Telah dtakdirkan aku menjadi seorang guru, telah ditakdirkan sekolah menjadi duniaku, sesungguhnya bukan pangkat bukan gelaran bukan anugerah cemerlang yang aku buru, namun kepuasan datang bertamu apabila aku berjaya mencorakkan warna kehidupan seorang insan, merekalah amanah Allah untukku.....anak didikku ....KANVAS CINTAKU

Pengikut

Sabtu, 4 Jun 2016

Dia Sahabatku( Miss Krishna Kumary Juval)

Saya bertemu dengannya di sekolah pertama tempat saya bertugas.Sekolah Menengah Kebangsaan Hutan Melintang Perak. Orangnya berbadan gempal tapi senyumannya semanis gula madu.Saya tak pernah jumpa senyuman seikhlas dan semanis itu.Kami rapat sebagai teman sekerja,seperjuangan dan teman berfoya foya di pekan kecil Teluk Intan.Seorang lagi teman kami satu kepala Norizah Hashim.Kebetulan mereka berdua pernah bersekolah bersama sama di Bagan Datuk. Bagaikan satu misteri...ada tali halus menyatukan kami walaupun karekter masing masing berbeza.Saya suka bergaya hujung rambut ke hujung kaki memadankan baju ,tudung dan kasut.Norizah sempoi . Dia pulak suka berpakaian seksi dan uptodate. Tapi kami ada satu persamaan iaitu suka bercerita sambil ketawa! Bila dapat gaji kami bertiga spent time di bandar Teluk intan dengan kereta Honda Civic antiknya yang berwarna biru.Saya akan rasa happy datang ke sekolah kalau nampak kelibat dia.Dia sangat disenangi bukan sahaja oleh pelajar bahkan semua rakan sekerja di situ.Kalau ada masalah saya akan bercerita pada dia.Rasa selamat dan selesa.Dia selalu lepak di rumah saya sambil makan apa apa yang saya masak.Saya memang rajin masak masa bujang dan selalunya orang akan puji masakan saya. Dia pun suka puji masakan saya misalnya mi sup yang saya hidangkan.Tak selamanya pertemuan tanpa perpisahan.Akhir tahun 1999 saya bertukar mengajar ke Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Pengkalan Melaka kerana ingin mencari pengalaman merantau.Kawan kami Norizah Hashim masa itu sudah berkahwin.Saya masih single...liat bertemu jodoh.Begitu juga dia. Masa inilah saya dapat khabar dia buat master dan jadi pensyarah sebuah maktab perguruan. Perpisahan tetap menyatukan hati kami. Kami selalu berutus surat. Saya ni memang cikgu Sastera yang jiwang jiwang.Sekali saya sayang akan seseorang susah saya nak lupakan orang itu.Cuma sejak kebelakangan ini kami agak renggang.Saya tenggelam dalam dunia rumahtangga.Kehidupan saya fokus untuk suami tercinta dan anak. Namun entah mengapa ada kerinduan menggigit gigit tangkai hati.Kali terakhir berjumpa 5  tahun yang lalu sewaktu perayaan Aidil Fitri,Kebetulan setahun sebelumnya saya masuk wad kerana menjalani pembedahan.Saya tahu dia sahabat sejati kerana sanggup datang dari jauh menjenguk saya . Rasa terharu kerana perhatian dan kasih sayangnya buat saya.Semalam kami berutus mesej melalui wssup.Saya macam tak percaya setelah 20 tahun berlalu dia masih menyimpan gambar gambar dan surat yang saya kirimkan beserta puisi Lim Swee Tin bertajuk Sesekali yang jadi favourite saya .Saya sendiri tak ingat apa yang saya tulis,yang saya berikan...tapi orang yang menerimanya menyimpan erat dalam dakapan kenangan! Kerana itulah saya rasa sahabat saya ini hebat! Dia buat saya rasa malu dan rasa sedih! Adakah saya menyimpan semua nostalgia persahabatan kami sebaik dan seteguh dirinya.
Bukan itu sahaja. Dia istimewa kerana sifat kemanusiaan yang tebal dalam diri.Di sekolah dahulu pantang dengar kawan sakit atau tak sihat.Dia yang dahulu sampai.Pantang dengar anak murid susah.Ada sahaja bantuan dihulur.Dia tak pernah fikir tentang siapa engkau, apa keturunan engkau, apa agama engkau....Baginya semua manusia adalah sahabatnya. Kini seiring usia dan pengalaman sifat kemanusiaan itu kian kental, tebal dan menjadi darah daging. Dia membantu menyara anak kampung yang miskin sehingga menjadi peguam .Dia membayar yuran pengajian,membeli buku dan keperluan pelajaran anak anak orang susah yang memerlukan.Saya terkejut bila dia kata dia habiskan lebih separuh duit gajinya untuk orang lain! Subhanallah besar pengorbananmu sahabatku! Saya sendiri tak mampu berkorban sejauh itu.Kawan saya kini menjadikan sedekah,amal jariah dan kebajikan sebagai keutamaan hidup.Till my last breath...itu ayat dalam wssupnya.Menitis air mata saya mengenang ketabahannya berjuang membangunkan sebuah rumah kebajikan di Selama Perak.Projek yang diusahakannya itu bersama sebuah Yayasan Kebajikan mengorbankan sebahagian besar wang gajinya.Jika wanita lain berhabis duit untuk kosmetik,pakaian mahal dan berjenama,rumah mewah dia pula berhabis duit untuk memberikan orang lain erti sebuah kehidupan sempurna! Ya Allah baiknya dia.Luhur hati budinya!
Buat sahabatku Miss Krishna Kumary Juval...kutitipkan puisi ini

Jalan yang kau pilih sis,jalan sepi yang panjang
asing dari nikmat cinta yang sementara
jauh dari dakapan duniawi
terpisah dari harta,ringgit
kekayaan milik sendiri.

Jalan yang kau pilih sis,jalan sunyi di lautan bergelora
tak gentar malam gelap dilanda ribut tak bercahaya
tak takut pada gerhana tika bulan hilang entah ke mana
tak bimbang kapalmu terumbang ambing, pecah dan karam .

Jalan yang kau pilih sis,jalan yang ramai tak mahu jejaki
kerana dalam diam, dalam sendiri
kau nyalakan pelita di kamar hati
kau berikan seberkas sinar indah gemerlapan
sedang tanganmu terbakar dalam bahang sumbunya

Jalan yang kau pilih sis, bukan jalan biasa biasa
kerana hanya kau yang rasa
bahagia
yang orang lain tak bisa...
Album kenangan  bertulisan tangan masih disimpan oleh Kumary...shes so sentimental


Gambar kami bertiga....anak saya pelik tengok saya pakai baju harimau tudung harimau ha ha ha.... Kumary  selalu tampak ayu dan seksi,Norizah Hashim sempoi..

Saya edit gambar ini supaya nampak nostalgia...shes preety outside and inside....
Di bawah ini pula gambar kenangan kami bersama student SMK Hutan Melintang....
Bagi kami darah ,keturunan, warna kulit tak pernah menghalang lahirnya suatu ikatan yang dinamakan kuasa cinta.
Miss J Krishna Kumary seorang guru yang patriotik.Beliau menggunakan bahasa Melayu sewaktu bercakap dan menghantar mesej kepada anak anak muridnya walaupun mereka sebangsa .Baru baru ini dia menghantar luahan rasa  bekas anak anak muridnya.Semuanya menggunakan bahasa Melayu yang puitis .Beliau mengajar anak anak bangsanya erti cinta pada tanah air...Saya kagum dan bangga.Like my husband said youre unsung hero ...seorang wirawati yang  tak pernahdidendang atau minta didendang.
INSYAALAH saya akan muatkan tentang rumah kebajikannya dalam siaran akan datang...I will sis...always remember what you said to me
Im happy doing this work....till my last breath!
Subhanallah beruntungnya saya mengenalimu sis....



Ini puisi Sesekali karya Lim Swee Tin yang saya kirimkan kepadanya ..utuh dalam simpanannya seutuh kasih sayang kami....

SESEKALI KALAU KUKENANGKAN
 KITA TAK SEHARUSNYA BERTEMU DI PANTAI INI
BIAR SAJA KITA BERTEMU DI DALAM MIMPI
KERANA HIDUP LEBIH INDAH DI LUAR REALITI.....

SESEKALI KALAU KUKENANGKAN
KITA TAK SEHARUSNYA BERTEMU DI DALAM MIMPI
KERANA MIMPI PUN BUKANNYA SEBUAH JANJI
BIAR SAJA KAU TAK PERNAH ADA....

Tiada ulasan: