22 hb Mac - jam 10 pagi kami bertolak ke Jempol Negeri Sembilan menghadiri majlis perkahwinan seorang sahabat suami. Enaknya gulai daging salai jamuan pengantin buat tetamu.
Suami membuat rancangan bermalam di pekan Kuala Pilah. Kami mengambil kesempatan cuti sekolah ini untuk bercuti merehatkan fikiran...Sebuah hotel bajet MelangInn menjadi pilihan. Alhamdulilah, hotel ini sederhana namun cantik dihiasi lanskap taman dalam bangunan. Sewaktu bersiar-siar terjumpa papan tanda Makam Tuan Tulis. Suami mengajak saya ke sana.Walaupun bukan seorang guru dia tahu minat dan citarasa saya apabila pergi bercuti...tempat yang ada info. Kami singgah di masjid yang memuatkan makam beliau. Bersih ,tenang dan syahdu sebaik melangkah masuk.Seusai menunaikan solat dhuha saya ,,suami dan anak pergi ke kawasan makam.
Rupanya Tuan Tulis salah seorang wali Melayu yang nengabdikan hidupnya ke jalan Allah.
Kisahnya sangat menarik hati. Kisah seorang anak miskin yang merantau dari kampungnya di Kuala Pilah untuk belajar agama di Pahang. Kerana kemiskinan beliau tidak mampu membeli kitab sebaliknya meminjam kitab -kitab kawannya dan menyalin dalam tulisan tangan yang cantik.
Ketabahannya mengkagumkan.Begitu juga ketakwaannya. Diceritakan kerbau milik Tuan Tulis sangat taat pada kata-katanya sehingga tidak pernah meragut sawah padi milik orang lain.
Tuan Tulis juga sangat ehsan kepada semua makhluk Allah termasuk haiwan,serangga sehingga sanggup menolong sekumpulan semut melintasi sungai. Beliau sangat rapat dengan orang kampung sehingga jadi tempat rujukan menyelesaikan masalah. Anehnya beliau amat suka bercampur dan berkawan dengan orang -orang jahil. Kesannya ramai tertarik dengan kelembutan dan keindahan Islam. Kisah Tuan Tulis mengubati Yamtuan Besar juga meruntun hati. Ketika Yamtuan Besar gering di kota London baginda dirawat oleh seorang lelaki mirip Tuan Tulis.Sekembalinya ke tanah air, setelah kebah,Tuanku terkejut kerana mendapat tahu Tuan Tulia telah meninggal dunia kira-kira 3 tahun dahulu.Benarlah janji Allah itu benar. Allah merencana apa-apa yang tidak mampu tercapai dek akal kita.Mengenang jasa Tuan Tulis maka disemadikan jasadnya dalam sebuah makam yang khas.
Mercu tanda di hadapan masjid berbentuk kerIs
Beduk lama yang disimpan di halaman masjid
Tiada ulasan:
Catat Ulasan