Menjadi guru Sejarah bukanlah semudah yang disangka.Apatah lagi dengan penjajaran semula subjek ini menjadi hanya 3 waktu seminggu sedangkan ia matapelajaran wajib lulus,Bagi menggerakkan minat mereka mencari,menyelidik dan mengumpul maklumat perlu ada sifat inkuiri dalam diri mereka sendiri.Jika mereka sudah ada minat dan skil untuk mencarigali fakta maka tidak ada masalah penjajaran semula memendekkan waktu matapelajaran Sejarah.
Hari ini saya mengajar Sejarah dengan keperluan yang berbeza.Silibus mesti habis.Murid mesti dapat A.Keperluan lain ialah pedagogi harus tip top seiring pembelajaran alaf ke21,Untuk mencapai matlamat itu usaha harus dilipatgandakan.Tahun lalu saya berpulas dengan kelas tambahan tanpa mengira waktu,hari dan masa,Kini saya harus akur dengan SOP. Cabaran ini sebenarnya besar dan berat tertanggung atas bahu kami,Akibat tak belajar Sejarah,lahir manusia yang menikam tanah air sendiri dari belakang.Akibat buta Sejarah lahir pemimpin yang mewariskan akhlak buruk pada masyarakat.Akibat tak tahu Sejarah,lahir NGO yang menuntut pertumbuhan sekolah venakular.Akibat tak pernah menghayati Sejarahlah,ada pemimpin bermain api dengan isu agama Islam dan bahasa Melayu.Belum lagi kita bercerita tentang kumpulan yang mendaulatkan perjuangan PKM.Semua akibat tidak meletakkan sejarah negara sebagai asas perjuangan dan kehidupan.
Jika begitu besar impak mata pelajaran Sejarah terhadap perkembangan politik dan sosial tanah air,kenapa Sejarah dinilai kecil dalam sistem pendidikan negara,Tidak cukup mewajibkan matapelajaran ini sebagai syarat lulus SPM jika tidak seiring dengan prasarana yang ada.Jika matapelajaran bahasa Melayu ,bahasa Inggeris ada Makmal Bahasa,mengapa tiada makmal Sejarah? Jika subjek lain seperti Fizik,Kimia,Biologi ada peralatan canggih dan makmal bertaraf mega,kami guru Sejarah masih mengajar dalam kelas.Di sesetengah sekolah,bilik tayang tidak ada LCD hanya ada skrin TV.Makmal ICT pula besar dan moden tapi untuk guru- guru ICT mengajar subjek multimedia.Sesekali jika mahu mengajar dengan kaedah digital kami harus memohon seminggu lebih awal untuk menggunakan kemudahan di makmal atau bilik tayang sekolah Itupun jika ada kekosongan.Dek kekangan- kekangan itu,guru Sejarah masih menggunakan kaedah chalk and talk.Anak-anak masih melabel subjej ini sebagai subjek paling membosankan melainkan jika kreatif dan sanggup mencuba sesuatu yang out of box.Adilkah begitu?
.Saya ingin bercerita satu pengalaman mengajar Sejarah Tingkatan 4 dengan tajuk Penguasaan Parti Komunis Malaya di tanah Melayu.Anak -anak ini bila ditanya apa itu komunis dijawabnya nya" Orang jahat cikgu,alah tentera Jepun,lebih kuranglah".Maksudnya mereka tahu sejarah kekejamanJepun ,dan mereka hidup dengan sangkaan komunis itu sama dengan Jepun.Masyaallah.Ada yang jawab komunis itu macam perompak.Yang buat saya ternganga ada yang jawab komunis ialah zombie .Dia berperang dengan manusia.Lepas tu semua manusia jadi zombie.Aduhai ini pengaruh Mamat Khalid melalui filem Zombienya.Atau pengaruh video game.Dengan hati-hati dan susah payah saya terangkan apa itu komunis,Saya perlu jadi guru yang adil dan bijaksana kerana dalam kelas tu ada ramai murid keturunan Cina yang sinonim dengan perjuangan PKM.
Setelah semunggu mengajar 3 waktu ikut penjajaran semula KSSM,mereka masih teraba-raba konsep komunisme.Cerita saya keluar masuk telinga mereka tanpa kefahaman yang jelas.Bila jawab soalan KBAT secara bertulis mereka masih gagal memahami susur galur sejarah komunisme.Saya tiada pilihan lain.Sejumlah video yang saya download menjadi modal PDP saya.Walau berbagai kekangan dan halangan saya dapat peluang menggunakan makmal ICT untuk menayangkan video Perang Dunia ke2,kedatangan Jepun dan PKM sekaligus .
Memang berbaloi .Anak- anak kelas hujung yang saya ajar tekun,fokus menonton.Sesekali saya tinjau ekspresi wajah mereka dengan ekor mata.Ada yang ternganga.Ada yang tak berkedip mata.Bahkan ada beberapa orang yang menangis tengok kesengsaraan rakyat semasa Perang Dunja ke2.
Dalam hati saya berbisik.
Jika subjek ini besar impaknya kepada bangsa dan tanah air tercinta kenapa tiada peruntukan untuk makmal Sejarah di seluruh negara.?Bukankah lebih baik guru Sejarah menggunakan sumber berbentuk ICT daripada menjadi Awang Batil dalam kelas yang dinamakan kelas abad ke21?
Seperti subjek Kesusasteraan Melayu yang hilang diserap masuk sebagai elemen kecil dalam subjek Bahasa Melayu iaitu Komsas,saya pun tidak pasti apa sudahnya nasib matapelajaran Sejarah.
Daripada hanya jadi alat propaganda parti politik ,bahan polemik pihak berkepentingan,lebih baik subjek ini dibangunkan untuk membina jati diri bangsa Malaysia tanpa mengira agama,kaum dan keturunan.Ayuh lahirkan anak Malaysia yang berpegang pada konsep di mana bumi dipijak di situ langit dijunjung .Mudah-mudahan tidak ada lagi yang memasang bendera Malaysia secara terbalik.
Merdeka! Merdeka! MERDEKA...SALAM ULANGTAHUN KEMERDEKAAN MALAYSIA ke 63 tahun.