Telah dtakdirkan aku menjadi seorang guru, telah ditakdirkan sekolah menjadi duniaku, sesungguhnya bukan pangkat bukan gelaran bukan anugerah cemerlang yang aku buru, namun kepuasan datang bertamu apabila aku berjaya mencorakkan warna kehidupan seorang insan, merekalah amanah Allah untukku.....anak didikku ....KANVAS CINTAKU

Pengikut

Sabtu, 4 April 2015

DIARI CUTI PENGGALKU 2 ( SEMINAR SKOR A SASTERA MELAYU SMK JERAM)

24 hb Mac 2015
Saya  menghantar Solihin ke Kelas Tambahan Cepat Membaca. Walaupun Soihin sudah agak lancar membaca buku Anakku Siri 1-8 .namun hari ini saya perlu menghantarnya ke kelas tambahan itu kerana saya akan mengendalikan Program Perkampungan Ilmu untuk pelajar-pelajar Sastera Melayu di sekolah sekitar jam 8.30 pagi.
Wajahnya muncung apabila saya mengajaknya naik kereta. Mulutnya yang becok merungut-rungut.
"Mama cakap hari ni cuti, kenapa hantar Solih pergi sekolah"
 " Mama ada kelas hari ini"
Saya menjawab pendek " Dah, jangan banyak cakap, kalau menangis mama tak ambik, Solih duduk sekolah sampai petang "
Seperti biasa saya menggunakan taktik ugutan.Dia diam tetapi wajahnya menceritakan isi hatinya yang tidak seronok. Air mata yang mahu menitis ditahannya dengan susah payah.
Saya mencium pipinya yang comel dan berpesan " Rajin-rajin belajar, jangan usik kawan,jangan cakap kasar, I love u " Dia hanya membalas ciuman saya tanpa berkata "I love you too" seperti selalu.

  Penceramah jemputan saya Puan Faridah bt Mohd Shreef atau lebih mesra dengan panggilan Bonda Faridah  saya undang dari SMK Serendah.Hati saya risau juga...Hari-hari cuti sebegini mahukah pelajar saya mengorbankan cuti mereka.Alhamdulilah setibanya  saya di sekolah ramai yang sudah menunggu.Ada yang duduk di kantin. Ada yang lepak di atas motorsikal.

Malam tadi ramai yang menghantar wssup menyatakan macam-macam alasan.Saya tegas dengan mengatakan program ini wajib bagi semua pelajar kerana teknik menjawab soalan SPM mereka masih agak lemah.
Anak murid saya Nazmirul Hamizi atau nama manjanya Endok menegur saya..."Cikgu saya pukul 7.30 dah terpacak di sekolah" Saya tersenyum riang...Baguslah, kalian nampak bersemangat.Bonda Faridah datang bersama puteri tunggalnya Puteri Alia. Terbeliak mata anak-anak murid saya melihat keayuan wajah gadis cilik itu. Bonda Faridah seorang yang tegas  tetapi kelakar dan sporting. Ceramahnya penuh dengan gelak tawa, tapi apa yang  disampaikan masuk meresap dalam hati sebab Bonda Faridah  bercakap telus dan penuh kesungguhan.  Jika marah dia marah betul-betul, Jika dia mengucapkan kata sayang,sayang itu kedengan ikhlas. Tak kurang juga yang jatuh hati pada puteri tunggal Bonda Faridah. Saya memberi amaran keras " Nak mengorat anak bonda, Sastera mesti dapat A" .Bonda Faridah juga memahami jiwa anak-anak murid saya yang remaja dan sedang angau.
Selamba dia berkata pada anak murid saya Farid yang asyik mengekor rapat bonda dan anaknya.
"Farid kalau dah jodoh tak ke mana ..." Kembang kempis hidung Farid diusik begitu!
 Walaupun cuti  hari ini saya habiskan bersama mereka namun saya redha. Saya bukan seorang guru jika tak kenal erti pengorbanan.
Bergambar kenangan bersama Bonda Faridah Mohd Shreef

Tiada ulasan: