Telah dtakdirkan aku menjadi seorang guru, telah ditakdirkan sekolah menjadi duniaku, sesungguhnya bukan pangkat bukan gelaran bukan anugerah cemerlang yang aku buru, namun kepuasan datang bertamu apabila aku berjaya mencorakkan warna kehidupan seorang insan, merekalah amanah Allah untukku.....anak didikku ....KANVAS CINTAKU
Pengikut
Isnin, 29 September 2014
Khamis, 18 September 2014
MONOLOG ROH DARI UKRAINE (versi video) Khas buat seluruh rakyat Malaysia yang bersatu dalam kepiluan
Titipan istimewa buat Anwar Cool (Lelaki Melayu Terakhir ,orang kuat disebalik pembikinan video)
Asfar dan Syafik {mentor saya dalam dunia siber }
Jua buat anakku Ahmad Solihin yang permah melontarkan dialog kanak-kanaknya
" Solih tak boleh fikir macamana nak tolong MH 370"
"Kenapa?" tanya saya.
"Sebab dia jatuh kat lautan "
"Lautan mana?" tanya saya lagi
"Lautan Hindi" jawabnya yakin
Terkejut saya apabila kanak-kanak seusianya sudah memikirkan dan merasai tentang tragedi Mh 370
Kepada rakyat Malaysia teruskan berdoa untuk keluarga mangsa MH 370 dan MH 17 -Hanya syurga balasan buat penderitaan dan malapetaka yang diterima dengan tabah.......
(CATATAN : Video boleh dilihat di skrin PC kerana formatnya dibuat sedemikian)
Rabu, 17 September 2014
Cerita Sebuah Pantun
Sungguh indah bunga melati,
Dihias orang atas batang,
Jika ada kesudian hati
Saya jemput silalah datang.
Pantun di atas menghiasi kad jemputan walimatul urus salah seorang bekas pelajar saya.Menguntum senyum di bibir .Pantun di atas menggamit kenangan saya bersamanya.
Anjing tersepit di celah pintu
Biawak duduk di batu bata
Sungguh sedih yatim piatu
Tiada kasih hidup derita.
" Nasir berapa kali saya cakap,jangan guna binatang ganas dalam pantun.Banyak binatang lain macam rusa, pelanduk, burung kenari,burung cenderawasih....indah disebut, ini awak guna anjing,biawak. Dahlah tu anjing mati tersepit.....Aduh tak puitis langsung pantun,seram, cuba awak baca.Ada keindahan tak? " Saya mencampakkan kertas kerja rumahnya.
" Apa salahnya cikgu....guna perkataan haiwan macam anjing,biawakkesian binatang ni dahlah tak handsome...tak boleh guna pula dalam pantun...!" Dia tersengih-sengih memandang saya. Rakan-rakannya di kelas 4 Sastera 2 gelak terbahak-bahak.
" Kita buat pantun serius jangan guna unsur lawak dalam pembayang,kalau nak guna perkataan anjing,biawak, nanti bila buat pantun jenaka..."
"Tulah cikgu fikir serius je...sampai sekarang tak kahwin!" Matanya bulat memandang saya.Suara ketawa kembali bergema memenuhi ruangan bilik darjah' Dia memang berani.
Kepetahannya berhujah dan membuat lawak bodoh menyebabkan rakan-rakan sekelas amat menyukainya. Tapi dalam kalangan cikgu-cikgu ramai yang meluat. Ramai yang menggelarnya Ketua Samseng sebab bakatnya selain bercakap, ialah mengugut kawan dan membelasah kawan. Tak mungkin saya lupa pada anak murid saya yang seorang ini. Masa mengajarnya,saya masih bujang dan belum berkahwin.
Apabila saya mengajar dia jarang fokus.Mulutnya bercakap tak henti-henti.Saya bosan melayan soalan-soalan bodohnya,Tapi di luar waktu kelas setiap kali saya lalu di sebelah kelasnya dia akan melaung ....."Cikgu Aida ....I luv u"
"Suka hati saya kahwin ke tak kahwin,kamu tu hidung masih berhingus, cakap tak beradat!"\Muka saya merah padan menahan marah.
