Telah dtakdirkan aku menjadi seorang guru, telah ditakdirkan sekolah menjadi duniaku, sesungguhnya bukan pangkat bukan gelaran bukan anugerah cemerlang yang aku buru, namun kepuasan datang bertamu apabila aku berjaya mencorakkan warna kehidupan seorang insan, merekalah amanah Allah untukku.....anak didikku ....KANVAS CINTAKU

Pengikut

Jumaat, 4 September 2020

Pandemik Covid 19 Mengubah Dimensi Hidupku

 Cuti penggal pertama persekolahan iaitu pertengahan bulan Mac 2019,ketika team drama kami sedang sibuk membuat persiapan untuk menyertai pertandingan peringkat daerah kami dikejutkan denganberita serangan virus Covid 19 di seluruh dunia.
    Putaran hidupku terhenti seketika. 

Ketika itu Malaysia memang dilanda pelbagai dugaan,Situasi politik yang kucar-kacir .Pertukaran kerajaan pusat.Pertukaran Perdana Menteri.Berbulan- bulan rakyat terkurung di rumah melewati fasa PKP,PKPB,PKPP.
Dunia saya berubah 360 darjah daripada kesibukan seorang tenaga pengajar calon SPM ,seorang aktivis teater dan budaya kepada seorang suri rumah tangga sepenuh masa dan tukang kebun.Bayangkan ketika Malaysia kekurangan roti gardenia saya masih boleh tersenyum makan roti bakar homemade buatan sendiri,Itulah penangan Covid 19.Peliknya waktu itu saya langsung tak berminat untuk menulis,sebab itu Kanvas Cintaku tak berusik langsung.Dunia saya hanya dapur dan kebun.Anak bujang saya naik 10 kilogram timbangan berat badan akibat PKP.
Namun sesuatu  yang paling sukar saya lupa sepanjang tempoh itu sudah pastinya larangan rentas negeri semasa  perayaan Hari Raya Aidilfitri,Aduhai,air mata syawal menitis sepanjang malam dan pagi raya.Terbayang wajah abah dan ibu di kampung.Mujurlah adik- adik tinggal dekat.Berhimpunlah kami ikut SOP di rumah saya dengan bilangan tetamu dibenarkan terhad 20 orang sahaja.Bila dikira bilangan ahli keluarga saya cukup- cukup 20 orang.
     Suamiku,imamku,kini imam solat tarawihku sepanjang tempoh PKP. Pagi raya jadi imam baca khutbah.What a beautiful memories..syukur ya Allah.


Sepi dan lengang rumahku di pagi shawal.Rindu suasana di rumah abah dan ibu.
Anak bujangku turut khusyuk dengar khutbah yang disampaikan.
Kami buat majlis tahlil lepas solat.Ini foto adik lelakiku.
Duduk jauh-jauh ikut SOP. Ini pertama kali kami berjumpa setelah terpisah beberapa bulan.Perasaan rindu bercampur baur pilu ,terharu dapat bertemu.
Anak- anak buahku sedondon hijau.
Ya Allah,berlainan sungguh Aidil fitri tahun ini.Syahdu...terasa diri kerdil sebagai hambaMu.
Gambar kenangan di halaman rumahku.Pandemik Covid 19 buat kita lebih menghargai dan menyayangi.
Afik dan Najmi sedang cuba hubungi atuk dan nenek di kampung.
Semoga Allah merahmati familyku tersayang.Amin


Tiada ulasan: