Telah dtakdirkan aku menjadi seorang guru, telah ditakdirkan sekolah menjadi duniaku, sesungguhnya bukan pangkat bukan gelaran bukan anugerah cemerlang yang aku buru, namun kepuasan datang bertamu apabila aku berjaya mencorakkan warna kehidupan seorang insan, merekalah amanah Allah untukku.....anak didikku ....KANVAS CINTAKU

Pengikut

Khamis, 4 September 2014

Wani dan Cempaka Berdarah

Wani atau nama sebenarnya Nurul Sazwani bt Samuri saya kenali sebagai seorang yang pendiam di dalam kelas.Gadis tinggi lampai berkulit putih ini mempunyai rupa paras keayuan kemelayuan yang klasik. Suatu hari dia mengikuti ujibakat mencari pelakon untuk pertandingan drama komsas.Di sinilah bermulanya sisi lain yang saya lihat pada dirinya. Terpilih sebagai watak utama untuk teater Cempaka Berdarah merupakan satu ujian hebat untuk dirinya.Saya tahu ramai yang mempertikaikan kemampuannya.Suara-suara berbisik di telinga saya kiri dan kanan.Cikgu dia tak pandai berlakon. Cikgu pilihlah orang lain. Sebuah produksi kecil macam di sekolah pun propanya lebih! Memang saya akui lakonannya bukanlah sehebat mana tetapi ada sesuatu yang menarik dakam dirinya yang membuatkan saya yakin team ini akan suksess! Pertama Wani jarang bercerita atau komen tentang orang lain,dalam erti kata lain dia bukan Kak Bedah. Perwatakan ini membantu dia untuk fokus dan melihat dirinya lebih daripada dia melihat orang lain. Kedua dia amat tekun dan mendengar kata. Tanpa sikap ini dia tak mungkin jadi seorang pelakon teater. Saya melihat dia sebagai seorang gadis tipikal Melayu yang jarang membantah.Saya tahu gerak hati saya selalunya tepat. Maka bermulalah episod pendakian seorang gadis dari kelas pertengahan yang jarang orang lihat bakatnya diketengahkan. Saya bukan tidak mahu mengambil pelajar kelas hadapan namun saya hendak memberi peluang kepadanya!Siapa tahu ada permata di celah rimbunan pasir.Lagipun produksi kami telah sebulat suara memilih Nurul Siti Fatimah sebagai Mak Jah.Nurul Siti Fatimah atau nama glamournya Cik Timah seorang pelajar kelas Sains yang sangat berbakat.Dikurniakan kebolehan otak kanan dan kiri dia menguasai laras bidang Sains dan Sastera sekaligus. Sebut apa yang Cik Timah tidak tahu dari bersajak,bersyair,berdrama semua dia boleh!Jadi saya mahu teater ini didukungi oleh pelajar dari dua dua aliran, Sains dan Sastera.
Semasa pertandingan hampir berlangsung saya dimasukkan ke wad kerana menjalani pembedahan membuang fibroid pada rahim. Saya terfikir untuk menarik diri kerana tiada siapa yang sanggup mengambil alih tugas berat ini.Namun wajah Nurul Sazwani terbayang di ruang fikiran. Wajah polos manis, melambai-lambai minta saya berada di sisinya. SMS yang dikirimkan kepada saya semasa saya bercuti menunjukkan betapa kasihnya dia kepada saya. Dia memberitahu  saya dia sering  menangis kerana mendapat tahu saya  sakit! Apabila saya membaca sms demi sms yang  dikirimkan hati saya jadi pilu! Saya tahu dia amat myengharap saya sihat secepat mungkin dan meneruskan latihan untuk pertandingan tersebut. Dia juga meluahkan perasaan rindunya kerana saya tidak lagi mengajar di kelas!Siapapun tidak tahu kerana sms Wani lah saya gagahkan diri datang ke sekolah walaupun luka jahitan bedah belum dibuka! Tak sanggup menghampakan impian seorang gadis selembut dan sebaiknya! Latihan demi latihan yang rumit dan mencabar kami lalui dengan penuh ketabahan! Apa tidaknya masa yang ada cuma hari Sabtu dan Ahad. Saya menempah resort berhampiran sekolah untuk latihan pusat. Kesemua pelakon yang terpilih berkampung di situ. Hubungan kami jadi erat. Ramai pelajar kelas 5 Ibnu Sina yang dahulunya 4 Ibnu Sina menjadi crew antaranya Asfar, Syafik, Farhana, Fatin dan Huda. Hariszuan pula dipaksa menggantikan Nasrul Bahtiar pelajar 5 Amanah yang menyertai camping pengakap. Lagi 5 hari menjelang pertandingan peristiwa itu berlaku. Huru hara jadinya! Saya memarahi Nasrul habis habisan kerana dia memilih camping pengakap untuk dapat sijil pengakap diraja! Tak tahu berapa banyak airmata Nasrul Bahtiar tumpah ke bumi kerana maki hamun saya! Belum lagi cerita lucu team drama kami tersalah tarikh pertandingan sehingga terpaksa berpatah balik ke sekolah. Kali ini tak tahu berapa baldi air mata Cik Timah tumpah! Bukan saja Cik Timah, Farid yang kononnya macho gila itupun menangis macam heroin hindustan. Amir pula mungkin dia menangis sebab semasa hari yang mereka bertolak ke lokasi pertandingan iaitu di SMVokasional Kuala Selangor itu dia memakai seluar yenkee ala Jefridin warna merah yang ketat. Apabila Cikgu Hashim dapat panggilan daripada Puan Hafsah KP Bahasa Melayu yang dia tersilap memberitahu tarikh sebenar, Amir dan yang lain lain terpaksa pulang semula ke sekolah dan masuk kelas. Amir menangis barangkali sebab takkan dia nak masuk kelas dengan seluar yenkee merah. Ketika hari pertandingan saya masih bercuti di rumah!Saya dapat cerita semua pelakon menangis sampai bengkak bengkak mata. Apa daya saya,nak pujuk mereka hari itu saya tidak ke sekolah.Mujurlah Puan Siti Zuraini ketua bidang bahasa di sekolah ada ,dialah jadi ibu tempat anak anak menangis dan meluahkan rasa.
Berbalik kepada cerita Wani tadi, bakat lakonannya yang saya lihat pada mulanya kecil namun berubah besar sedikit demi sedikit kerana karakternya yang tabah,sangat berdisiplin,merendah diri,sanggup belajar dengan kawan kawan yang tidak jemu memimpin tangannya dari bertatih,kemudian berjalan jatuh dan seterusnya berlari. Cik Timah, Farhana, Huda semua telah menjadI kakak yang baik untuk Wani. Di bahu merekalah Wani menangis jika dimarahi oleh saya! Watak Cempaka memang sukar,gadis Inggeris yang membesar dalam lingkungan budaya Melayu.Namun apabila saya tunjukkan video semasa pertandingan berlangsung kepada Mentor Group Teater SMK Jeram iaitu Norzaima Husein bekas pelajar sekolah kami yang kini sedang melanjutkan pengajian teater di peringkat ijazah di Aswara komennya ialah Cikgu....Wani banyak improve,lakonannya hebat
 Dari situ saya tahu gerak hati saya betul Saya tidak salah kerana memilih seorang pelakon yang tidak berapa pandai berlakon tetapi pandai membawa dan meletakkan diri sebagai seorang yang kosong dada tapi besar jiwa,sanggup belajar,sanggup menerima komen dan kritikan ,sanggup memperbaiki diri tanpa ego dan jemu. Kenangan bersama Wani dan team Cempaka Berdarah membuatkan saya belajar banyak perkara tentang manusia dan kemanusiaan.Percaya tak anda semua dengan faksafah ini! Jika anda berhat mulia,ikhlas dan jujur sanggup berkorban sanggup menolong orang maka Allah akan beri rahmat,kasih sayang dan pertolongan. Seperti Hariszuan yang membantu team ini kerana menggantikan tempat Nasrul Bahtiar, dia telah dianugerahi Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik! Hariszuan bukan sahaja pelajar aliran Sains yang kacak,sopan dan pendiam namun renung mata dan senyuman mahalnya membayangkan betapa sederhananya dia sebagai insan! Hariszuan saya sangat kagum dengan kamu! Kamu terima cabaran yang orang lain tidak sanggup! Kamu ada jati diri Melayu yang pendiam dan pemalu namun berkarisme apabila diperlu! Begitu juga Asfar yang matang dan berketerampilan, apabila saya marah marah kamu dengan gaya macho akan menyiram api kehangatan dengan kata kata tenang Cikgu berehatlah biar saya jaga adik adik ! Hebatnya team kita,walaupun tidak menang tempat pertama,namun pertama kali menyertai pertandingan mendapat tempat ketiga, tidak nengapalah , itupun kita syukuri sepenuh hati! Pada saya hubungan persahabatan dan kasih sayang sesama insan ,menghormati pendapat dan pandangan orang tidak kira anda orang Sains atau Sastera, itulah kemenangan yang saya banggakan ! Piala kemenangan boleh dibeli di kedai tapi piala hati berisi keimanan kasih sayang sesama insan hanya boleh diperolehi jika anda ada kesedaran bahawa setiap insan di sekeliling kita adalah istimewa,ada kurang dan ada lebihnya! Kepada team Cempaka Berdarah yang saya tidak sebutkan namanya seperti Siti Nurhaliza, Halifsah, Azlee walaupun tugas anda kecll sebagai crew namun sumbangan anda amat besar dan bererti . TANPA insan seperti anda yang sanggup melakukan kerja belakang tabir yang tidak glamour semua pelakon tidak mampu menggerakkan walaupun cuma sebabak! CEMPAKA BERDARAH tetap kenangan persahatan yang bererti lebih daripada sekadar suatu pertandingan.Sesungguhnya teater mengajarMohd Amir Musa,anak murid saya yang suka tidur dalam kelas erti keyakinan dan kepercayaan pada diri sendiri.Ia juga mengajar Mohd Farid Aziz anak murid saya yang sangat nakal dan hiperaktif erti pengisian masa dan komitmen.Peluang kepada 2 orang pelajar dari kelas 4 Dinamik ini membuktikan bahawa semua orang berpotensi melangkah jauh ke hadapan jika ada bimbingan dan tunjuk ajar yang berkesan!Di sini kuasa cinta juga memainkan peranan kerana saya sentiasa mengukuhkan kepercayaan mereka terhadap diri sendiri! Pesanan seperti Saya percaya kamu boleh, Saya yakin kamu boleh! Kamu boleh Amir! Jangan pedulikan kata kata orang dan saya sangat sayang pada kamu menguatkan semangat mereka yang selama ini percaya mereka sangat kerdil!