Telah dtakdirkan aku menjadi seorang guru, telah ditakdirkan sekolah menjadi duniaku, sesungguhnya bukan pangkat bukan gelaran bukan anugerah cemerlang yang aku buru, namun kepuasan datang bertamu apabila aku berjaya mencorakkan warna kehidupan seorang insan, merekalah amanah Allah untukku.....anak didikku ....KANVAS CINTAKU

Pengikut

Jumaat, 29 Ogos 2014

Saya Sedih Belajar Sastera?

,Kali ini saya nak bercerita tentang pelajar pelajar saya yang mengambil elektif Kesusasteraan Melayu. Mereka hidup dengan perspektif  diri yang amat rendah.Pelajar aliran Sastera lembab. Pelajar aliran Sastera bodoh . Pelajar aliran Sastera kumpulan mata merah! Gelaran gelaran itulah yangmemerangkap manusia dalam imaginasi masyarakat! Malang sekali sebuah negara yangmembangun seperti Malaysia meminggirkan Sastera,sedangkan ia satu matapelajaran wajib di Jepun. Tidak ramai yang tahu pada zaman Eropah mengalami era reinaissance Sastera, Seni dan Muzik merupakan disiplin ilmu yang penting.Sasteralah penggerak tamadun Yunani,tamadun Islam juga berkembang dengan sastera Arab yang masyhur!
DI sekolah saya pelajar Sastera lazimnya pelajar kelas pertengahan atau kelas hampir hujung! Pengalaman saya mengajar Kesusasteraan Melayu hampir 20 tahun merupakan kanvas berwarna warni dan penuh kenangan!
Semasa saya mula mengajar selepas menamatkan ijazah sarjana muda Kesusasteraan di USM ,Kesusasteraan bukan subjek terpinggir. Di sekolah saya iaitu Sek.Men.Hutan Melintang hampir 100 calon Kesusasteraan Melayu ! Darah muda yang mengalir dalam diri menyebabkan saya tidak membawa Sastera setakat dalam bilik darjah.Bersama teman baik Azamuddin Ahmad Barkat seorang guru muda lepasan UPSI kami menubuhkan Astradayu iaitu Kelab Sastera dan Budaya Melayu . Ramai pelajar menyertainya termasuklah pelajar kelas Sains Tulin. Kami amat menonjol di peringkat sekolah,daeah dan negeri.Percaya atau tidak kami masuk semua pertandingan drama,deklamasi sajak,sayembara menulis puisi, bahkan pertandingan nasyid sekalipun. Beberapa tahun sekolah menjadi johan daerah puisi Sains dan drama!
Masa itu pelajar Sastera popular,tidak dipandang prejudis! Saya juga kerap melancarkan program Baca Puisi secara besar-besaran. Di sekolah ini promosi Sastera berjaya menembusi benteng perkauman.Anak anak murid saya berbangsa India setiap tahun akan naik ke pentas membaca puisi Antara nama yang saya ingat sampai sekarang Mohana Dass pelajar cemerlang KSM , saya difahamkan sekarang sudah jadi peguam, Arulmurugu , pelajar kelas Sains yang minat Sastera ,dan Anusha. Mereka tidak kekok bergaul dengan pelajar Melayu beraku berengkau dengan slang Perak yang pekat.
Salah seorang pelajar saya iaitu Shariful Akma Abdullah kini pensyarah fakulti TEATER di Aswara. Memori saya penuh dengan kisah kisah mereka. Tak satupun luput dari ingatan! Jika ada yang terbaca blog ini pasti ingat pada saya, cikgu anda yang gila-gila memperjuangkan Sastera di sekolah!
Kini arus zaman deras berlari, sekarang zaman IT,Sastera dipinggirkan hari demi hari. Banyak sekolah menutup terus peluang pelajar untuk mempelajari Sastera. Apabila jadi subjek picisan saya terpaksa bergelut dengan krisis nilai yang tidak menentu dalam diri pelajar.
. Saya terpaksa jadi jurujual produk yang diragui kualitinya. Nak jual barang yang orang anggap tidak berguna bukannya senang. Saya sudah terbiasa bulan pertama mengajar tidak dipandang oleh pelajar.Mereka sedih terpaksa belajar Sastera. Sedih itu diterjemahksn dengan sikap endah tak endah,lewa dan kadang-kadang menentang dengan soalan -soalan bodoh seperti ini. Kenapa kita kena belajar cerita nenek kebayan? Cikgu tak ada cerita lain ke? Kenapa zaman dulu orang pakai baju layang,kain layang? Cikgu naga ada dekat zoo tak? Cikgu tolong jangan suruh saya bersyair.....gelilah! Saya tak tahu lagu-pantun saya tahu nyanyi Oppa Gangnam Style! Sudah sudahlah cikgu baca sajak,karang saya tidur pula!
Orang lain tidak tahu cabaran ini. Mereka fikir mudahnya Cikgu Aida,mengajar Sastera Saya berperang dengan anak anak zaman global yang membenci akar budaya sendiri! Diam diam saya kata. pada hati Hei ini perjuangan,jika bukan aku siapa lagi yang akan  mewariskan nilai-nilai kemelayuan yang bertunjangkan Islam dalam diri mereka! Teringat perjuangan Wali Solo di Indonesia yang berdakwah dengan medium seni.
Maka sayapun pasang niat. Pelajar pelajar ini akan belajar Sastera bukan hanya untuk lulus peperiksaan tetapi saya mahu memperkaya jati diri mereka agar menjadi warganegara yang berguna!

Pada soalan mengapa kami perlu belajar Sastera saya akan tanyakan balik  soalan ini, siapa mencipta televisyen?Pasti dengan bangga dijawabnya orang Sains.Saya tanya lagi awak suka tengok apa di televisyen?Pasti dijawabnya biasalah cikgu drama,kartun, bola!Saya tanya dia lagi bermakna tak televisyen jika hanya suatu ciptaan sains maksud saya peti tv tanpa ada drama,filem ,lagu?Siapa nak beli peti tv yang tiada siaran apa-apa?Pasti mata pelajar itu akan terkebil-kebil memandang saya! Silap haribulan dia berbahas dengan bekas pendebat zaman sekolah dulu! Ya dunia memerlukan ramai saintis namun jangan lupa dunia juga memerlukan ramai penulis, pelukis,pelakon,dan insan lain yang bergiat dalam industri seni kreatif!Bukankah hidup saling perlu-memerlukan dan lengkap melengkapi? Kepada bekas anak murid saya seoerti Wahidah Hambali kini seorang petani moden yang berjaya dengan baja jenama SRI nya,kepada Hamizah Hamid pelajar aliran Sains yang sering bermalam di rumah kerana belajar mencipta pantun, kepada Noriza Hashim guru sastera yang sama sama angkut
budak ke pertandingan drama, kenangan dengan anda tak pernah luput! Terlalu banyak memori antara kita yang berkongsi tangis dan tawa kerana kegiatan sastera!Hari ini kerana tekad untuk menjadi pejuang dalam diri maka jadilah saya seorang guru Sastera yang paling ditakuti jika saya marah,paling digeruni oleh pelajar yang suka tidur dalam kelas dan paling gila mengajar sampai sanggup menjadi tuan puteri atau nenek kebayan di dalam kelas.IIkuti catatan saya yang bertajuk Amir,Farid,Wani,Adam dan Aisyah!

Tiada ulasan: