Lama tak singgah blog,.Kesibukan awal tahun mengurus sesi persekolahan. Sibuk meguruskan persekolahan anak. Allah beri kesempatan menjaga dan merawat nenek yang uzur , sakit tua sehingga dia menghembuskan nafas terakhir di teratak kami 2 minggu lalu.Terima kasih tak terhingga untuk pembantu rumah merangkap kawan sekampung Puan Rubiah yang sudi menjaga arwah nenek sepanjang saya berada di sekolah. Nenek memilih untuk tinggal satu taman dengan arwah mak dan mak mertua saya. Pemergian ketiga-tiga mereka di rumah saya dan dikuburkan pada jarak yang sangat berdekatan. Tinggal kenangan, setiap kali pulang dari sekolah kaki saya masih melangkah ke bilik arwah dengan niat untuk melihat keadaannya sepeninggalan saya ke sekolah. Terlupa arwah sudah tiada kerana kebiasaan itu mengikat rutin hidup saya sepanjang hari-hari terakhir bersamanya. Jutaan terima kasih untuk abah dan mak tiri saya.Kedua-dua insan ini lebih lama menjaga arwah semasa dia terlantar sakit. Teringat hari-hari terakhir arwah masih diber Allah peluang bernafas,Dia suka menggengam tangan sesiapa sahaja yang datang menziarahinya seolah-olah mahu berkata...
" Saya akan pergi.....selamat jalan ye"! Saya dapat mendengar ucapan itu lahir di bibirnya walaupun hakikatnya dia hanya memandang kosong ke hadapan. Damailah nenek di sana..alfatihah!
Dua minggu saya tidak kemana-mana sepanjang selepas arwah meninggal. Hati terjerat sayu namun saya bersyukur dapat menunaikan tanggungjawab menjaga dan menyempurnakan pengkebumian jenazahnya. Letih menjawab soalan -soalan daripada anak saya! Mama kenapa nenek meninggal? Mama nenek kita ada berapa? Sebab kami selalu membawanya menziarahi kubur arwah mak dan mak mertua saya ....Dia jadi kehairanan kerana ramainya manusia yang bergelar nenek yang sudah menjadi arwah.Pernah dia bertanya dengan perasaan polos pada mak tiri saya .." Nenek , nenek ni ganti mak mama yang dah meninggal kan ?" Terkejut kami dengan pertannyaannya. Mujur mak tiri saya open mined lalu dijawabnya "Iya nenek ni ganti nenek yang meninggal tu!"
Wahai anak, inilah kehidupan. Manusia yang hidup semua akan menemui ajal. Episod kehidupan bagaikan gerabak keretapi bergerak dari satu stesyen ke suatu stesyen.Walaupun pedih, sakit, life must go on.....
Dua minggu selepas arwah nenek pergi ke negeri abadi, suami mengajak kami bercuti.Tenangkan fikiran katanya. "Mama nampak penat awal tahun ni.....urus itu,urus ini." Saya dapat merasakan kepenatan itu maklumlah sepanjang cuti bulan Disember saya habiskan masa menjaga dan merawat nenek. Pilihan suami...Safari Park dan Wetworld Gambang Resort. Anak saya teruja sangat dapat naik trem memasuki kawasan safari dan melihat dari jarak dekat binatang liar seperti singa,gajah,harimau dan lain-lain. Gambang Resort juga popular dengan live show Dancing With A Fire dan Tarzan Show. Suami saya mencadangkan malam kedua kami bermalam di Temerloh.Apa lagi pekena patin tempoyak dan sambal hitam Pahang yang famous itulah. Memang enak.Berbaloi beratur panjang untuk sepinggan nasi dan semangkuk patin masak tempoyak di gerai Gobang Maju bandar Temerloh. Bercuti untuk menghilangkan rasa kehilangan,Ada kalanya rasa itu datang juga menggigit-gigit tangkai perasaan, Sekembalinya ke rumah esok harinya kami terus menziarahi kubur nenek,kubur mak mertua, kubur mak dan kubur arwah bapa mertua. Rutin kami membawa anak membersihkan kawasan pusara mereka ...Semoga anak saya akan selalu rasa dekat dengan orang tua walaupun ada di antara mereka tidak pernah ditemuinya.
Awal tahun 2016, saya lalui dengan episod sendu. Tapi siapalah kita untuk menentang takdirNya!
Allah lebih mengerti perjalanan takdir hambaNya ini.....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan