Saya ditugaskan menjadi pengurus pasukan pingpong sekolah. Tugas ini amat asing bagi saya.Saya biasanya menjadi pengurus atau jurulatih team drama, pantun, puisi dan yang sealiran dengannya. Sekali air bah sekali pantai berubah.2016, perubahan keluar masuk guru di SMK Jeram, dasar pentadbiran berubah. Jadual waktu berubah.Segalanya berubah. Namapun pegawai kerajaan. Dasar saya yang menurut perintah adakalanya merupakan suatu cabaran hebat dalam diri.
Walau bagaimanapun ada kenangan manis yang Allah kurniakan sepanjang menjadi pengurus pasukan ping pong dan berkampung di SRJKC Tanjung Karang. Sekolah kami menjadi juara lelaki bawah 18 tahun. Saya terkejut dan teruja. Hei...ada permata dalam pasukan kami.Selama ini ia mungkin terbenam di perlimbahan. Anak murid saya yang bernama Yusry Hakimi ini umurnya baru mencecah 16 tahun. Dia pelajar kelas pertengahan. Hari pertama bermain saya berkenalan dengan ayahnya yang setia menemani. Terima kasih wahai ayah yang penyayang.Nak suruh saya jadi penasihat minta maaflah inilah kali pertama saya terjun dalam dunia sukan. Saya kagum dengan perwatakan si ayah.Walaupun hanya seorang penebar roti canai dan tinggal di ceruk kampung dia mengembangkan bakat anaknya dalam dunia pingpong dengan wang poket sendiri.Sejak tahu anaknya minat bermain pingpong dia yang juga boleh bermain pingpong menghantar anaknya ke kelab pingpong dengan yuran bulanan mencecah ratusan ringgit. Dia ayah yang super!
Saya ternganga mendengar ceritanya. Kesusahan dan kemiskinan tidak menghalangnya menjadi seorang ayah yang hebat.Kami duduk bersama dan mendorong Yusry bermain. Salah seorang pemain yang ditewaskannya berbangsa Cina. Wow...dia membuktikan skil bukan bergantung pada kesesuaian bangsa. Di mana ada kemahuan , di situ ada jalan. Kami terpaku melihat anak kampung yang serba sederhana itu menguasai table tenis yang lazimnya permainan popular anak -anak di kawasan bandar. Hari kedua Yusy menang semua perlawanan dan menewaskan johan tahun lalu. Saya hampir menjerit kegirangan. Saya melihat jiwa yang kuat dalam tubuh kerdilnya. Saya melihat kasih seorang ayah menjadi lilin menyalakan semangat perjuangannya.
Apabila dia menjuarai kejohanan untuk kategori bawah 18 tahun saya membelanjanya makan Mac Donald walaupun niat nak belanja dia makan pizza Dominos. Rupa-rupnya itulah kali pertama dia melangkahkan kaki dalam restoren Mac Donalds. Dia anak kampung Melayu yang tipikal. Ayahnya mengajarnya erti perjuangan, erti mengejar impian tanpa bermewah-mewah dan membazir.
Sewaktu makan bersama banyak rahsia yang saya dengar dari mulut anak muda berkulit hitam manis ini. Di kelab ayahnya menghantar dia bermain pingpong ada seorang peguam bangsa Cina yang melihat bakatnya. Kerana kagum dan merasakan dia mampu pergi jauh,peguam itu telah menghadiahi bat pingpong yang berharga ratusan ringgit untuknya, Bergenang air mata saya mendengar kisahnya, Siapa kata Malaysia tiada perpaduan? Masih ramai rakyat Malaysia tidak peduli perbezaan bangsa , agama, keturunan dan warna kulit. Kasih sayang dan kebaikan selalu hadir tanpa syarat. Kata Yusry lagi malam-malam terakhir sebelum beraksi mewakili sekolah ayahnya membawanya bermain di rumah seorang kenalan bangsa Cina yang teruja mendengar dia akan beraksi dalam perlawanan peringkat daerah. Hebatkan.....perasaaan kemanusiaan menjadi penghubung perpaduan .Perasaan kemanusiaan lebih kuat daripada perasaan kepartian atau kepolitikan.
Kepada Yusry Hakimi.... kejarlah bintang! Seperti Datuk Lee Chong Wei atau Misbun Sidek dalam gelanggang badminton bukan mustahil nama Yusry Hakimi akan terpakat dalam sejarah sukan pingpong Malaysia suatu masa nanti. Cikgu akan selalu mendorongmu mengutip bintang-bintang di langit itu walau kakimu berada jauh di atas rumput di bumi nan hijau ini.......
