Di kota Madinah ada suatu peristiwa yang berbekas di hati. Seorang wanita pertengahan umur menangis di belakang saya sewaktu saya solat di kawasan luar masid.Tangisan itu membawa kepada perkenalan kami.Dia memberitahu suatu ujian besar terjadi sebentar tadi. Dia yang sudah 2 tahun monopouse tiba-tiba datang haid. Dia cuba duduk di beranda masjid namun dihalau oleh pengawal wanita yang bertugas di situ. Hati saya sebak dek tangisannya. Saya memeluk wanita itu dan berkata.." Jangan risau kak...insyaallh ujian ini sementara..nanti saya tolong doakan kakak" ...Kamipun berpisah selepas saya selesai solat Isyak dan solat hajat dengan doa khusus untuk dia.
Subhanallah,dalam ribuan manusia yang membanjiri kota Mekah, kami dipertemukan di sana. Betul-betul di hadapan hotel tempat dia menginap.Dia memanggil dan memeluk saya. Dia memberitahu saya.." Benar kata adik, ujian itu sementara untuk menguji iman kakak, alhamdulilah segalanya pulih seperti yang kakak harapkan...kakak sudah boleh menunaikan umrah.." Syukur alhamdulillah. Air mata saya menitis laju.Semua dalam kekuasaanmu.Kami hambaMu yang lemah......
Dalam perjalanan menuju kota Mekah, bukan sedikit ujian yang datang. Lamanya perjalanan hampir 6 jam,Anak saya alhamdulilah tidak meragam.Cuma mulutnya agak becok di dalam bas. Kami tiba di suatu perhentian untuk menikmati hidangan nasi Arab.Sedulang nasi Arab untuk 5 orang.Masa inilah saya dapati ..walau cuma sedulang nasi..ia menjadi ujian besar.Ada yang macam tidak berapa sudi menjamah makanan bersama orang lain.Sifat suka berkelompok makan bersama ahli keluarga sendiri masih tebal.Saya teringat salah satu buku Ibadah Haji yang pernah saya baca...Salah satu tujuan ibadah haji dan umrah ialah agar manusia dari seluruh pelosok dunia saling berkasih sayang dan kenal mengenali.Memang amat sukar membina perasaan selesa bersama orang yang kita tidak kenali..namun pada saya cukup sekadar senyuman.Bahasa tubuh yang akan membuat orang lain selesa bersama....
Ketika solat di masjidpun ramai jemaah tidak suka mendekati jemaah yang bukan bangsa atau kaumnya. Pernah saya terdengar suara sinis..."Tak naklah solat di situ...,itu bukan orang Malaysia.." Tebalnya assabiyah dalam diri, sama macam sifat orang Arab sebelum datangnya Islam.Pada saya tiada apa-apa yang ganjil duduk bersama orang Arab. Di Masjidil Haram mereka selalu menegur saya dalam bahasa Arab atau bahasa Inggeris. Pernah suatu hari selepas membaca AlQuran,seorang wanita Arab ajak saya bersembang. Ketika ini saya rasa diri kecil dan kerdil. Pasti dia fikir saya pandai berbahasa Arab.Alangkah moleknya kalau saya pandai membaca AlQuran dan berbahasa Arab...
Walau bagaimanapun wanita Arab yang muda ramai yang fasih berbahasa Inggeris.Jadi seusai solat lazimnya saya akan bertutur sepatah dua dengan mereka. Kebaikan mereka walaupun sedikit tetap berbekas di hati contohnya meminjamkan sejadah, menyelimutkan anak saya ketika anak saya tertidur dan memimpin tangan saya mengajak merapatkan saf..
Teringat kembali malam jam 11 mengerjakan umrah wajib, anak saya teruja melakukan tawaf. Tidak kelihatan tanda kepenatan walaupun jauh perjalanan menaiki bas dari kota Madinah sejak jam 2 petang.Habis tawaf 7 pusingan saya berasa lega dia tidak merungut penat atau minta didokong. Cuma masa saei matanya kelihatan layu dan kuyu..maka beberapa pusingan akhir dia sudah terlelap tidur dalam dokongan suami.Walau bagaimanapun saya tetap bersyukur ibadah umrah wajib kami dapat tunaikan tanpa rengekan atau ragam si kecil.Terima kasih anak Solih mama....
Kepuasan dan kegembiraan tak mampu saya gambarkan dengan kata-kata. Nyenyak malam itu kami tidur sebelum azan subuh mendayu di Masjidil Haram..Sesungguhnya ibadah umrah membuat kita berasa menyusuri suatu perjalanan yang panjang dan penuh ujian.Ujian itu berupa manusia di sekeliling kita,dan diri kita sendiri. Bukan setakat tawaf ,saei dan bertahalul ibadah umrah merangkumi setiap detik dan nafas yang kita lepaskan dan kita lalui..