Dari dua insan yang asing
Kita mula belajar mengenali
Di situlah kita semai benih cinta
Alhamdulilah kini setelah berbelas tahun lamanya
Pohon cinta kita semakin merendang
Teguh dan kukuh.
Sayangku,
Ingatlah hidup ini penuh pancaroba
Ujian Tuhan untuk manusia
Semoga kita akan jadi
Orang yang bertakwa disisiNya.
Oleh itu bila kita diuji dengan derita
Sabarlah dan yakinlah
Bahawa di hujung terowong yang gelap
Akan ada sinar menerangi.
Bila kita diuji dengan bahagia
Bersyukurlah dan berdoalah
Semoga kebahagiaan
Tidak melalaikan kita
Untuk mengingatiNya
Bila kita diuji dengan manusia, maafkanlah
Semoga nanti semua dosa kita dalam keampunanNya
Bila kita diuji
Jasa ,usaha ,pengorbanan kita tidak dihargai
Redhalah kerana Allah lebih mengetahui
Semoga di sana syurga menanti.
Akhirnya sayangku
Abang sentiasa doakan semoga sayang terus tekun dalam mencapai hasrat hatimu mendidik anak bangsa menjadi insan yang berguna!
Catatan di atas asalnya bertulis tangan,diberikan oleh suami saya sempena ulangtahun kelahiran saya pada 15 April yang baru lalu. Walaupun tanpa kata-kata bombastik,metafora atau hiperbola,semuanya menyentuh hati kecil saya.Berbelas-belas tahun saya hidup disisinya walaupun tanpa kemewahan tanpa kasih sayang yang berlebih-lebihan, namun kata-kata dan ucapan suami selalu membangkitkan jiwa saya yang kadang-kadang layu. Terima kasih sayangku..sumber inspirasiku bukan sahaja dalam meniti dunia yang penuh liku namun selalu menyedarkan saya
Itulah matlamat cinta abadi..sebuah perkahwinan, pelengkap hidup insan yang serba kekurangan.Pasangan kita Allah jadikan sebagai penyuluh jalan, payung tempat berteduh tika hujan dan panas. Terima kasih abang..sayang abang
selamanya !