Rindu sangat dekat arwah makcik.
Rindu dekat cekodok dan kopi pekat buatannya.
Makcik tak pernah hampakan permintaan aku.Minta sambal belacan terus dibuatnya.
Aku suka makan sambal belacan makcik cicah pucuk ubi.
First time makan darjah 6...rasa pelik lepas tu ketagih.
Masa kau di universiti, aku selalu temankan dia sembang sebab dia kesunyian ,satu-satu anak perempuannya tak ada.
Makcik tak pernah jemu layan aku sembang!
Berkoleh -koleh air kopi atau teh dibuat untuk aku.Kau tahulah kat kampung kita tu aku dengan family aku satu-satunya keluarga Cina.
Beberapa bulan sebelum arwah meninggal aku datang jenguk dia. Dia peluk aku.
Lain macam aku rasa. Dia cakap...Makcik rindu engkau Eng.
Aku tak sangka itu pelukan terakhir dari dia.
Aku pelik,kenapa dia nak peluk aku. Aku Cina. Kau tau Dah mak akupun tak pernah peluk aku bila aku dah tua bangka macam ni...
Air mata bergenang di kelopak matanya. Saya memahami kenapa dia sayang sangat dengan arwah mak.Sebab dia hidup dalam keasingan dan kesunyian di perkampungan Melayu. Malah bapanya menyerap dalam kehidupan masyarakat Jawa sehingga mampu bertutur dalam loghat Jawa yang pekat.Orang Sementa panggil bapanya Tampok.
Arwah mak pula sangat santun dengan tetamu.Penat macam manapun tetamu pasti dihidangkan air dengan apa apa juadah yang ada.Kadang-kadang saya pelik, sampai orang menjual barang ke rumahpun diberi air.Saya selalu berleter...Mak bukan semua orang baik,entah-entah menipu,nanti kena pukau. Arwah tenang dan membalas.Orang tu haus, bagi je lah air...niat dia mana mak tahu, tapi niat mak Allah tahu.
Air mata saya menitis laju. Saya tak mampu jadi sebaik arwah.
Petang itu rakan saya Wee Bee Eng menanyakan saya soalan ini.
Dah macam mana aku nak sampaikan sesuatu kat arwah?
Dia memanggil nama saya Dah.
Aku bukan orang Islam tak boleh kirim fatihah!
Air mata saya semakin laju menitis!
Saya tak pandai membalas kata-katanya.
Saya hanya kata
Eng kasih sayang tak pernah mati walaupun orang yang kita sayang tu dah lama mati.Begitu juga kenangan tentang budi baik orang pada kita. Teringat pantun lama...
Pulau pandan jauh ke tengah
Gunung Daik bercabang tiga
Hancur badan dikandung tanah
Budi baik kuingat juga!
Wee Bee Eng dan arwah ibu saya adalah simbol masyarakat Malaysia yang bersatu hati
,jiwa dan perasaan tanpa disuruh atau dipaksa atau diberi gula-gula!
Arwah ibu saya semasa ulangtahun kelahiran ke 55