Hujung minggu suami membawa saya menyaksikan persembahan live Aris Ariwatan yang pernah menyentuh hati saya dengan lagu Permaidani. Kali ini Aris menggetarkan jiwa perempuan saya dengan lagu Jangan Menangis Habibah. Lagu untuk wanita masa kini yang harus kuat dan tabah menjalani hidup sebagai isteri, ibu dan tenaga kerja sebuah negara membangun.
Ada ketika saya berasa bersalah kerana terlalu mengejar kecemerlangan karier namun terkurang memberi perhatian pada rumahtangga. Dalam seminggu berapa hari suami dan anak makan hidangan air tangan saya.?Dalam seminggu berapa malam saya dapat mengejar anak mengaji al Quran? Ya Allah redhakah suami dengan kesibukan tugas saya kerana apabila kerana apabila penat pulang kerja saya marah-marah dan melenting. Ya Allah halalkah pendapatan saya kerana asyik merungut di belakang bos yang kadang -kadang memberi tugas di luar batas kemampuan saya.?
Namun tugas baru ini memberi saya peluang mengenali hati budi manusia. Diberi peluang menjawat jawatan ketua dan diselia oleh beberapa pegawai atasan banyak mengejar saya erti toleransi dan kesabaran. Dalam prosedur kerja kita memang mengejar hasil produktiviti dan kualiti namun jangan sampai kita berkomunikasi dengan orang lain tanpa perasaan kemanusiaan.
Itu yang saya rasai, alami dan cuba pelajari.
Ada ramai orang apabila berada di atas berasa diri terlalu sempurna sehingga memandang orang lain rendah Ada juga yang berasa jika sebagai ketua dia tidak membesarkan diri maka orang akan memandangnya kecil.Manusia terlalu menjaga penilaian orang lain terhadap dirinya tetapi sering lupa ada penilai lain yang lebih utama...Allah swt.
Sering saya bisikkan pada diri jika kita sedar kita hanya hambaNya maka kita tidak mampu untuk berlagak sombong. Walau ada seribu orang di bawah kita namun kita tetap hambaNya. Saya kenal ramai teman berpangkat besar yang memegang prinsip itu akhirnya menjadi pemimpin hebat yang disanjungi...
Kepada suami terima kasih kerana tetap sabar melayani isteri yang penat dan pulang ke rumah marah -marah. Terima kasih memberi cinta tak putus-putus dan memberi perhatian hujung minggu yang seronok. Terima kasih Aris Ariwatan insan seni yang karyanya menjadi teks dakwah yang indah dan menusuk kalbu.
Saya petik sebahagian lirik beliau
Jangan menangis Habibah
Penatmu itu ibadah....
Isteri yang taat setia
Syahidlah ganjarannya...
Teladanilah wahai wanita
Betapa tabah Siti Khadijah
Luhurnya hebatnya Fatimah
Teladanilah wahai wanita
Selautan ilmu Siti Aishah
Kudusnya takwanya Rabiatul Adawiyah
Subhanallah jauhnya diri saya dibandingkan dengan bidadari-bidadari tersebut!
Gambar bersama insan insan tersayang di Muzium 3D Kota Lukut
Momen ketika bercuti melepaskan tekanan dunia pekerjaan....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan