Telah dtakdirkan aku menjadi seorang guru, telah ditakdirkan sekolah menjadi duniaku, sesungguhnya bukan pangkat bukan gelaran bukan anugerah cemerlang yang aku buru, namun kepuasan datang bertamu apabila aku berjaya mencorakkan warna kehidupan seorang insan, merekalah amanah Allah untukku.....anak didikku ....KANVAS CINTAKU

Pengikut

Rabu, 27 November 2019

Puisi Untuk Amri ( yang telah tamat sesi persekolahan di SMK Jeram semalam 27/11/2019)

Banyak yang kulihat berubah,
Dulu riuh-rendah,hingar-bingar tak tentu arah,
Dulu jalan berlenggang seolah- olah hidup ini amat senang
Dulu cuit kawan,usik orang jadi kegemaran,
Dulu gelak ketawa tak keruan,bikin bingit telinga ,
Dulu nota tak pernah baca,
Kerja rumah jangan harap kau siapkan,
Dulu ilmu tak pernah mahu kauhirup,
Buku pelajaran jangan pernah kau sentuh
Dulu cikgu sesak nafas tengok kamu
Dulu cikgu kerap bertanya sambil menyumpah dalam hati
Anak siapakah ini?

Tiba- tiba kau berubah jadi orang lain,
Paling rajin datang kelas PTRS,
Paling kerap bertanya,
Paling fokus ketika cikgu mengajar,
Walau sesekali suara garaumu mengganggu kelas Sejarahku,
Namun kau tak lagi bebal,
Tak juga jadi orang 'buta Sejarah'
Tak lagi membuat cikgu naik darah.

Barangkali, itulah keajaiban doa ayahmu
Itulah ketulusan doa ibumu,
Kerana mereka berdua terlalu mengasihi ,
Anak yang seorang ini.

Barangkali kau telah menemui,
Jalan yang selama ini tak pernah kau temui,
Sehingga kau tak peduli lagi,
Jerit - perih,penat lelah,
Sakit pedih, luka parah.

Tiba- tiba Amri,
Aku melihat  watak seorang pejuang,
Pada dirimu.

Semoga Amri suksess.Cita- cita nak jadi orang teater yang berilmu.
Terbanglah setinggi langit manapun Amri,jangan lupa rumput hijau di bumi yang kau selalu pijak.Love u so much.Muah.

Kenangan Program CSR Aswara Prihatin ..Kuala Selangor Tunggu Kami Datang di SMK Jeram

Cuti sekolah sudah tiba.Saya menutup diari tahun 2019 dengan satu perkataan.Kepuasan.Di sebalik kepuasan itu penat lelah kita hanya kita yang tahu.Seorang guru biasa di sebuah sekolah biasa.Walau tidak menjulang anugerah besar dan berprestij namun kita sendiri harus meraikan usaha kita dengan satu perasaan.Bersyukur dipilih menjadi seorang guru apatah lagi ditempatkan di sebuah sekolah luar bandar yang anak -anaknya bergelut dalam konflik kemanusiaan sebuah negara membangun.
Banyak perstiwa yang saya lalui di SMK Jeram sepanjang tahun ini.Penuh cabaran.Duri ranjau memenuhi ruang sepanjang laluan.Bukan mudah menjadi pendidik.Sebelah bahu memikul beban sebagai guru matapelajaran Sejarah Tingkatan 5,matapelajaran wajib lulus.Sebelah bahu memikul beban tugas-tugas Hem dan Kokurikulum serta tugas -tugas adhoc yang datang tanpa diduga.
Saya memilih merakam peristiwa program CSR Aswara Prihatin - Kuala Selangor Tunggu Kami Datang sebagai bahan penulisan dalam blog ini.
12 Oktober 2019.Hari yang bersejarah buat SMK Jeram .Setelah 3 kali bermesyuarat dengan pihak pengurusan Aswara ,diketuai orang kuat En.Mohd Shaiful Izham bin Abdul Bashet (penolong pengarah Bhg .Komunikasi Korporat)saya selaku penyelaras program di pihak SMK Jeram menanti hari itu dengan penuh debaran.
Bukan mudah menguruskan program mega selaku penyelaras.Saya dan En.Shaiful kerap juga "gaduh-gaduh manja" untuk merealisasikan visi organisasi masing-masing.Selalu berjumpa,bermesyuarat ,berwassup buat saya lebih mengenali karakter Shy(nama manjanya).Dia gila-gila tapi tegas,penuh komited.Hampir semua orang seni begitulah karakternya.ASWARA should proud of him!
 Team Ultras SMK Jeram dengan lagu Selamat Datang ASWARA.
 Sebahagian peserta bengkel yang datang seawal jam 7 .00 pagi.
 Kedatangan tetamu disambut pasukan bunga manggar .
 Kelihatan Rektor Aswara, Prof.Madya Sahar Sa'di Hashim bersama rombongan.
 Panas terik tak terasa sebab hati berbunga bahagia.Selamat Datang Aswara.
 Terima kasih pilih SMK Jeram.
 Sebahagian delegasi Aswara yang terdiri daripada pensyarah dan pelajar pelbagai fakulti.
 Senamrobik paling meriah.Terik mentari tak menghalang 2 organisasi menari dan bersenam ikut rentak lagu.
 Tuan Haji Mohd .Sidek bin Yasin ,Puan Esah bt Bujang,Puan Salbiah bt Ibrahim dan Prof .Madya Sahar Sa'di Hashim .
 Gagah menghayun langkah.Warga SMK Jeram dan Aswara .
 Sesi taklimat VVIP di Balai Sumber.
 Pengisian program SMKJeram Dihatiku.
 Sesi gotong-royong bermula .
 Peserta- peserta Aswara sangat komited dalam program masyarakat ini
 Gotong- royong taman hortikultur.
 Semua rajin dan komited.
 Mengecat pentas di Dataran Ilmu, PUTRA dan Fakulti Teater ...jasamu dikenang .
 Bengkel Dikir Barat.
 Bertuahnya anak-anak SMK Jeram ini.Bukan semua anak muda berpeluang mempelajari seni tradisi budaya bangsanya.
 Bengkel Wayang Kulit Kelantan.
 Edutainment Aswara menawarkan bengkel percuma.Itulah rezeki anak-anak SMK Jeram.
 Bengkel teater dikendalikan bekas anak murid saya Shariful Akma Abdullah , pensyarah fakulti teater.


Bengkel teater paling mendapat sambutan.Hampir 40 orang mendaftar.
 Ini gambar team gotong - royong  Surau Assyakirin.
 Ini dia En.Mohd Shaiful Izham bin Abdul Bashet.Penolong Pengarah       Bhg.Komunikasi Korporat Aswara dan Shariful Akma Abdullah.

 Majlis perasmian penutup di Dewan Ibnu Khaldun menyaksikan cikgu dan   anak murid sebagai emcee.Itulah takdir namanya .Untuk saya pastinya takdir   terindah.
Santai...itu perjanjian Aswara dengan SMK Jeram .
 Perasmian penutup disempurnakan Rektor Aswara,Pengetua SMK Jeram dan     Pendaftar ASWARA En Zusmaidi Abd.Aziz.
 Novelis SMK Jeram,Siti Aminah bt Zulkifli atau Amna Nazia menghadiahkan
 novel-novel tulisannya untuk diabadikan di Aswara.
 Sesi makan bersila dalam dulang.Memang mengimbau nostalgia.
 Penuh berselera mencicipi hidangan ala kampung yang disediakan.
 Gulai nenas ikan masin, sambal udang, ayam goreng berempah,tumis pucuk   paku,ulam-ulaman ,sambal belacan dan lala rebus..
  Semoga hidangan ini memaut erat lidah,bibir dan hati.
   Ala - ala kenduri di kampung.
 Memang tak toleh kiri,tak toleh kanan.
  Setelah berpanas bergotong- royong dan berbengkel enaknya menjamu selera   di tikar budaya.
Guru dan staff sokongan memberikan sokongan padu untuk majlis ini.
Duduk bersimpuh di atas tikar..menambah enak apatah lagi dengan tiupan angin sepoi- sepoi bahasa.
Antara pic menarik yang dirakam di Dataran Ilmu.
 Juhara Ayob, semua guru perempuan SMK Jeram obses dengan watak - watak   lakonannya .Rupanya watak Juhara Ayob di luar...aduhai lembut dan kaya   senyuman.
 Terima kasih ASWARA.
 Terima kasih Prof.Madya Sahar Sa'di Hashim.
  ( Prof.sangat humble,down to earth)
 Terima kasih En .Zusmaidi Abd .Aziz.
 Terima kasih Bhg.Komunikasi Korporat Aswara.
 Terima kasih  khusus buat adindaku Shy.(rindu nak gaduh dengan Shy)
 Terima kasih pensyarah - pensyarah Aswara,jurulatih-jurulatih bengkel seni 
  tradisi zapin,tarian Asyik, wayang kulit,dikir barat .
  Terima kasih team mural.(bila rindu Aswara,kami jenguk mural peninggalan   Aswara )
 Terima kasih anak- anak Aswara yang baik budi.
 Terima kasih khas buat anakandaku Shariful Akma bin Abdullah.
 ( banyak kenangan kita kongsi ,cikgu kenal  kamu seorang remaja belasan tahun di SMK Hutan Melintang ,sehingga kini kamu masih kaya budi- bahasa,rendah diri,still sayang dan hormat cikgu yang dah tua ni).
Tengoklah cikgu dengan anak murid.Melihat Shariful Akma menjadikan saya tidak pernah menyesal menjadi guru Kesusasteraan Melayu,bakat Akma saya gilap daripada pementasan drama Keris Laksamana Bentan di SMK Hutan Meljntang Perak.

Inilah Mohd .Shaiful Izham Abd.Bashet yang berulang- alik dari Aswara ke SMK Jeram untuk merealisasikan program ini.Miss you Shy...
Aduhai Juhara Ayob...macam mimpi jumpa puan....
Gambar merakam kemesraan walau pertama kali bersua muka.
Kma...tetap comel di mata cikgu ,sama macam 25 tahun dulu.
Terima kasih Taufik Izmeer ..datang juga jenguk adik- adik.
Kenangan Aswara tinggalkan untuk kami di SMK Jeram.
Terima kasih team mural,En .Safwan dan Pn .Rosyida.

SMK Jeram tetap ingat ASWARA untuk momen-momen terindah yang kita kongsikan.Terima kasih sudi terima idea kak Haida, sesekali buang protokol dan etika majlis yang menyesak dada...bersaudara dan bermesra itu lebih membahagiakan.