Kasih seorang ayah
Yusry tersenyum bersama rakan sepasukan
Telah dtakdirkan aku menjadi seorang guru, telah ditakdirkan sekolah menjadi duniaku, sesungguhnya bukan pangkat bukan gelaran bukan anugerah cemerlang yang aku buru, namun kepuasan datang bertamu apabila aku berjaya mencorakkan warna kehidupan seorang insan, merekalah amanah Allah untukku.....anak didikku ....KANVAS CINTAKU
Pengikut
Rabu, 10 Februari 2016
Catatan Awal Tahun 2016
Lama tak singgah blog,.Kesibukan awal tahun mengurus sesi persekolahan. Sibuk meguruskan persekolahan anak. Allah beri kesempatan menjaga dan merawat nenek yang uzur , sakit tua sehingga dia menghembuskan nafas terakhir di teratak kami 2 minggu lalu.Terima kasih tak terhingga untuk pembantu rumah merangkap kawan sekampung Puan Rubiah yang sudi menjaga arwah nenek sepanjang saya berada di sekolah. Nenek memilih untuk tinggal satu taman dengan arwah mak dan mak mertua saya. Pemergian ketiga-tiga mereka di rumah saya dan dikuburkan pada jarak yang sangat berdekatan. Tinggal kenangan, setiap kali pulang dari sekolah kaki saya masih melangkah ke bilik arwah dengan niat untuk melihat keadaannya sepeninggalan saya ke sekolah. Terlupa arwah sudah tiada kerana kebiasaan itu mengikat rutin hidup saya sepanjang hari-hari terakhir bersamanya. Jutaan terima kasih untuk abah dan mak tiri saya.Kedua-dua insan ini lebih lama menjaga arwah semasa dia terlantar sakit. Teringat hari-hari terakhir arwah masih diber Allah peluang bernafas,Dia suka menggengam tangan sesiapa sahaja yang datang menziarahinya seolah-olah mahu berkata...
" Saya akan pergi.....selamat jalan ye"! Saya dapat mendengar ucapan itu lahir di bibirnya walaupun hakikatnya dia hanya memandang kosong ke hadapan. Damailah nenek di sana..alfatihah!
Dua minggu saya tidak kemana-mana sepanjang selepas arwah meninggal. Hati terjerat sayu namun saya bersyukur dapat menunaikan tanggungjawab menjaga dan menyempurnakan pengkebumian jenazahnya. Letih menjawab soalan -soalan daripada anak saya! Mama kenapa nenek meninggal? Mama nenek kita ada berapa? Sebab kami selalu membawanya menziarahi kubur arwah mak dan mak mertua saya ....Dia jadi kehairanan kerana ramainya manusia yang bergelar nenek yang sudah menjadi arwah.Pernah dia bertanya dengan perasaan polos pada mak tiri saya .." Nenek , nenek ni ganti mak mama yang dah meninggal kan ?" Terkejut kami dengan pertannyaannya. Mujur mak tiri saya open mined lalu dijawabnya "Iya nenek ni ganti nenek yang meninggal tu!"
Wahai anak, inilah kehidupan. Manusia yang hidup semua akan menemui ajal. Episod kehidupan bagaikan gerabak keretapi bergerak dari satu stesyen ke suatu stesyen.Walaupun pedih, sakit, life must go on.....
Dua minggu selepas arwah nenek pergi ke negeri abadi, suami mengajak kami bercuti.Tenangkan fikiran katanya. "Mama nampak penat awal tahun ni.....urus itu,urus ini." Saya dapat merasakan kepenatan itu maklumlah sepanjang cuti bulan Disember saya habiskan masa menjaga dan merawat nenek. Pilihan suami...Safari Park dan Wetworld Gambang Resort. Anak saya teruja sangat dapat naik trem memasuki kawasan safari dan melihat dari jarak dekat binatang liar seperti singa,gajah,harimau dan lain-lain. Gambang Resort juga popular dengan live show Dancing With A Fire dan Tarzan Show. Suami saya mencadangkan malam kedua kami bermalam di Temerloh.Apa lagi pekena patin tempoyak dan sambal hitam Pahang yang famous itulah. Memang enak.Berbaloi beratur panjang untuk sepinggan nasi dan semangkuk patin masak tempoyak di gerai Gobang Maju bandar Temerloh. Bercuti untuk menghilangkan rasa kehilangan,Ada kalanya rasa itu datang juga menggigit-gigit tangkai perasaan, Sekembalinya ke rumah esok harinya kami terus menziarahi kubur nenek,kubur mak mertua, kubur mak dan kubur arwah bapa mertua. Rutin kami membawa anak membersihkan kawasan pusara mereka ...Semoga anak saya akan selalu rasa dekat dengan orang tua walaupun ada di antara mereka tidak pernah ditemuinya.
Awal tahun 2016, saya lalui dengan episod sendu. Tapi siapalah kita untuk menentang takdirNya!
Allah lebih mengerti perjalanan takdir hambaNya ini.....

Langgan:
Catatan (Atom)