Banyak yang kulihat berubah,
Dulu riuh-rendah,hingar-bingar tak tentu arah,
Dulu jalan berlenggang seolah- olah hidup ini amat senang
Dulu cuit kawan,usik orang jadi kegemaran,
Dulu gelak ketawa tak keruan,bikin bingit telinga ,
Dulu nota tak pernah baca,
Kerja rumah jangan harap kau siapkan,
Dulu ilmu tak pernah mahu kauhirup,
Buku pelajaran jangan pernah kau sentuh
Dulu cikgu sesak nafas tengok kamu
Dulu cikgu kerap bertanya sambil menyumpah dalam hati
Anak siapakah ini?
Tiba- tiba kau berubah jadi orang lain,
Paling rajin datang kelas PTRS,
Paling kerap bertanya,
Paling fokus ketika cikgu mengajar,
Walau sesekali suara garaumu mengganggu kelas Sejarahku,
Namun kau tak lagi bebal,
Tak juga jadi orang 'buta Sejarah'
Tak lagi membuat cikgu naik darah.
Barangkali, itulah keajaiban doa ayahmu
Itulah ketulusan doa ibumu,
Kerana mereka berdua terlalu mengasihi ,
Anak yang seorang ini.
Barangkali kau telah menemui,
Jalan yang selama ini tak pernah kau temui,
Sehingga kau tak peduli lagi,
Jerit - perih,penat lelah,
Sakit pedih, luka parah.
Tiba- tiba Amri,
Aku melihat watak seorang pejuang,
Pada dirimu.
Semoga Amri suksess.Cita- cita nak jadi orang teater yang berilmu.
Terbanglah setinggi langit manapun Amri,jangan lupa rumput hijau di bumi yang kau selalu pijak.Love u so much.Muah.
Telah dtakdirkan aku menjadi seorang guru, telah ditakdirkan sekolah menjadi duniaku, sesungguhnya bukan pangkat bukan gelaran bukan anugerah cemerlang yang aku buru, namun kepuasan datang bertamu apabila aku berjaya mencorakkan warna kehidupan seorang insan, merekalah amanah Allah untukku.....anak didikku ....KANVAS CINTAKU
Pengikut
Rabu, 27 November 2019
Kenangan Program CSR Aswara Prihatin ..Kuala Selangor Tunggu Kami Datang di SMK Jeram
Cuti sekolah sudah tiba.Saya menutup diari tahun 2019 dengan satu perkataan.Kepuasan.Di sebalik kepuasan itu penat lelah kita hanya kita yang tahu.Seorang guru biasa di sebuah sekolah biasa.Walau tidak menjulang anugerah besar dan berprestij namun kita sendiri harus meraikan usaha kita dengan satu perasaan.Bersyukur dipilih menjadi seorang guru apatah lagi ditempatkan di sebuah sekolah luar bandar yang anak -anaknya bergelut dalam konflik kemanusiaan sebuah negara membangun.
Banyak perstiwa yang saya lalui di SMK Jeram sepanjang tahun ini.Penuh cabaran.Duri ranjau memenuhi ruang sepanjang laluan.Bukan mudah menjadi pendidik.Sebelah bahu memikul beban sebagai guru matapelajaran Sejarah Tingkatan 5,matapelajaran wajib lulus.Sebelah bahu memikul beban tugas-tugas Hem dan Kokurikulum serta tugas -tugas adhoc yang datang tanpa diduga.
Saya memilih merakam peristiwa program CSR Aswara Prihatin - Kuala Selangor Tunggu Kami Datang sebagai bahan penulisan dalam blog ini.
12 Oktober 2019.Hari yang bersejarah buat SMK Jeram .Setelah 3 kali bermesyuarat dengan pihak pengurusan Aswara ,diketuai orang kuat En.Mohd Shaiful Izham bin Abdul Bashet (penolong pengarah Bhg .Komunikasi Korporat)saya selaku penyelaras program di pihak SMK Jeram menanti hari itu dengan penuh debaran.
Bukan mudah menguruskan program mega selaku penyelaras.Saya dan En.Shaiful kerap juga "gaduh-gaduh manja" untuk merealisasikan visi organisasi masing-masing.Selalu berjumpa,bermesyuarat ,berwassup buat saya lebih mengenali karakter Shy(nama manjanya).Dia gila-gila tapi tegas,penuh komited.Hampir semua orang seni begitulah karakternya.ASWARA should proud of him!
Team Ultras SMK Jeram dengan lagu Selamat Datang ASWARA.
Sebahagian peserta bengkel yang datang seawal jam 7 .00 pagi.
