Berbaloi, tidak menyesal.Teater tari ini membuat saya,suami dan anak terpaku di kerusi.Tidak ada satu detikpun fikiran kosong menerawang.Semua berlari deras mengikut layar lakon di hadapan.
Teknologi tanpa seni hanya ciptaan sains yang tidak bermunafaat sama sekali.Namun teknologi dengan seni yang mengangkat budaya,isi hati dan sejarah masyarakat akan menjadi masterpiece yang mengkagumkan.Bak kata suami saya pelaburan Encore Malacca ialah pelaburan ahli perniagaan yang bijak.Encore Malacca mengangkat seni budaya ke tahap tarikan pelancongan bertaraf dunia.
Saya cuba mendidik anak menjadi pemikir dengan membawanya menonton teater tari Encore Malacca .Bukan maksudnya saya ibu yang terlalu serius dan skema dalam mendidik anak ,sebab baru 2 minggu yang lalu saya membawanya menonton filem Mamat Khalid, Hantu Kak Limah 2.Saya cuma mahu memberinya ruang dan posisi yang berbeza.Ternyata bukan susah membawa anak seusianya menonton teater tari apatah lagi teater tari di panggung serba canggih ini ala ala Kobuki Jepun.Terbuka saja layar sinografi terus matanya meliar mencari Cik Zaimah,gelaran untuk ex student saya yang memang rapat dengan family saya sejak dia masih bayi.Malah Cik Zaimahlah yang menjaganya semasa saya menjalani pembedahan ketika itu.Dan di akhir pertunjukan sebaik lampu terpasang,terus dia menjerit ?....Mamaaaa....tu dia Cik Zaimah!.Ya bukan mudah mengenali siapa yang menari atau memegang watak dalam teater sebesar Encore Malacca Namun saya tahu dalam teater sebesar itu,tiada watak utama dan tiada yang kurang utama.Semua artis baik penari baba nyonya yang erotis ,pemukul gendang kapal laksamana Cheng Ho, pelakon babak Awang dengan waunya serta semua babak adalah sangat sangat penting dan besar.Babak tari,babak budaya,babak teater dan drama,paparan layar dan shoot 3 D serta elemen elemen muzikal diadun sempurna tanpa cacat cela.
Paling melankolik adalah babak bayi lelaki yang hanyut di laut dan dijaga oleh 6 ibu angkat.Ibu Melayu,ibu Cina,ibu India,ibu Portugis,ibu Chettiar dan ibu Nyonya.Tinggi sangat makna tersirat itu.Babak ini merenggut jiwa saya ,juga jiwa anak saya .Barangkali anak saya yang sentimental menitiskan air mata kerana lelaki itu apabila tua sangat merindui dan mengasihi keenam enam ibu itu tanpa berbelah bagi.Dan saya sebagai penonton dewasa menitiskan air mata kerana mengenang betapa itulah wajah ibu , tanah air yang membesar dan mendewasakan kita.Babak ini saya kira garapan paling patriotik dalam Encore Malacca.
Bagusnya anak saya bertepuk tangan tanpa disuruh setiap kali selesai satu scene.Lihatlah betapa seorang anak zaman siber yang gilakan game Mobile Legend masih boleh menghayati teater.Itulah kelebihan mendidik anak dengan teater sejak dari usia rebung.
Melaka sebagai salah satu tapak warisan UNESCO menggamit pelancong dalam dan luar negara.Encore Malacca merupakan sesuatu yang wajib bagi melengkapkan lawatan.Saya terharu melihat seorang datuk dipapah oleh anak cucunya sewaktu menonton teater tari ini.Semangat tinggi seorang warga emas yang uzur untuk melihat sentuhan akar seni budaya.Kredit untuk anak cucu datuk tua berbangsa Cina itu.
Cuma semasa awal penerangan ketika memasuki panggung box office itu saya terkesima dengan 2 bahasa yang digunakan untuk memberi arahan kecemasan.Bahasa Inggeris dan bahasa Cina. Hati saya cuak ...Eh bahagian formal ini ..di mana bahasa Melayu.? Susah sangatkah untuk meletakkan bahasa Melayu ssbagai bahasa info ? Saya tak tahu apa penerangan jawapan ini jika kita ajukan kepada penerbitnya Yong Tai namun walau apapun jawapan mereka saya kira saya ada alasan pada soalan itu.Bukankah bahasa Melayu itu bahasa rasmi negara.Bahasa kebangsaan,Mujurlah skrip teater tari itu menggunakan 3 bahasa yang disusun indah.Bahasa Inggeris,Bahasa Melayu dan bahasa Cina.
Di sebalik keghairahan menonton Encore Malacca dan saya banggga dengan lakaran seni kota Melaka di situ..ada juga titisan air mata jauh di sudut kalbu.Saya tercari cari .Di mana Tun Perak dan Hang Tuah.? Sebagai guru Sejarah tidak sempurna jika kita bercerita tentang Melaka tanpa mengemukakan 2 tokoh terkenal itu.Hang Tuah tercatat dalam dokumentasi di Pulau Rukyu Jepun.Namun di tanah air sendiri dia masih dikategorikan separa lagenda.Tun Perak pula tanpa sumbangan besarnya sebagai bendahara paling bijaksana zaman itu tidak mungkin Melaka menempah nama dalam era kegemilangan antarabangsa.Saya menangisi kehilangan Hang Tuah dan Tun Perak dalam Encore Malacca ....Sepatah kata keramatnya Takkan Melayu Hilang di Dunia,terngiang ngiang di fikiran.Benar laksamana Cheng Ho datang dengan segerombolan kapal pedagang ke Melaka,namun kehebatan Laksamana Cheng Ho jika digandingkan dengan keagungan Hang Tuah akan menjadikan Encore Malacca lebih bermakna dan sempurna.
Tiada istilah penyesalan bagi saya dan suami membawa anak saya menonton Encore Malacca. Walau bukan warga Melaka,anak saya dan semua kanak kanaklah benih yang hidup subur dalam perut watak perempuan mengandung yang bersusah payah mengharung derita dalam panahan petir,kilat,sabung menyabung dan hujan lebat serta asap peperangan dalam Encore Malacca .Jom jadi ibu bapa yang bijak.Bawa anak kita menonton Encore Malacca.
Buat ex student kesayanganku..Terima kasih uruskan pembelian tiket Encore Malacca.Cikgu tahu kamu tidak membuat pilihan yang salah mengambil ijazah Seni Teater di Aswara.Pengalaman memegang watak kecil dalam Encore Malacca sebenarnya besar dan akan membesarkan lagi jiwa seni kamu.Saya mengharap sangat akan ada graduan Seni Teater seperti Zaimah Hussein yang akan diambil sebagai pengarah dalam produksi teater sebesar Encore Malacca pada masa akan datang.Pasti akan ada Hang Tuah, Tun Fatimah dan Tun Perak di situ.Selamat Hari Malaysia.
Monumen di hadapan Encore Malacca....unik dan menarik |
Kami antara penonton terawal berada dalam panggung
Persembahan live yang segar....Encore Malacca
Saya hanya merakam babak akhir....tidak mahu ganggu
konsentrasi
Seni teater abad ke21 yang menghiburkan
Kami merakam gambar kenangan dengan Cik Zaimah