Saya menghantar Solihin ke Kelas Tambahan Cepat Membaca. Walaupun Soihin sudah agak lancar membaca buku Anakku Siri 1-8 .namun hari ini saya perlu menghantarnya ke kelas tambahan itu kerana saya akan mengendalikan Program Perkampungan Ilmu untuk pelajar-pelajar Sastera Melayu di sekolah sekitar jam 8.30 pagi.
Wajahnya muncung apabila saya mengajaknya naik kereta. Mulutnya yang becok merungut-rungut.
"Mama cakap hari ni cuti, kenapa hantar Solih pergi sekolah"
" Mama ada kelas hari ini"
Saya menjawab pendek " Dah, jangan banyak cakap, kalau menangis mama tak ambik, Solih duduk sekolah sampai petang "
Seperti biasa saya menggunakan taktik ugutan.Dia diam tetapi wajahnya menceritakan isi hatinya yang tidak seronok. Air mata yang mahu menitis ditahannya dengan susah payah.
Saya mencium pipinya yang comel dan berpesan " Rajin-rajin belajar, jangan usik kawan,jangan cakap kasar, I love u " Dia hanya membalas ciuman saya tanpa berkata "I love you too" seperti selalu.
Penceramah jemputan saya Puan Faridah bt Mohd Shreef atau lebih mesra dengan panggilan Bonda Faridah saya undang dari SMK Serendah.Hati saya risau juga...Hari-hari cuti sebegini mahukah pelajar saya mengorbankan cuti mereka.Alhamdulilah setibanya saya di sekolah ramai yang sudah menunggu.Ada yang duduk di kantin. Ada yang lepak di atas motorsikal.
Selamba dia berkata pada anak murid saya Farid yang asyik mengekor rapat bonda dan anaknya.
"Farid kalau dah jodoh tak ke mana ..." Kembang kempis hidung Farid diusik begitu!
Walaupun cuti hari ini saya habiskan bersama mereka namun saya redha. Saya bukan seorang guru jika tak kenal erti pengorbanan.
Bergambar kenangan bersama Bonda Faridah Mohd Shreef