Telah dtakdirkan aku menjadi seorang guru, telah ditakdirkan sekolah menjadi duniaku, sesungguhnya bukan pangkat bukan gelaran bukan anugerah cemerlang yang aku buru, namun kepuasan datang bertamu apabila aku berjaya mencorakkan warna kehidupan seorang insan, merekalah amanah Allah untukku.....anak didikku ....KANVAS CINTAKU

Pengikut

Sabtu, 5 September 2020

Catatan Guru Sejarah Pada Ulangtshun Kemerdekaan ke 63 tahun




Menjadi guru Sejarah bukanlah semudah yang disangka.Apatah lagi dengan penjajaran semula subjek ini menjadi hanya 3 waktu seminggu sedangkan ia matapelajaran wajib lulus,Bagi menggerakkan minat mereka mencari,menyelidik dan mengumpul maklumat perlu ada sifat inkuiri dalam diri mereka sendiri.Jika mereka sudah ada minat dan skil untuk mencarigali fakta maka tidak ada masalah penjajaran semula memendekkan waktu matapelajaran Sejarah.
Hari ini saya mengajar Sejarah dengan keperluan yang berbeza.Silibus mesti habis.Murid mesti dapat A.Keperluan lain ialah pedagogi harus tip top seiring pembelajaran alaf ke21,Untuk mencapai matlamat itu usaha harus dilipatgandakan.Tahun lalu saya berpulas dengan kelas tambahan tanpa mengira waktu,hari dan masa,Kini saya harus  akur dengan SOP. Cabaran ini sebenarnya besar dan berat tertanggung atas bahu kami,Akibat tak belajar Sejarah,lahir manusia yang menikam tanah air sendiri dari belakang.Akibat buta Sejarah lahir pemimpin yang mewariskan akhlak buruk pada masyarakat.Akibat tak tahu Sejarah,lahir NGO yang menuntut pertumbuhan sekolah venakular.Akibat tak pernah menghayati Sejarahlah,ada pemimpin bermain api dengan isu agama Islam dan bahasa Melayu.Belum lagi kita bercerita tentang kumpulan yang mendaulatkan perjuangan PKM.Semua akibat tidak meletakkan sejarah negara sebagai asas perjuangan dan kehidupan.
Jika begitu besar impak mata pelajaran Sejarah terhadap perkembangan politik dan sosial tanah air,kenapa Sejarah dinilai kecil dalam sistem pendidikan negara,Tidak cukup mewajibkan matapelajaran ini sebagai syarat lulus SPM jika tidak seiring dengan prasarana yang ada.Jika matapelajaran bahasa Melayu ,bahasa Inggeris ada Makmal Bahasa,mengapa tiada makmal Sejarah? Jika subjek lain seperti Fizik,Kimia,Biologi ada peralatan canggih dan makmal bertaraf mega,kami guru Sejarah masih mengajar dalam kelas.Di sesetengah sekolah,bilik tayang tidak ada LCD hanya ada skrin TV.Makmal ICT pula besar dan moden tapi untuk guru- guru ICT mengajar subjek multimedia.Sesekali jika mahu mengajar dengan kaedah digital kami harus memohon seminggu lebih awal untuk menggunakan kemudahan di makmal atau bilik tayang sekolah Itupun jika ada kekosongan.Dek kekangan- kekangan itu,guru Sejarah masih menggunakan kaedah chalk and talk.Anak-anak  masih melabel subjej ini sebagai subjek paling membosankan melainkan jika kreatif dan sanggup mencuba sesuatu yang  out of box.Adilkah begitu?
.Saya ingin bercerita satu pengalaman mengajar Sejarah Tingkatan 4 dengan tajuk Penguasaan Parti Komunis Malaya di tanah Melayu.Anak -anak ini bila ditanya apa itu komunis dijawabnya nya" Orang jahat cikgu,alah tentera Jepun,lebih kuranglah".Maksudnya mereka tahu sejarah kekejamanJepun ,dan mereka  hidup dengan sangkaan komunis itu sama dengan Jepun.Masyaallah.Ada yang jawab komunis itu macam perompak.Yang buat saya ternganga ada yang jawab komunis ialah zombie .Dia berperang dengan manusia.Lepas tu semua manusia jadi zombie.Aduhai ini pengaruh Mamat Khalid melalui filem Zombienya.Atau pengaruh video game.Dengan hati-hati dan susah payah saya terangkan apa itu komunis,Saya perlu jadi guru yang adil dan bijaksana kerana dalam kelas tu ada ramai murid keturunan Cina yang sinonim dengan perjuangan PKM.
Setelah semunggu mengajar 3 waktu ikut penjajaran semula KSSM,mereka masih teraba-raba konsep komunisme.Cerita saya keluar masuk telinga mereka tanpa kefahaman yang jelas.Bila jawab soalan KBAT secara bertulis mereka masih gagal memahami susur galur sejarah komunisme.Saya tiada pilihan lain.Sejumlah video yang saya download menjadi modal PDP saya.Walau berbagai kekangan dan halangan saya dapat peluang menggunakan makmal ICT untuk menayangkan video Perang Dunia ke2,kedatangan Jepun dan PKM sekaligus .
Memang berbaloi .Anak- anak kelas hujung yang saya ajar tekun,fokus menonton.Sesekali saya tinjau ekspresi wajah mereka dengan ekor mata.Ada yang ternganga.Ada yang tak berkedip mata.Bahkan ada beberapa orang  yang menangis tengok kesengsaraan rakyat semasa Perang Dunja ke2.
Dalam hati saya berbisik.
Jika subjek ini besar impaknya kepada bangsa dan tanah air tercinta kenapa tiada peruntukan untuk makmal Sejarah di seluruh negara.?Bukankah lebih baik  guru Sejarah menggunakan  sumber berbentuk ICT daripada menjadi Awang Batil dalam kelas yang dinamakan kelas abad ke21?
Seperti subjek Kesusasteraan Melayu yang hilang diserap masuk sebagai elemen kecil dalam subjek Bahasa Melayu iaitu Komsas,saya pun tidak pasti apa sudahnya nasib matapelajaran Sejarah.
Daripada hanya  jadi alat propaganda parti politik ,bahan polemik pihak berkepentingan,lebih baik subjek ini dibangunkan untuk membina jati diri bangsa Malaysia tanpa mengira agama,kaum dan keturunan.Ayuh lahirkan anak Malaysia yang berpegang pada konsep di mana bumi dipijak di situ langit dijunjung .Mudah-mudahan tidak ada lagi yang memasang bendera Malaysia secara terbalik.
Merdeka! Merdeka! MERDEKA...SALAM ULANGTAHUN KEMERDEKAAN MALAYSIA ke 63 tahun.

Jumaat, 4 September 2020

Dari Muzium Adat ke Sate Tulang Jelebu



Setelah memerap di rumah sepanjang tempoh PKP,PKPB maka kebenaran merentas negeri adalah berita gembira buat kami yang kaki jalan.Walau bagaimanapun tidsk sesekali ada keberanian untuk melancong di tempat tumpuan ramai.Maka sempena cuti awal Muharam yang lalu,suami membawa cuti- cuti Malaysia,Pilihannya sudah pasti bukan tempat pelancongan popular namun menyonsong arus ke daerah sunyi tak dilawati orang,Pekan Jelebu ,Negeri Sembilan,Satu-satunya mercu tanda di daerah itu ialah Muzium Adat yang dibangunkan indah  menyimpan dokumentasi kerajaan Pagar Ruyung Sumatera dan kerajaan Melayu lainnya.
Sebut tentang orang nogori teringat Datuk Rais Yatim.Saya pemuja ragam bahasa beliau.Muzium itu turut menyimpan sebahagian dokumen perbilangan Adat Perpatih.
Anak saya yang sudah biasa bercuti dengan teater dan muzium tidak merungut.Tidak pula menunjukkan wajah bosan.Berkerut- kerut dahinya cuba membaca manuskrio lama bertulisan Jawi peninggalan pujangga silam.Ada satu bahagian dalam muzium dia terpegun tengok tayangan Adat Melenggang Perut.Barangkali apa yang dilihatnya tidak pernah tergambar dalam fikiran anak milenium sepertinya,Begitu jufa bahagian yang menunjukkan Adat Berkhatan,Ngeri tengok pisau Tok Mudim.Mujur dia dah sunat..itu bisiknya.Mujur dia hidup zaman sekarang,kalau tak.....ish ngeri .Tapi lawatan di muzium ini menyedarkan kami kehebatan ilmu nenek moyang kita baik dalam ilmu perubatan,penulisan dokumentasi dan perundangan.Mereka hebat untuk survive dalam dimensi zaman yang mereka lalui.
Selain Muzium Adat satu - satunya trade mark Jelebu ialah sate tulang.Memang sodap sate tulang Jelebu.Lain dari yang lain Kunjungan ke pekan Jelebu yang sunyi lengkap sudah jika kita dapat makan sate tulang khas Nogori Sombilan.
Sate tulang Jelebu..hanya  di Jelebu.Strong recomendation.
Aduhai cantiknya ragam bahasa perbilangan Adat Perpatih.Terpesona sebentar.
             Antara manuskrip lama yang dipamerkan .....
                            Sebahagian replika adat istiadat di Negeri Sembilan.


Lawatan ini sepenuhnya ikut SOP dari pintu masuk muzium sehingga ke dalam
    Mendidik anak mileniumku menghargai seni warisan bangsanya.
   Kata pujangga Tidak Melayu Hilang Di Dunia...
   Kata saya Bangsa Melayu tidak hilang di dunia,yang hilang hanya jati diri mereka.
   Salam kemerdekaan ke 63 Malaysia.





Pandemik Covid 19 Mengubah Dimensi Hidupku

 Cuti penggal pertama persekolahan iaitu pertengahan bulan Mac 2019,ketika team drama kami sedang sibuk membuat persiapan untuk menyertai pertandingan peringkat daerah kami dikejutkan denganberita serangan virus Covid 19 di seluruh dunia.
    Putaran hidupku terhenti seketika. 

Ketika itu Malaysia memang dilanda pelbagai dugaan,Situasi politik yang kucar-kacir .Pertukaran kerajaan pusat.Pertukaran Perdana Menteri.Berbulan- bulan rakyat terkurung di rumah melewati fasa PKP,PKPB,PKPP.
Dunia saya berubah 360 darjah daripada kesibukan seorang tenaga pengajar calon SPM ,seorang aktivis teater dan budaya kepada seorang suri rumah tangga sepenuh masa dan tukang kebun.Bayangkan ketika Malaysia kekurangan roti gardenia saya masih boleh tersenyum makan roti bakar homemade buatan sendiri,Itulah penangan Covid 19.Peliknya waktu itu saya langsung tak berminat untuk menulis,sebab itu Kanvas Cintaku tak berusik langsung.Dunia saya hanya dapur dan kebun.Anak bujang saya naik 10 kilogram timbangan berat badan akibat PKP.
Namun sesuatu  yang paling sukar saya lupa sepanjang tempoh itu sudah pastinya larangan rentas negeri semasa  perayaan Hari Raya Aidilfitri,Aduhai,air mata syawal menitis sepanjang malam dan pagi raya.Terbayang wajah abah dan ibu di kampung.Mujurlah adik- adik tinggal dekat.Berhimpunlah kami ikut SOP di rumah saya dengan bilangan tetamu dibenarkan terhad 20 orang sahaja.Bila dikira bilangan ahli keluarga saya cukup- cukup 20 orang.
     Suamiku,imamku,kini imam solat tarawihku sepanjang tempoh PKP. Pagi raya jadi imam baca khutbah.What a beautiful memories..syukur ya Allah.


Sepi dan lengang rumahku di pagi shawal.Rindu suasana di rumah abah dan ibu.
Anak bujangku turut khusyuk dengar khutbah yang disampaikan.
Kami buat majlis tahlil lepas solat.Ini foto adik lelakiku.
Duduk jauh-jauh ikut SOP. Ini pertama kali kami berjumpa setelah terpisah beberapa bulan.Perasaan rindu bercampur baur pilu ,terharu dapat bertemu.
Anak- anak buahku sedondon hijau.
Ya Allah,berlainan sungguh Aidil fitri tahun ini.Syahdu...terasa diri kerdil sebagai hambaMu.
Gambar kenangan di halaman rumahku.Pandemik Covid 19 buat kita lebih menghargai dan menyayangi.
Afik dan Najmi sedang cuba hubungi atuk dan nenek di kampung.
Semoga Allah merahmati familyku tersayang.Amin


Rabu, 27 November 2019

Puisi Untuk Amri ( yang telah tamat sesi persekolahan di SMK Jeram semalam 27/11/2019)

Banyak yang kulihat berubah,
Dulu riuh-rendah,hingar-bingar tak tentu arah,
Dulu jalan berlenggang seolah- olah hidup ini amat senang
Dulu cuit kawan,usik orang jadi kegemaran,
Dulu gelak ketawa tak keruan,bikin bingit telinga ,
Dulu nota tak pernah baca,
Kerja rumah jangan harap kau siapkan,
Dulu ilmu tak pernah mahu kauhirup,
Buku pelajaran jangan pernah kau sentuh
Dulu cikgu sesak nafas tengok kamu
Dulu cikgu kerap bertanya sambil menyumpah dalam hati
Anak siapakah ini?

Tiba- tiba kau berubah jadi orang lain,
Paling rajin datang kelas PTRS,
Paling kerap bertanya,
Paling fokus ketika cikgu mengajar,
Walau sesekali suara garaumu mengganggu kelas Sejarahku,
Namun kau tak lagi bebal,
Tak juga jadi orang 'buta Sejarah'
Tak lagi membuat cikgu naik darah.