" Betullah cikgu....cikgu ni serius je cuba senyum sikit..." Dia tetap berani mengusik saya.
Hati saya langsung tak terusik dengan kata-katanya.Meluat lagi ada.Cepatlah habis masa saya sudah tak tahan mengajar di kelas itu ( Maklumlah ketika itu saya masih belum matang,rendah aras ketahanan mental)
Namun apabila mendapat tahu saya akan berpindah ke negeri Selangor kerana permohonan bertukar diluluskan dia orang yang paling sedih. Berkali-kali dia datang berjumpa saya dan minta maaf.Matanya berkaca-kaca.
" Sampai hati cikgu tinggalkan saya, lepas ni siapa nak ajar pantun,siapa nak ajar Sastera!. Sampai hati orang yang saya sayang pergi tinggalkan saya"
Apabila saya melihat kad undangannya beserta pantun di atas saya tahu dan yakin dia memang benar sayangkan saya.Lihatlah baris pembayangnya ...tiada lagi anjing dan biawak! Saya tersenyum puas !

Jumaat, 12 September 2014
Titanic, Venice dan Asnol.....
Siapa pernah tengok filem Titanic? Siapa watak utama filem Titanic? Bagamana watak utama iaitu Jack boleh naik dalam kapal Titanic? Kenapa watak Jack berada di tingkat bawah kapal Titanic sedangkan Ross di tingkat atas? Kapal Titanic bergerak dengan menggunakan kuasa apa?
Soalan soalan yang merangsang kemahiran berfikir seperti di atas merupakan set induksi yang paling sesuai untuk kelas Sejarah yang pelajarnya suka mengantuk di dalam kelas!Apatah lagi jika cikgu mampu memperdengarkan lagu Celine Dion My Heart Will Go On.
Relevannya dengan sukatan pelajaran Sejarah Tingkatan 4 tajuk Penjelajahan dan Pelayaran Eropah.
Pertama kesemua pelajar akan menjawab pernah mennton sebab filem hebat arahan Steven Spielberg ini amat popular. Watak utama ialah watak Jack . Cara Jack naik kapal Titanic ialah selepas memenangi tiket loteri,dalam erti kata lain dia berjudi!
Kapal Titanic ada 2 tingkat,ini menggambarkan susun lapis dalam hieraki masyarakat Eropah pada zaman dahulu. Kapal ini digerakkan oleh kuasa wap.Wajah Jack yang cemas,berlari-lari mengejar kapal di pelabuhan menggambarkan semangat inkuiri (ingin tahu) yang membara dalam diri masyarakat Eropah yang bermula sejak zaman Reinnaisence lagi. Semangat inkuiri inilah yang menggerakkan masyarakat Eropah menjadi penjelajah dan pelayar agung di dunia!
Filem Titanic itu sendiri amat dekat di hati pelajar. Janganlah marah jika ada pelajar menjawab babak yang paling saya ingat ialah babak ketika Jack melukis gambar Ross! Mungkin pelajar itu ialah pelajar yang paling jujur sebab dia tidak takut menunjukkan true coloursnya,walaupun kawan kawan lain ketawa berdekah-dekah,padahal mereka juga mungkin teruja dengan babak itu!Peranan kita sebagai guru ialah meniupkan api kesedaran mengajak mereka melihat dunia tapi dengan tapisan keimanan dan jati diri yang kuat!
Di sekolah saya pelajar pelajar tidak ada masalah dengan mata pelajaran Sejarah. Ketua panitia kami ,Puan Normawati Mohd Panut menggerakkan minda pelajar dengan kempen Saya Wajib Lulus Sejarah!
Cara guru mengupas tajuk sejarah yang sukar digambarkan dengan dimensi minda masa kini harus menggunakan medium seperti filem,dokumentari dan bahan berupa visual .
Walaupun merupakan matapelajaran wajib lulus, amat rugi jika guru hanya mengorientasikan ia ke arah peperiksaan kerana suntikan nilai dalam mata pelajaran ini amat tinggi. Saya beri contoh semangat inkuiri dan keberanian dalam diri masyarakat Eropah melonjakkan masyarakatnya menjadi masyarakat termaju di dunia!
