Indahnya memaafkan. Itulah nikmat yang Allah beri pada umat Islam.
Namun tidak semua tahu memunafaatkan erti silaturrahim,dan kemaafan sesama manusia yang Allah kurniakan.
Pengalaman saya semasa berhari raya baru-baru ini menyedarkan saya bahawa tidak semua manusia mahu merebut peluang itu.
Ada atuk ternanti-nanti
Kini bagai burung kita mampu terbang tinggi dan lebih selesa tinggal di benua lain.
Maaf andai tulisan ini berbau emosi.Saya sekadar menjadi tempat orang-orang tua meluahkan perasaan.
Sambil menghidang ketupat palas,rendang daging ,air mata menitis laju di pipi mereka..
Si anu tak balik..si anu entah ke mana..si anu merajuk tak pulang.
Saya makan juadah enak dengan perasaan tidak enak..
Tidak mahu memihak kepada sesiapa hati saya sekadar tertanya-tanya..
Besarnya keegoan seorang insan hingga tidak sanggup menerima kekurangan dan kelemahan manusia lain darah dagingnya sendiri..
Tidak terkenangkah luasnya pintu keampunan Allah walau dosa kita sebesar gunung sedalam lautan.
Lupakah pada ajaran nabi Muhamad yang mengajar umatnya hidup berkasih sayang, membalas kebaikan walaupun pada insan yang pernah melakukan kejahatan...
Hanya kerana sezarah keegoan kita tidak pulang ke kampung.Hanya kerana sezarah dendam kita larang anak anak kita berhari raya di rumah saudara mara yang pernah bersengketa dengan kita.Hanya kerana sezarah pertelingkahan kita terlupa insan itu pernah kita sayang,pernah kita minum air susunya,pernah kita hidup dengan wang belanja pemberiannya..
Rapuhnya erti kemanusiaan.Besarnya kesan permusuhan..
Saya tatap wajah -wajah tua dengan tangan terketar-ketar menuang air..
Barangkali hayat mereka tidak lama..
Tergamakkah kita membiarkan mereka hidup dalam derita kerinduan dan penantian?
Kerana kita tidak pernah merasa sakitnya kerinduan dan peritnya penantian...
Aidilfitri buat saya bukan sekadar berbaju baru,menukar perabot baru,berlangsir baru dan menghidang aneka juadah enak di atas meja.
Aidilfitri memberi kesempatan dan peluang untuk mengecilkan keegoan dan membesarkan perasaan saling memaafkan..
Buat yang ternanti-nanti wajah seseorang atau merindui insan yang pernah kita peluk cium semasa kecilnya..redhalah
Siapalah kita untuk mengetuk pintu hati manusia lain walau manusia itu darah daging kita sendiri.
Siapalah kita untuk menyeru insan itu pulang mengucup tangan melebur derita penantian
Hati mereka dalam genggaman Allah
Mudah - mudahan ada lagi Aidilfitri buat kita dan insan insan itu saling memeluk,mengasihi dan memaafkan..
Mudah- mudahan..amin
Sekadar hiasan.Gambar Aidilfitri bersama keluarga Mustakim Ahmad dan Umaiyah Dalimun...
Snap gambar depan wakaf waktu malam,banyak kali baru jadi..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan