dia tidak pasti jawapannya betul atau salah! Cuma saya perasan apabila menyalin sesuatu dari buku atau papan hitam, dia selalu salah tulis!Sayapun marah-marah! Kamu ni kenapa....lain cikgu suruh salin lain yang kamu salin, lain yang saya tulis,lain pula yang kamu tulis! Saya tak nampak cikgu! Alasan , duduk depan boleh cakap tak nampak! Betul cikgu saya tak nampak! Berkali-kali dia mempertahankan diri! Dalam hati saya berkata, entah entah dia disleksia, sebab itulah membacapun dia merangkak-rangkak! Suatu hari semasa rehat saya tidak keluar dari kelasnya kerana saya berpuasa jadi saya tunggu loceng selepas rehat untuk pergi ke kelas sebelah! Diapun tidak ke mana-mana! Azwa pergi rehat....tak lapar? Dia hanya tersenyum ! Tak apalah cikgu saya biasa tidak turun ke kantin! Sebab itulah badan awak kurus keding,pergi kantin....nah cikgu bagi duit,hari ini saya belanja! Saya berkata tegas!
Eh tak naklah cikgu....saya ada duit! Tak apa saya sedekah hari ini ,kata saya lagi!Wajahnya berkerut-kerut memandang wajah saya! Saya hairan kenapa budak ini? Baik sangat kah atau berlagak kah sebab tidak mahu dibelanja!
Oleh sebab dia berkeras tidak mahu ke kantin saya menukar topik! Azwa saya nak awak pakai cermin mata sebab saya rasa awak ni rabun,menulis atau menyalin huruf entah apa apa.
Saya memang nak pakai cermin mata cikgu tapi duit yang saya kumpul belum cukup! Berapa yang tak cukup ? Tanya saya lagi....Entah cikgu ayah saya cakap paling kurangpun kena tambah seratus ringgit lagi!Saya mengeluh!Dalam hati  saya menyumpah seranah! Ayah apa, tak bertangggungjawab.cermin mata anakpun tak mampu beli!
Seminggu selepas itu dia membawa wang yang dijanjikan untuk ditunjukkan kepada saya! Saya terkejut yang teramat! Azwa kenapa banyak sangat duit seringgit ,duit syiling ?Berapa ni, macam mana saya nak kira! Cikgu semuanya RM 156.50 sen. Ini duit raya cikgu saya kumpul dari sekolah rendah darjah 6! Ya Allah....hatiku terasa bagai digigit-gigit! Azwa awak tak rabun, tapi saya yang rabun! Rabun hati dan perasaan ! Sudah 6 bulan mengajar kenapa baru seminggu saya bertanyakan soalan awak boleh nampak ? Atau siapa ada masalah penglihatan?
Patutlah dia tidak mampu membaca dengan lancar!
Saya menahan air mata yang bergenang mahu menitis! Azwa maafkan cikgu, bukan awak yang buta huruf,cikgu yang buta hati,buta perasaan! Saya bermonolog sendirian!
Beberapa hari kemudian saya membawanya ke kedai cermin mata ! Saya beritahu PK HEM sekolah cerita Azwa,duit raya dan cermin mata yang diimpikannya!
PK HEM saya turut menitiskan air mata! Dia berjanji akan membantu menampung wang yang kurang dengan membuat permohonan dana PIBG sekolah!
Apabila menghantarnya pulang selepas menempah cermin mata saya berasa sangat pilu! Azwa tinggal di rumah yang boleh dipanggil gerobok hanya berdua dengan ayahnya yang cacat,tempang sebelah kaki! Ibunya meninggalkannya kerana berkahwin dengan lelaki lain!
Sehingga hari ini setiap kali melihat kelibat gadis tabah ini dengan kaca mata barunya hati saya akan berkata-kata .Tidak semua manusia di dunia ini mengecap erti kebahagiaan,kesempurnaan dan kasih sayang .Tidak semua juga insan di dunia ini dapat berkongsi kesedihan dan kesengsaraan dengan orang lain! Alangkah baiknya jika semua orang menghidupkan kuasa cinta walau cuma seberkas cahaya lilin untuk melihat dimensi kehidupan insan lain! Azwa maafkan cikgu yang berhati kotor ini!





Sebahagian anak anak kelas intervensi saya, Irfan, Hanif, Amala, Batusha dan Dinesh. Renungan mata mereka amat polos dan suci,mereka mampu memandang jauh ke hadapan jika kita meminjamkan mata dan minda kita yang sempurna ini....