Salam tautan..Cuti seminggu, habiskan masa dengan keluarga,suami dan anak,saya mencuri masa berjumpa dengan sekumpulan pelajar yang menganjurkan aktiviti berkelah di pantai.Tak jauhpun...Pantai Remis.Lebih kurang 10 minit sahaja dari rumah saya. Berjumpa dengan grup 3 Amanah 2013, mereka bekas pelajar kelas saya pada tahun lalu . Lewat wssup kami sering mengaturkan pertemuan,misalnya Aidil Fitri tahun ini mereka mengadakan reunion khas di rumah saya.Kali ini di pantai, buat babeque ayam madu. Sudah besar mereka...tahun ini sudah 16 tahun. Sewaktu menjadi guru kelas mereka saya bergelut menyelesaikan isu main dalam kelas, tidur dalam kelas, kacau kawan dalam kelas, tak hantar buku, tak buat kerja rumah. Tapi tahun ini bertemu mereka, saya nampak suatu perubahan yang nyata. Semua dah besar panjang, dah matang apabila berbicara dan....pastinya dalam hati ada taman.
Menyentuh tentang cinta saya tidak mahu jadi penghalang.Sebab semakin dihalang,cinta mereka akan semakin besar dan membuak-buak. Pepatah Inggeris menyebut If You Cant Fight Them, Accept Them. Di pantai hari itu mereka berbisik pada saya " Cikgu Amar couple dengan Amirah. "Namun mereka tahu dan pasti siapa saya dan bagaimana pendirian saya. Berkali-kali saya katakan "Cinta sebelum nikah amat mahal jika tanpa sentuhan! " Jadi si Amar (bukan nama sebenar)duduk jauh setakat melihat si Amirah (bukan nama sebenar) bermain -main di gigi air. Si Amar ( watak benar-benar wujud) merupakan seorang lelaki sejati. Dia tidak memperlihatkan cintanya melalui kata-kata. Cukup dengan perbuatannya. , diam dan memerhati. Sementara si Amirah ( watak benar-benar wujud) tenang dan tidak pula tergedik-gedik apabila berjumpa si Amar. Idealnya cinta mereka.....
Satu pasangan lagi sangat mencuit hati. Si Ahmad (bukan nama sebenar)dan si Sarah (bukan nama sebenar) bercakap tak henti-henti, tapi bukannya apa,sekadar usik-mengusik yang biasa, tak ada nada yang membuat kita geli geleman atau sakit hati. Cinta anak muda seusia mereka dari perspektif mata saya bukan semuanya negatif!
Beberapa tahun lalu saya pernah mendapat panggilan telefon daripada bekas pelajar saya yang minta saya menemankan dia untuk meluahkan perasaan pada rakan sekelasnya. Masa itu peperiksaan SPM sudah selesai, jadi pelajar lelaki ini berpendapat inilah masa yang sesuai untuk dia meluahkan perasaan. Apabila sampai di tempat yang dijanjikan pelajar lelaki itu duduk di sebelah saya bertentangan dengan pelajar perempuan itu. ""Cikgu,tolong cakap!" Saya terkejut....Dalam hati saya bangga dan teruja dia benar-benar faham dan ikut apa yang saya selalu cakap di dalam kelas. Cinta sebelum nikah amat mahal tanpa sentuhan.Cinta bukan dosa. Perbuatan manusia yang bercinta itu yang menjadi dosa. Cinta yang dipendam dapat pahala! Pernyataan ini saya ulang berkali-kali menjadi anafora dan epifora yang sebati dalam jiwa anak-anak didik saya!
Jika ada insan dewasa yang meluat melihat gelagat anak anak di bangku sekolah , hidung berhingus sudah bercinta .Cuba fikirkan, siapa yang menyuburkan perasaan ingin bercinta itu? Media massa menerusi TV ,filem saban hari memilih tema cinta. Cinta...cinta...cinta! Belum lagi lambakan novel cinta yang mengundang rasa romantis,dan erotis. Ditambah nyanyian lagu-lagu yang berkumandang di radio atau di televisyen.
Mencintaimu....seumur hidupku! (Sebaris lirik dari lagu Ruth Sahanaya)
Selain lagu nasyid atau lagu puisi yang bertemakan kemanusiaan, kasih sayang, alam sekitar ,lagu lain yang mengiringi dan menemani perjalanan hidup anak-anak kita yang masih muda,mentah dan putih kanvasnya
semua bernada cinta! Jarang ÿang bernada patriotik,motivasi, membina jati diri, memupuk cita-cita kecuali sebuah dua lagu. Jadi kenapa kita marah-marah dan terasa gedik apabila melihat remaja bercinta?
Jika kita marah dengan gelagat anak anak setahun jagung ini bercinta bandingkan pula dengan sikap anda yang tua lali bangka masih mengejar cinta di luar rumah, masih menduakan pasangan dan masih berwssup dan berwechat dengan bekas kekasih lama! Malukan.....kerana anak anak membesar dalam dunia orang dewasa,jadi kitalah yang anak-anak itu lihat sebenarnya!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan