Cinta..pada saya ia perlu dizahirkan bukan disimpan kemas dalam kamar hati.Bagaimana nak tahu kita cinta pada seseorang? Sudah pasti melalui tindakan, pertuturan,ucapan atau pemberian.Malangnya masyarakat Malaysia kurang pandai menzahirkan cinta..
Menyahut kempen Kibar Jalur Gemilangpun segan.Di kampung saya sendiri sehingga.catatan ini ditulis hanya ada beberapa buah rumah mengibarkan Jalur Gemilang.Rasanya tak sampai 10 buah rumah..Yang lain sepi..tak kisah,tak peduli,tak ada perasaan.Tanpa mengira perbezaan politik Jalur Gemilang seharusnya berkibar megah di rumah.setiap warganegara Malaysia..
Siapa peduli anda orang kuat Dato Najib, atau penyokong.tegar Anwar. Ibrahim atau pengikut setia Lim Kit.Siang hatta Haji Hadi sekalipun..Jalur Gemilang tetap milik anda!
Perasaan nasionalisme dan patriotisme seharusnya mengatasi perasaan kepartian dan assabiyah politik.Tanah merdeka ini hanya sebuah.
Kepada yang darah merahnya menitis di sini kemudian apabila dewasa tega bermain api memperolok-olokkan lagu kebangsaan, memijak-mijak jalur gemilang dan memperolok-olokkan tanah air sendri..cuba anda hantar jasad tubuh anda ke suatu daerah asing yang panas dengan letupan bom, nuklear dan perang menggila. Di sanalah anda harus berdiri tegak dan menyumpah seranah tanah air sendiri. Kita tidak akan menghargai erti merdeka jika tubuh tak rasa hancur dimamah peluru.Kita juga tidak akan mengerti erti sengsara jika kita bukan nasionalis yang bergelut mengusir penjajah.Kepada yang menggelar diri Malaysian namun membenci Malaysia..berhentilah menghina tanah air sendiri...
Kepada yang menggelar dirinya pejuang marilah mengenang persahabatan Dato Onn Jaafar Tun Tan Cheng Lock dan Tun Sambathan. Atas persahabatan merekalah terbinanya jambatan perpaduan.
Janganlah kerana pertelingkahan politik kepartian yang semakin membesar di bumi yang kian membangun ini ,perasaan patriotisme terhakis sedikit demi sedikit..
Pemimpin datang dan pergi, silih berganti namun tanah tempat tumpah darah kita tidak mungkin ada galang gantinya. Hanya satu...Malaysia!
Alangkah seronoknya dan bangganya melihat Jalur Gemilang berkibar di setiap tiang rumah,bangunan dan kenderaan...
Ayuh meriahkan sambutan hari kemerdekaan tahun ini.
Zahirkan cinta anda dengan modal tidak sampai sepuluh ringgit!
Pelajar-pelajar ini menzahirkan cinta dengan hiasan dalaman kelas warna bendera
JalurGenilang di hadapan rumah saya..tanda kempen bersahut!
Pelajar-peajar keturunan India di sekolah saya juga menzahirkan cinta melalui kolum
SEHATI SEJIWA !

Jalur Gemlang berkibar di pintu masuk kelas anak- anak didik saya |