Kedatangan tetamu disambut pasukan bunga manggar .
Kelihatan Rektor Aswara, Prof.Madya Sahar Sa'di Hashim bersama rombongan.
Panas terik tak terasa sebab hati berbunga bahagia.Selamat Datang Aswara.
Terima kasih pilih SMK Jeram.
Sebahagian delegasi Aswara yang terdiri daripada pensyarah dan pelajar pelbagai fakulti.
Senamrobik paling meriah.Terik mentari tak menghalang 2 organisasi menari dan bersenam ikut rentak lagu.
Tuan Haji Mohd .Sidek bin Yasin ,Puan Esah bt Bujang,Puan Salbiah bt Ibrahim dan Prof .Madya Sahar Sa'di Hashim .
Gagah menghayun langkah.Warga SMK Jeram dan Aswara .
Sesi taklimat VVIP di Balai Sumber.
Pengisian program SMKJeram Dihatiku.
Sesi gotong-royong bermula .
Peserta- peserta Aswara sangat komited dalam program masyarakat ini
Gotong- royong taman hortikultur.
Semua rajin dan komited.
Mengecat pentas di Dataran Ilmu, PUTRA dan Fakulti Teater ...jasamu dikenang .
Bengkel Dikir Barat.
Bertuahnya anak-anak SMK Jeram ini.Bukan semua anak muda berpeluang mempelajari seni tradisi budaya bangsanya.
Bengkel Wayang Kulit Kelantan.
Edutainment Aswara menawarkan bengkel percuma.Itulah rezeki anak-anak SMK Jeram.
Bengkel teater dikendalikan bekas anak murid saya Shariful Akma Abdullah , pensyarah fakulti teater.
Bengkel teater paling mendapat sambutan.Hampir 40 orang mendaftar.
Ini gambar team gotong - royong Surau Assyakirin.
Ini dia En.Mohd Shaiful Izham bin Abdul Bashet.Penolong Pengarah Bhg.Komunikasi Korporat Aswara dan Shariful Akma Abdullah.
Majlis perasmian penutup di Dewan Ibnu Khaldun menyaksikan cikgu dan anak murid sebagai emcee.Itulah takdir namanya .Untuk saya pastinya takdir terindah.
Santai...itu perjanjian Aswara dengan SMK Jeram .
Perasmian penutup disempurnakan Rektor Aswara,Pengetua SMK Jeram dan Pendaftar ASWARA En Zusmaidi Abd.Aziz.
Novelis SMK Jeram,Siti Aminah bt Zulkifli atau Amna Nazia menghadiahkan
novel-novel tulisannya untuk diabadikan di Aswara.
Sesi makan bersila dalam dulang.Memang mengimbau nostalgia.
Penuh berselera mencicipi hidangan ala kampung yang disediakan.
Gulai nenas ikan masin, sambal udang, ayam goreng berempah,tumis pucuk paku,ulam-ulaman ,sambal belacan dan lala rebus..
Semoga hidangan ini memaut erat lidah,bibir dan hati.
Ala - ala kenduri di kampung.
Memang tak toleh kiri,tak toleh kanan.
Setelah berpanas bergotong- royong dan berbengkel enaknya menjamu selera di tikar budaya.
Guru dan staff sokongan memberikan sokongan padu untuk majlis ini.
Duduk bersimpuh di atas tikar..menambah enak apatah lagi dengan tiupan angin sepoi- sepoi bahasa.
Antara pic menarik yang dirakam di Dataran Ilmu.
Juhara Ayob, semua guru perempuan SMK Jeram obses dengan watak - watak lakonannya .Rupanya watak Juhara Ayob di luar...aduhai lembut dan kaya senyuman.
Terima kasih ASWARA.
Terima kasih Prof.Madya Sahar Sa'di Hashim.
( Prof.sangat humble,down to earth)
Terima kasih En .Zusmaidi Abd .Aziz.
Terima kasih Bhg.Komunikasi Korporat Aswara.
Terima kasih khusus buat adindaku Shy.(rindu nak gaduh dengan Shy)
Terima kasih pensyarah - pensyarah Aswara,jurulatih-jurulatih bengkel seni
tradisi zapin,tarian Asyik, wayang kulit,dikir barat .
Terima kasih team mural.(bila rindu Aswara,kami jenguk mural peninggalan Aswara )
Terima kasih anak- anak Aswara yang baik budi.
Terima kasih khas buat anakandaku Shariful Akma bin Abdullah.
( banyak kenangan kita kongsi ,cikgu kenal kamu seorang remaja belasan tahun di SMK Hutan Melintang ,sehingga kini kamu masih kaya budi- bahasa,rendah diri,still sayang dan hormat cikgu yang dah tua ni).
Tengoklah cikgu dengan anak murid.Melihat Shariful Akma menjadikan saya tidak pernah menyesal menjadi guru Kesusasteraan Melayu,bakat Akma saya gilap daripada pementasan drama Keris Laksamana Bentan di SMK Hutan Meljntang Perak.
Inilah Mohd .Shaiful Izham Abd.Bashet yang berulang- alik dari Aswara ke SMK Jeram untuk merealisasikan program ini.Miss you Shy...
Aduhai Juhara Ayob...macam mimpi jumpa puan....
Gambar merakam kemesraan walau pertama kali bersua muka.
Kma...tetap comel di mata cikgu ,sama macam 25 tahun dulu.
Terima kasih Taufik Izmeer ..datang juga jenguk adik- adik.
Kenangan Aswara tinggalkan untuk kami di SMK Jeram.
Terima kasih team mural,En .Safwan dan Pn .Rosyida.
SMK Jeram tetap ingat ASWARA untuk momen-momen terindah yang kita kongsikan.Terima kasih sudi terima idea kak Haida, sesekali buang protokol dan etika majlis yang menyesak dada...bersaudara dan bermesra itu lebih membahagiakan.

Sabtu, 27 April 2019
ANTARA KERIS SIAMANG TUNGGAL DAN TIADA TAJUK...
Antara kegemaran saya ialah menonton filem- filem Mamat Khalid dan Khabir Bathia.Tapi semenjak -dua menjak ni ada banyak filem Malaysia yang menepati citarasa saya.Antaranya filem Les Copaque Upin Ipin Keris Siamang Tunggal dan filem Mawi,Tiada Tajuk.Entah mengapa saya nampak sesuatu yang unik pada kedua- dua filem itu.Filem Upin Ipin dari kacamata saya sebagai penonton dewasa ada maksud tersurat dan tersirat.Keris sebagai lambang kekuasaan orang Melayu yang hilang dari takhta kerajaan.Bukankah itu fenomena politik semasa?
Saya tidak mahu mengulas panjang isu keris yang hilang itu.Kredit kepada produser dan penerbitan animasi terunggul Malaysia,Les Copaque.Filem ini membuat anak saya tercari-cari watak Pak Belalang,Mat Jenin,Bawang Merah dan Mak Deruma.Sehari selepas menonton sibuk dia " menggogle" watak-watak itu.Saya seronok sebab anak saya yang seorang ini jiwanya sedikit demi sedikit sudah direnggut budaya kpop,animasi Jepun dan Korea.Lagu- lagu Inggeris undergroud menjadi minatnya.Saya tak boleh fight against the cool war.Salah satu cara saya memenangi dan mengembalikan jiwa Melayunya ialah melalui pementasan teater dan filem berlatarbelakang budaya nusantara.
Filem Mawi ,Tiada Tajuk kami menonton penuh santai.Suami saya yang ajak.Dia dipromosi oleh rakan sekerja .Saya hairan juga. Rakan suami yang bertugas di syarikat multinational boleh berminat dengan filem itu.Tapi pada awalnya saya menjangka filem ini hanya filem gelak ketawa kosong,Rupa-rupanya tidak.Setelah 15 minit menonton saya dan anak buah saya,seorang penuntut Unisel berpandangan antara satu sama lain '"Mawi boleh buat filem macam ni"
Wah,dasyat.Perlahan- lahan ekspresi kejutan itu bertukar menjadi kekaguman pada anak jati Felda Taib Andak ini.Filem ini sebenarnya filem dakwah namun penyampaiannya tidak secara didaktik.Semua cantik tersembunyi di celah- celah sinematografi yang berlatarbelakang Kampung Laut Menyanyi.Dalam banyak- banyak babak,babak Bangau oh Bangau paling saya suka.Dialog yang paling menjentik emosi.pula "Mungkin aku belum cukup ikhlas"Sebagai orang seni,saya dapat rasakan keikhlasan Mawi dalam berdakwah.Filemnya ada roh yang boleh buat kita ketawa,tanpa sedar kita mentertawakan diri kita sendiri.Lihatlah babak Suci yang pose gambar sedang solat di instagram.Bukankah itu gambaran manusia Islam akhir zaman.Semua kebaikan dia nak tunjuk pada orang.Watak manusia boleh diadili dalam media sosial.Tahniah Mawi,kalau awak buat filem kedua,kakak orang pertama akan datang menonton.
Risiko menerbitkan filem seperti ini ,tidak semua penonton boleh terima.Jika ia dibuat terlalu serius panggung akan kosong.Jika dibuat terlalu ringan,audiens akan cakap ini filem sampah.
Jadi berdiri di titik tengah.Itulah filem Tiada Tajuk.
Tiada komedi kosong.
Tiada dakwah keras.
Tiada komersil berlebih-lebihan.
Tiada eksploitasi wanita.
Masyaallah, semoga ada lagi karya Asmawi Ani dalam industri filem tanah air.
Khamis, 25 April 2019
Semoga Suksess Anak -Anak Sanggar Mustika
Azmeer bukan karakter mudah.Azmeer harus memberontak,marah,sedih,sakit,menderita,keliru,bijak,bodoh dan dungu..
Tahniah Bazly ,pelakon lelaki terbaik daerah Kuala Selangor.
Pencapaian yang diperolehi hasil kerja kerasnya.
Bila tengok video Jannah antara favourite saya tapi suara Jannah masih tenggelam tumbul...Lets learn more Jannah boleh! Jannah memang ibu walau di luar set,sebab tu Jannah jadi tempat kawan- kawan bermanja .
Ammar perlu lebih ruang dan masa untuk menyerlah di pentas lakonan.Ammar lebih menyinar dalam bidang nyanyian sebenarnya.Apapun saya lihat Ammar insan seni sejati.Suatu hari nanti Malaysia akan mengenalinya.
Aqil bukan seorang seniman secara lahirnya.Cuma sikap mahu belajar dan rajjn belajar menjadikan Aqil seorang humble person yang disenangi.Senang cerita dia Mr Cool yang tak peduli walau langit runtuh sekalipun.Ketenangan itu akan membawa Aqil pergi jauh ...
Nireshan sangat yakin dan percaya pada diri.Kami bertuah ada Nireshan sebab dia selalu menceriakan suasana.Dei....seronok berlakon drama Melayu ye...
Tanpa Nireshan team ini seperti bey blade tanpa kuali...
Liana memang born to be an actress.Orang Aries ada jiwa seni yang kreatif.Liana sangat natural bermain emosi, lontaran dialog dan ekspresi .Anak didik Cikgu Zaimahlah katakan....Walau ketawa berdekah- dekah,kesopanan Liana masih terpelihara.Gadis manis berjiwa besar
Harris...ada kekuatan yang masih tersembunyi,Karekternya yang sopan dan berbudi,kaya nilai kemelayuan menyebabkan kami percaya di pentas itu adalah ayah Azmeer .
Sejak pertana kali melihat Amri saya yakin dia insan unik lagi istimewa.Gila-gilanya bukan sebarang gila .Berjiwa penyayang,Amri sangat disenangi kebanyakan ahli dalam team ini.Banyak mengorbankan masa dan tenaga membantu menggerakkan team Sanggar Mustika pada awal perjalanan ,award Pengarah Terbaik layak untuknya..Tahniah Amri.
Aqilah walau pegang watak kecil namun menjadi.Aqilah ada disiplin diri yang baik sebab tu dalam team ini dia paling comel,paling sweet dan jarang kena marah.
Aisyah perempuan Melayu terakhir.Dia tabah dan sangat kuat.Walau rebah berkali- kali Aisyah bangkit dengan senyuman.Itu yang buat saya kagum.Ani versi Aisyah mungkin belum cukup bersinar tapi awas Aisyah ada jiwa Tun Fatimah yang tidak mudah menyerah..
Bila tengok video ternyata Norman ni ada buat silap besar.Nak marah pun ada.Nak ketawapun ada.Norman kenapa menyusup keluar masuk belakang set sehingga nampak di hadapan stage. Tapi Norman karekter doktor awak not bad,agak menjadi.Maybe sebab lama bertugas di wad psikiatri awakpun jadi...??
Iman Amin pasangan kembar yanng versatile.Walau last minute menyertai team ,namun komitmen dalam bidang seni,tak siapa boleh challange anda berdua..Semoga suksess di pentas peringkat negeri nanti.

Nicki Dayah dan Taufik.Tanpa anda berdua team ini akan tempang sebab kita saling melengkapi.Dayah memang a strong karakter.Dia tak kisah dikecam.Dia tak peduli dicemuh.Tanpa Dayah,tak menjadi Bukan Gila kita.Taufik,crew paling rajin dan kerja tip top.
Iman Amin pasangan kembar yanng versatile.Walau last minute menyertai team ,namun komitmen dalam bidang seni,tak siapa boleh challange anda berdua..Semoga suksess di pentas peringkat negeri nanti.
Langgan:
Catatan (Atom)