Telah dtakdirkan aku menjadi seorang guru, telah ditakdirkan sekolah menjadi duniaku, sesungguhnya bukan pangkat bukan gelaran bukan anugerah cemerlang yang aku buru, namun kepuasan datang bertamu apabila aku berjaya mencorakkan warna kehidupan seorang insan, merekalah amanah Allah untukku.....anak didikku ....KANVAS CINTAKU

Pengikut

Rabu, 27 November 2019

Puisi Untuk Amri ( yang telah tamat sesi persekolahan di SMK Jeram semalam 27/11/2019)

Banyak yang kulihat berubah,
Dulu riuh-rendah,hingar-bingar tak tentu arah,
Dulu jalan berlenggang seolah- olah hidup ini amat senang
Dulu cuit kawan,usik orang jadi kegemaran,
Dulu gelak ketawa tak keruan,bikin bingit telinga ,
Dulu nota tak pernah baca,
Kerja rumah jangan harap kau siapkan,
Dulu ilmu tak pernah mahu kauhirup,
Buku pelajaran jangan pernah kau sentuh
Dulu cikgu sesak nafas tengok kamu
Dulu cikgu kerap bertanya sambil menyumpah dalam hati
Anak siapakah ini?

Tiba- tiba kau berubah jadi orang lain,
Paling rajin datang kelas PTRS,
Paling kerap bertanya,
Paling fokus ketika cikgu mengajar,
Walau sesekali suara garaumu mengganggu kelas Sejarahku,
Namun kau tak lagi bebal,
Tak juga jadi orang 'buta Sejarah'
Tak lagi membuat cikgu naik darah.

Barangkali, itulah keajaiban doa ayahmu
Itulah ketulusan doa ibumu,
Kerana mereka berdua terlalu mengasihi ,
Anak yang seorang ini.

Barangkali kau telah menemui,
Jalan yang selama ini tak pernah kau temui,
Sehingga kau tak peduli lagi,
Jerit - perih,penat lelah,
Sakit pedih, luka parah.

Tiba- tiba Amri,
Aku melihat  watak seorang pejuang,
Pada dirimu.

Semoga Amri suksess.Cita- cita nak jadi orang teater yang berilmu.
Terbanglah setinggi langit manapun Amri,jangan lupa rumput hijau di bumi yang kau selalu pijak.Love u so much.Muah.

Tiada ulasan: