Telah dtakdirkan aku menjadi seorang guru, telah ditakdirkan sekolah menjadi duniaku, sesungguhnya bukan pangkat bukan gelaran bukan anugerah cemerlang yang aku buru, namun kepuasan datang bertamu apabila aku berjaya mencorakkan warna kehidupan seorang insan, merekalah amanah Allah untukku.....anak didikku ....KANVAS CINTAKU

Pengikut

Sabtu, 16 Mei 2015

Puisi Cikgu Aida Untuk 5 Dinamik


Gegar tawa Ecah,Tot ,Ain dan Ika
Bagai dunia sepi tiada sebarang masalah
Mereka remaja masa kini
Bukan tak sopan tapi santai berani
Wajah sayu Bella dan Niza
Bagai mengharap hadirnya insan bergelar ibu dan ayah
Mereka senyum dalam tabah
Menghimpun kekuatan untuk tidak kalah
Ainin, Sabrina, Aisah
Sopan dan comel tidak pernah berbalah
Mereka kecil namun tahu hidup ini perlu ada arah
Wani dan Siti pejuang emansipasi
Mahu jadi pemimpin dalam dunia lelaki
Mereka tegas dan ada visi
Aku mahu jadi somebody
Suatu hari nanti
Najwa dan Farah pula memilih diam tanpa mahu menyerlah.
Seorang lagi Ayu Suhanis
Tidak kenal erti payah dan susah

Kucuba selusuri dunia Kuntet Hazik dan Farid
Mereka lelaki romantis pandai menyusun kata kata
Mencipta ayat metafora dan hiperbola
Siapa tahu suatu hari mereka peguam berjaya
Sedang Zulhidzam si anak nelayan
Bukan tak bijak tetapi terlalu banyak angan angan
Bila disuruh belajar
Katanya cikgu hari ini penganggur ramai yang graduan
Shahril  sibuk mengira wang di pasar malam
Dia bakal jutawan
Antara buku dan pelajaran
Buisnes jadi keutamaan
Di sebelahnya Zulhelmi tercari cari
Apa cita cita masa depanku nanti
Akim pula hidup di tengah tengah zaman
Remaja dan kanak kanak yang dia rasa kehilangan
Azizi yang blues dan tidak menentu
Sesekali pandangannya mencetus idea baru
Fazren Firdaus Nazreen dan Faez
Mat Kuntum
mengejar cinta tak berkesudahan
Sedang Olan tidak kisah berapa kali cikgu nak bagi amaran
Khairul dalam tenang
Dia ada semangat baru
Lelaki..
lihat Dato K
Jauh berubah dari lemah jadi gagah
Jauh berubah dari suka ponteng
Tiba tiba jadi top ten
Lihat juga Hafiz walau macho
Dalam hati ada taman
Sudah lima kali khatam novel  Dari Lembah ke Puncak

Hampir dua musim
menjadi gurumu
Kucuba pakai sepatumu
Cuba selami apa mimpimu
Cuba hayati resah sendumu
Dua musim jadi gurumu
Kucuba  duduk di kerusimu
Cuba rasai denyut jantungmu
Cuba selusuri ranjau jalanmu
Nak ....hidup ini memang sukar
Namun jangan sesekali kau gusar
Hidupmu bukan sekadar terletak
pada sehelai sijil pencapaian
Tapi juga pada sekeping hati
kuat dan berani
mengharung hidup ini
dengan piala keimanan