Ajar saya membaca
Ajar saya menulis
Ajar saya mengira
Terima kash mualimah
Ajar saya solat
Ajar saya mengaji
Ajar saya kenal Allah
Ajar saya kenal Rasulullah
Terima kasih mualimah
Jadi ibu bapa masa saya di tadika
Ajar saya doa makan
Ajar saya berdikari
Ajar saya tabah
Terima kasih mualimah
Ajar saya macam-macam
Hingga saya jadi insan
Terima kasih mualimah
Walau bukan
seorang doktor
Walau bukan
seorang ahli farmasi
Walau bukan
seorang pengurus bergaji besar
Mualimahlah yang membuka
dunia saya yang kecil
jadi besar dan besar...
Terima kasih mualimah
Sajak di atas saya tujukan untuk mualimah di Pasti Imtiyaz Sg Serdang yang telah berjasa mendidik anak saya sehingga tamat pengajian di kelas pra Tahfiz dan akan masuk darjah satu tahun 2016.Alhamdulilah anak saya telah mengguasai bacaan bahasa Melayu, bahasa Inggeris dan Jawi.Daripada seorang anak yang kena gertak dengan sebilah rotan kemudian menangis kalau saya suruh membaca kini dia mampu membaca buku cerita tanpa disuruh-suruh, Semua ini peranan seorang guru atau anak saya panggil mualimah.Sewaktu saya berjumpa guru kelasnya untuk menandatangani buku rekod pencapaian, gurunya yang bersemangat itu berkata. "Anak puan dah boleh membaca bahasa Melayu dan bahasa Inggeris, nanti saya nak ajar Jawi pulak.." Dalam hati saya memuji-muji cikgu muda yang anak saya panggil mualimah Kina itu kerana saya tahu anak saya bukan minat sangat membaca.Walaupun mudah pick up tapi dia lebih gila bermain atau melompat-lompat, Semasa majlis graduasi saya terkejut juga namanya tersenarai antara kanak-kanak yang menguasai 3 bahasa iaitu bahasa Melayu, bahasa Inggeris dan Arab/Jawi. Siapa kata tadika luar bandar tak mampu hasilkan produk cemerlang? Siapa kata guru bukan pekerja profesional.? Waaupun tanpa ijazah seorang guru tadikapun besar impaknya dalam kehdupan insan.Sekarang saya sedang mengasah bacaan muqadam anak saya. Saya dapati tugas saya agak mudah walaupun sebutan hurufnya banyak salah kerana sekurang-kurangnya dia kenal tulisan Jawi.Dengan linangan air mata kalau suami saya yang mengajar mengajipun saya tegaskan juga pada anak saya..Hidup kita sebagai orang Islam harus pandai mengaji al Quran.Kepada anda yang rasa peranan guru itu kecil sehingga sanggup menghina dan membanding-banding dengan kerjaya profesional lainnya fikirlah, kenang kembali. Tanpa guru tadika anda yang tidak berkelulusan tinggi itu, sebaris perkataan untuk menulis ayat inipun anda tidak mampu... Kalau pandai dia tak jadi cikgu, dia jadi doktor ahli farmasi atau engineer (petikan wssup kawan saya). Fikir-fikirkan................
Tiada ulasan:
Catat Ulasan