Barangkali, itulah keajaiban doa ayahmu
Itulah ketulusan doa ibumu,
Kerana mereka berdua terlalu mengasihi ,
Anak yang seorang ini.

Barangkali kau telah menemui,
Jalan yang selama ini tak pernah kau temui,
Sehingga kau tak peduli lagi,
Jerit - perih,penat lelah,
Sakit pedih, luka parah.

Tiba- tiba Amri,
Aku melihat  watak seorang pejuang,
Pada dirimu.

Semoga Amri suksess.Cita- cita nak jadi orang teater yang berilmu.
Terbanglah setinggi langit manapun Amri,jangan lupa rumput hijau di bumi yang kau selalu pijak.Love u so much.Muah.

Kenangan Program CSR Aswara Prihatin ..Kuala Selangor Tunggu Kami Datang di SMK Jeram

Cuti sekolah sudah tiba.Saya menutup diari tahun 2019 dengan satu perkataan.Kepuasan.Di sebalik kepuasan itu penat lelah kita hanya kita yang tahu.Seorang guru biasa di sebuah sekolah biasa.Walau tidak menjulang anugerah besar dan berprestij namun kita sendiri harus meraikan usaha kita dengan satu perasaan.Bersyukur dipilih menjadi seorang guru apatah lagi ditempatkan di sebuah sekolah luar bandar yang anak -anaknya bergelut dalam konflik kemanusiaan sebuah negara membangun.
Banyak perstiwa yang saya lalui di SMK Jeram sepanjang tahun ini.Penuh cabaran.Duri ranjau memenuhi ruang sepanjang laluan.Bukan mudah menjadi pendidik.Sebelah bahu memikul beban sebagai guru matapelajaran Sejarah Tingkatan 5,matapelajaran wajib lulus.Sebelah bahu memikul beban tugas-tugas Hem dan Kokurikulum serta tugas -tugas adhoc yang datang tanpa diduga.
Saya memilih merakam peristiwa program CSR Aswara Prihatin - Kuala Selangor Tunggu Kami Datang sebagai bahan penulisan dalam blog ini.
12 Oktober 2019.Hari yang bersejarah buat SMK Jeram .Setelah 3 kali bermesyuarat dengan pihak pengurusan Aswara ,diketuai orang kuat En.Mohd Shaiful Izham bin Abdul Bashet (penolong pengarah Bhg .Komunikasi Korporat)saya selaku penyelaras program di pihak SMK Jeram menanti hari itu dengan penuh debaran.
Bukan mudah menguruskan program mega selaku penyelaras.Saya dan En.Shaiful kerap juga "gaduh-gaduh manja" untuk merealisasikan visi organisasi masing-masing.Selalu berjumpa,bermesyuarat ,berwassup buat saya lebih mengenali karakter Shy(nama manjanya).Dia gila-gila tapi tegas,penuh komited.Hampir semua orang seni begitulah karakternya.ASWARA should proud of him!
 Team Ultras SMK Jeram dengan lagu Selamat Datang ASWARA.
 Sebahagian peserta bengkel yang datang seawal jam 7 .00 pagi.
 Kedatangan tetamu disambut pasukan bunga manggar .
 Kelihatan Rektor Aswara, Prof.Madya Sahar Sa'di Hashim bersama rombongan.
 Panas terik tak terasa sebab hati berbunga bahagia.Selamat Datang Aswara.
 Terima kasih pilih SMK Jeram.
 Sebahagian delegasi Aswara yang terdiri daripada pensyarah dan pelajar pelbagai fakulti.
 Senamrobik paling meriah.Terik mentari tak menghalang 2 organisasi menari dan bersenam ikut rentak lagu.
 Tuan Haji Mohd .Sidek bin Yasin ,Puan Esah bt Bujang,Puan Salbiah bt Ibrahim dan Prof .Madya Sahar Sa'di Hashim .
 Gagah menghayun langkah.Warga SMK Jeram dan Aswara .
 Sesi taklimat VVIP di Balai Sumber.
 Pengisian program SMKJeram Dihatiku.
 Sesi gotong-royong bermula .
 Peserta- peserta Aswara sangat komited dalam program masyarakat ini
 Gotong- royong taman hortikultur.
 Semua rajin dan komited.
 Mengecat pentas di Dataran Ilmu, PUTRA dan Fakulti Teater ...jasamu dikenang .
 Bengkel Dikir Barat.
 Bertuahnya anak-anak SMK Jeram ini.Bukan semua anak muda berpeluang mempelajari seni tradisi budaya bangsanya.
 Bengkel Wayang Kulit Kelantan.
 Edutainment Aswara menawarkan bengkel percuma.Itulah rezeki anak-anak SMK Jeram.
 Bengkel teater dikendalikan bekas anak murid saya Shariful Akma Abdullah , pensyarah fakulti teater.


Bengkel teater paling mendapat sambutan.Hampir 40 orang mendaftar.
 Ini gambar team gotong - royong  Surau Assyakirin.
 Ini dia En.Mohd Shaiful Izham bin Abdul Bashet.Penolong Pengarah       Bhg.Komunikasi Korporat Aswara dan Shariful Akma Abdullah.

 Majlis perasmian penutup di Dewan Ibnu Khaldun menyaksikan cikgu dan   anak murid sebagai emcee.Itulah takdir namanya .Untuk saya pastinya takdir   terindah.
Santai...itu perjanjian Aswara dengan SMK Jeram .
 Perasmian penutup disempurnakan Rektor Aswara,Pengetua SMK Jeram dan     Pendaftar ASWARA En Zusmaidi Abd.Aziz.
 Novelis SMK Jeram,Siti Aminah bt Zulkifli atau Amna Nazia menghadiahkan
 novel-novel tulisannya untuk diabadikan di Aswara.
 Sesi makan bersila dalam dulang.Memang mengimbau nostalgia.
 Penuh berselera mencicipi hidangan ala kampung yang disediakan.
 Gulai nenas ikan masin, sambal udang, ayam goreng berempah,tumis pucuk   paku,ulam-ulaman ,sambal belacan dan lala rebus..
  Semoga hidangan ini memaut erat lidah,bibir dan hati.
   Ala - ala kenduri di kampung.
 Memang tak toleh kiri,tak toleh kanan.
  Setelah berpanas bergotong- royong dan berbengkel enaknya menjamu selera   di tikar budaya.
Guru dan staff sokongan memberikan sokongan padu untuk majlis ini.
Duduk bersimpuh di atas tikar..menambah enak apatah lagi dengan tiupan angin sepoi- sepoi bahasa.
Antara pic menarik yang dirakam di Dataran Ilmu.
 Juhara Ayob, semua guru perempuan SMK Jeram obses dengan watak - watak   lakonannya .Rupanya watak Juhara Ayob di luar...aduhai lembut dan kaya   senyuman.
 Terima kasih ASWARA.
 Terima kasih Prof.Madya Sahar Sa'di Hashim.
  ( Prof.sangat humble,down to earth)
 Terima kasih En .Zusmaidi Abd .Aziz.
 Terima kasih Bhg.Komunikasi Korporat Aswara.
 Terima kasih  khusus buat adindaku Shy.(rindu nak gaduh dengan Shy)
 Terima kasih pensyarah - pensyarah Aswara,jurulatih-jurulatih bengkel seni 
  tradisi zapin,tarian Asyik, wayang kulit,dikir barat .
  Terima kasih team mural.(bila rindu Aswara,kami jenguk mural peninggalan   Aswara )
 Terima kasih anak- anak Aswara yang baik budi.
 Terima kasih khas buat anakandaku Shariful Akma bin Abdullah.
 ( banyak kenangan kita kongsi ,cikgu kenal  kamu seorang remaja belasan tahun di SMK Hutan Melintang ,sehingga kini kamu masih kaya budi- bahasa,rendah diri,still sayang dan hormat cikgu yang dah tua ni).
Tengoklah cikgu dengan anak murid.Melihat Shariful Akma menjadikan saya tidak pernah menyesal menjadi guru Kesusasteraan Melayu,bakat Akma saya gilap daripada pementasan drama Keris Laksamana Bentan di SMK Hutan Meljntang Perak.

Inilah Mohd .Shaiful Izham Abd.Bashet yang berulang- alik dari Aswara ke SMK Jeram untuk merealisasikan program ini.Miss you Shy...
Aduhai Juhara Ayob...macam mimpi jumpa puan....
Gambar merakam kemesraan walau pertama kali bersua muka.
Kma...tetap comel di mata cikgu ,sama macam 25 tahun dulu.
Terima kasih Taufik Izmeer ..datang juga jenguk adik- adik.
Kenangan Aswara tinggalkan untuk kami di SMK Jeram.
Terima kasih team mural,En .Safwan dan Pn .Rosyida.

SMK Jeram tetap ingat ASWARA untuk momen-momen terindah yang kita kongsikan.Terima kasih sudi terima idea kak Haida, sesekali buang protokol dan etika majlis yang menyesak dada...bersaudara dan bermesra itu lebih membahagiakan.