Alangkah eloknya jika anda semua ada semangat inkuiri! Sebab itu dalam kelas sejarah saya wajibkan pelajar bertanya soalan jika tidak saya yang akan mengajukan soalan! Terkulat -kulat mereka mencipta soalan sebab jika diberi pilihan saya sendiri lebih suka bertanya dari menjawab soalan!
Saya sering mencabar pelajar dengan tujuan mengirim nilai ke dalam diri mereka secara imbas muka!
Contohnya semasa mengajar tentang kemunculan bandar bandar seperti Venice dan Milan pada Zaman Pertengahan saya akan tunjukkan kota Venice yang cantik sebagai pilihan utama pasangan berbulan madu!
Saya tanya pada pelajar perempuan "Kamu suka tak honeymoon di Venice"Dengan wajah bersemangat pasti dijawabnya suka cikgu!
"Tapi Mai kalau setakat kahwin dengan Asnol jangan harap dapat pergi honeymoon di Venice, entah entah pergi Pantai Remis( pantai Remis terletak tak jauh dari sekolah kami)
Berderai-derai tawa pelajar dalam kelas 4 Amanah walaupun masa saya mengajar itu last period!
Bulat mata Asnol , anak murid saya yang dahulunya nakal ( sekarang alhamdulilah dah jadi a man with a vision,ada kisah antara kami) memandang saya! Terbeliak biji matanya....dengan geram dia berkata
"Amboi cikgu...agak agaklah....ingat saya tak mampu ke?" Lagilah kuat gelak tawa rakan-rakan sekelasnya!
Ada yang menyampuk "Cikgu jangan pandang Asnol sebelah mata"
Di sinilah saya mula mencucuk jarum suntikan maut "Belajar rajin rajin, nanti boleh bawa isteri hneymoon di Venice. Kalau tak honeymoon je kat Parit Mahang, Bukit Kerayong atau Bukit Kuching( nama-nama kampung pelajar saya)!
Saya pasti sedikit sebanyak saya menggerakkan minda imbas muka pelajar ke arah membayangkan momen momen manis masa hadapan!
Selalu saya tutup sesi kelas Sejarah saya yang tadinya hingar bingar dengan gelak tawa" Hidup ini perjuangan, dari sekarang apa yang kamu usahakan akan jadi sejarah masa hadapan kamu"!
Mereka terdiam kerana saya menyampaikan dengan merenung jauh ke dalam anak mata mereka !
"Jika kita tekad ,kita boleh jadi seperti bangsa Eropah yang sanggup menggadai nyawa meredah lautan meneroka ruang angkasa lepas semata mata kerana mahu jadi bangsa yang mampu mencapai Gold,Gospel dan Glory"!
Mereka kelihatan termenung sendiri! Biarlah.....

Khamis, 11 September 2014
PUISI UNTUK BUDAK SASTERA ( 4 Dinamik dan 4 Efisien SMKJERAM)
Kita budak Sastera
Kenapa cakap bodoh membodohkan
Kita budak Sastera
Kenapa sering bangang membangangkan
Kita budak Sastera
Kenapa saling sakit-menyakiti
Kita budak Sastera
Kenapa hidup benci membenci
Kita budak Sastera
Kenapa cepat benar mengalah
Kita budak Sastera
Kenapa tak patuh ibu dan ayah
Kita budak Sastera
Kenapa cinta dijual murah
Kita budak Sastera
Kenapa rendah harga diri
Kita budak Sastera
Kenapa tidak kenal Ilahi
Kita budak Sastera
Kenapa tidak kasihkan nabi
Kita budak Sastera
Kenapa kata tidak dikota
Kita budak Sastera
Kenapa bintang tak bisa digapai
Kita budak Sastera
Kenapa rumput dipandang sepi
Kita budak Sastera.........
Kenapa cakap bodoh membodohkan
Kita budak Sastera
Kenapa sering bangang membangangkan
Kita budak Sastera
Kenapa saling sakit-menyakiti
Kita budak Sastera
Kenapa hidup benci membenci
Kita budak Sastera
Kenapa cepat benar mengalah
Kita budak Sastera
Kenapa tak patuh ibu dan ayah
Kita budak Sastera
Kenapa cinta dijual murah
Kita budak Sastera
Kenapa rendah harga diri
Kita budak Sastera
Kenapa tidak kenal Ilahi
Kita budak Sastera
Kenapa tidak kasihkan nabi
Kita budak Sastera
Kenapa kata tidak dikota
Kita budak Sastera
Kenapa bintang tak bisa digapai
Kita budak Sastera
Kenapa rumput dipandang sepi
Kita budak Sastera.........
Rabu, 10 September 2014
Puisi Untuk Anak Lelakiku
Jika suatu hari nanti kau telah bergelar lelaki dewasa
Jangan lupa waktu kecil kau pernah bermain bersama mama
Jika suatu hari nanti kau telah jatuh hati
Jangan lupa ada adat yang perlu kau batasi
Jika suatu hari nanti kau telah bergelar suami
Jangan lupa ada wanita lain yang lebih dulu kau cintai
Jika suatu hari nanti kau sudah bergelar ayah
Jangan lupa kau pernah hidup dalam dakapan kasihnya!
Jika suatu hari nanti kita perlu berpisah
Jangan lupa detik detik indah ketika kita bersama
Jika suatu hari nanti kau resah gelisah
Jangan lupa di bahu mamalah kau rebahkan semua
Jika suatu hari nanti kau perlu memilih dua persimpangan yang payah
Jangan lupa di mana jalanmu bermula
Jika suatu hari nanti cintamu kecundang
Jangan lupa ada cinta lain Yang Lebih Utama!
Jika suatu hari nanti kau terasa ingin menangis
Jangan lupa suatu ketika dulu mamalah yang memujukmu
Jika suatu hari nanti kau diuji dengan kerinduan
Jangan lupa mengenang ayah dan mama dalam doa dan harapan!

Isnin, 8 September 2014
Hanya Kerana Dia.......
Kisah ini sudah lama berlalu, namun ingatan saya pada wataknya tidak pernah padam. Selepas mengenalinyalah saya menukar pandangan mata tempurung saya kepada pandangan mata burung! Benar walaupun sering kali kita diingatkan bahawa setiap anak yang lahir ke dunia bagai kanvas putih yang belum dicorakkan namun lazimnya manusia akan memberi warna andaian mereka sendiri pada kelahiran anak anak tersebut !
Anak murid saya ini diberi nama Salman bin Abdullah.Dia sangat sopan , berbudi bahasa dan pandai membawa diri. Ayat ayat seperti "Cikgu maafkan saya, " "Cikgu izinkan saya keluar " sentiasa meniti di bibirnya.Dalam hati saya memuji, baik budak Salman ni.
Suatu hari dia menumpang kereta saya. Dia rancak berbual .Katanya dia anak yatim piatu. Bapanya meninggal dunia kerana ditembak kawan sewaktu berburu. Ibunya pula meninggal dunia seminggu kemudian kerana terkejut dengan kematian bapanya! Ceritanya diulang ulang banyak kali kepada saya dengan tenang dan tanpa ada perasaan. Saya terfikir juga....hebat budak ini ,tidak ada segaris kesedihan sewaktu menceritakan kisah ibu bapanya! Namun saya cepat cepat sedar. Ah lelaki, mana tahu erti kesedihan.
Apabila dia memberitahu dia tinggal berdua dengan nenek di rumah PPRT , saya pun membuat keputusan."Salman naik kereta sayalah tak payah naik bas, duit tambang bas simpan"Dia gembira dengan pelawaan saya .Barangkali kesepian tanpa belai kasih ibu menyebabkan dia menumpahkan suka dukanya kepada saya!Kisah dia ikut nelayan turun ke laut kerana mencari duit belanja sekolah. Kisah kakinya luka terpijak duri semasa mengait buah kelapa sawit ! Kisah dia belajar masak asam pedas dari neneknya dan macam macam lagi yang dikongsi sewaktu dia naik kereta saya! Pandai dia bercerita, menyusun bait bait kata.Sopan dan penuh kemesraan.
Pagi pagi di tepi jalan neneknya menunggu sampai kereta saya datang.Kelihatan dia bersalaman dengan neneknya. Neneknya pula akan melambai-lambai tangan kepada saya! Episod pergi dan balik sekolah bersama Salman berlangsung beberapa bulan. Sehinggalah suatu hari ........
Salman kemalangan. Motorsikal buruknya yang ditunggang sewaktu meronda ronda sekeliling kampung terbabas ke dalam semak. Akibat kemalangan itu dia terlantar tidak boleh bangun. Saya pun terus singgah ke rumah neneknya.Maka terbongkarlah kisah hidup Salman yang sebenar!
Kata nenak Salman, dia bukan anak yatim piatu. Ibunya anak kandung nenek Salman meninggalkan Salman sejak dilahirkan!Ayahnya bukan Abdullah tetapi satu nama lain. Ayahnya seorang graduan universiti begitu juga dengan ibunya!
Nama Abdullah itu diberikan kerana dia anak luar nikah! Saya ternganga mendengar cerita nenek Salman! Dalam hati saya menyumpah seranah! Sampai hati Salman tipu saya. Sudahlah kisahnya saya percayai bulat-bulat bahkan saya ceritakan pula pada kawan kawan rapat yang turut bersimpati dengan budak handsome dan berbudi bahasa itu.
Semasa neneknya bercerita Salman tidak mendengar kerana ketika berbual itu lokasinya di luar rumah !
Saya pulang ke rumah dengan perasaan geram,marah,sakit hati! Dasar anak luar nikah, pandai berlakon ! Dia boleh tipu saya bulat-bulat! Harap muka saja handsome,perangai....saya marah marah dalam hati!
Beberapa bulan kemudian dia masih tidak datang! Ah! lantaklah...saya malas ambil pusing! Saya benar-benar dendam kerana pembohongan itu!
Namun suatu hari ketika melntas di hadapan rumah neneknya setitis rindu datang menjengah! Apa khabar agaknya dia! Teringat pada gelagat dan kepetahannya berceloteh! Teringat matanya yang bulat dan alisnya yang lebat!
Teringat semua tentang dia......
Rupanya dia sudah lama sembuh! Dia tidak mahu bersekolah lagi.
"Cikgu dah tahukan siapa saya?"
Saya jadi terkedu. Tidak sepatah kata terbit di bibir.
Tiba tiba hati lelakinya yang keras jadi cair! Air mata bergenang di kelopak matanya!
"Ayah saya tak meninggal kerana ditembak kawan!Mak saya pun bukan mati terkejut...."
"Sudahlah Salman, lupakan semua tu......"
"Tak semudah itu cikgu, tengok sekarang saya hidup dalam dunia khayalan!Saya cipta cerita supaya saya ada maruah , ada harga diri"
Itulah hari yang saya rasa paling sepi! Paling terpukul dengan ucapannya!
"Orang benci saya sebab nama saya Salman bin Abdullah"
Saya terasa bagai bongkah besar menghempap tubuh! Kata kata itu layak ditujukan kepada saya!
Bukankah saya mula membencinya hanya kerana tahu dia anak luar nikah. Pembohongannya hanyalah tentang ibu bapanya....Yang lain lain dia masih remaja yang jujur,ikhlas,sopan,berbudi bahasa!
Ya Allah mudahnya saya menghukum dan membenci orang lain!
Salman bin Abdullah sesekali kelibatnya saya lihat bekerja di sebuah stesen minyak tak jauh dari rumah!
Dia tidak mahu bersekolah lagi! Neneknya kata sebab dia mahu bekerja cari duit sendiri! Puas saya berulang alik ke rumahnya menasihatinya agar datang ke sekolah semula namun tidak langsung terkesan di hatinya! Barangkali terlalu lama hidup sendiri tanpa belai manja ibu ,tanpa hangat mesra ayah hanya dalam dakap belai seorang nenek tua,Salman jadi seorang yang hanya mahu mendengar kata hati sendiri! Itu kesimpulan saya!
Lantera cinta saya pun tak sebesar mana, ia malap dan padam hanya kerana saya terlalu cepat membenci tanpa berusaha menghidupkan pengertian dan simpati!
Kenangan bersama Salman bin Abdullah masih berbekas dalam hati manusia yang tidak tahu erti kemanusiaan ,erti kecewa,erti rindu dan erti derita! Sayalah orang itu! Walaupun Salman tidak tahu saya pernah membencinya hanya kerana imaginasinya yang melampau namun saya sendiri amat mengerti dan tahu bahawa perasaan itu pernah ada padanya! Hanya kerana dia ......

Sabtu, 6 September 2014
Farid, Nazrin ,Adam dan Aisyah (Kami Gembira Belajar Sastera)
Saya ingin menyambung artikel Saya Sedih Belajar Sastera dengan tajuk yang kontra Saya Gembira Belajar Sastera.Untuk menukar persepsi pelajar tentang subjek Sastera memerlukan banyak pemahaman, pengorbanan dan hati yang cekal tanpa kenal erti putus asa!
Saya cuba memahami pelajar. Mereka hidup bukan pada zaman filem P Ramlee yang kaya dan sarat dengan nilai kemelayuan dan budaya bangsa. Mereka dewasa dengan alunan lagu lagu K Pop , Hip hop dan lagu Melayu yang bukan Melayu. Jadi saya tidak akan marah membabi buta jika mereka begitu asing dan seolah-olah tidak tahu apa itu syair, gurindam, pantun dan seloka! Tajuk tajuk puisi klasik ini tidak akan saya sentuh pada awal sesi pembelajaran! Saya simpan sehingga mereka betul betul jatuh cinta pada saya !
Biasanya saya akan mula dengan mengajar novel atau cerpen. Bulan pertama mengajar saya tidak akan ikut sukatan ! Saya lari sekejap dari landasan dengan strategi biar mereka tahu dan benar benar faham kenapa mereka perlu belajar Sastera. Saya akan tanya cita cita dan impian mereka. Penting kerana bukan semua pelajar naik dalam gerabak keretapi yang betul! Ada pelajar yang saya jumpa dalam kelas Sastera menyebut cita citanya doktor! Tersentak saya dibuatnya.
Bulan pertama mengajar Sastera saya buat kajian drama apa dan lagu apa yang pelajar tonton dan dengar. Contohnya jika pelajar obses dengan drama Rindu Awak 200% maka saya akan hanya bercerita tentang drama itu , pelakon pelakonnya, lagu-lagunya, dan babak babak ysng sangat mereka gemari. Jika mereka penggemar drama Korea maka saya juga akan searh drama Korea. Saya tidak mahu ketinggalan dalam dunia mereka!
Bercerita tentang lagu pula, para pelajar era sekarang suka sangat dengan lagu lagu rock kapak! Mungkin pengaruh radio Sinar yang didengar oleh ibu bapa mereka membuatkan mereka selesa dengan nyanyian Slam, Bloodsheed, Wings, Iklim , BPR dan lain-lain. Barangkali juga pengaruh Kilauan Emas terbitan Astro memukau minda remaja untuk menyelami dunia rock kapak Melayu. Saya ada beberapa orang murid yang obses dengan lagu lagu rock kapak antaranya Adam ,Farid, Nazrin dan Aisyah Kesemua anak murid saya inilah yang saya jadikan sebagai Bahan Bantu Mengajar yang hidup sewaktu mengajar puisi di dalam kelas!
Apa tidaknya lagu lagu rock kapak kaya dengan bahasa perlambangan,pensonifikasi,metafora, anafora, hiperbola dan sebagainya.
Maka Farid , Adam , Aisyah atau Nazrin akan menyanyi atau saya akan membawa laptop yang saya telah muatnaik lagu-lagu rock kapak. Kalau orang lalu di sebelah kelas saya pasti akan mengumpat Apa cikgu ni? Mengajar Sastera ke mengajar menyanyi! Para pelajar akan bertepuk tangan apabila mendengar lagu lagu ini dibawa masuk ke dalam kelas! Saya fikir biarlah fenomena di luar kotak ini berlaku asalkan para pelajar gembira dan jatuh hati pada saya! Kebetulan saya juga boleh menyanyi , maka jadikah saya a singing teacher! Pelajar pelajar ini ada yang panggil saya Ella atau Siti Nurhaliza! Walaupun saya tahu saya tidak secantik dan semerdu suara Ella atau Siti Nurhaliza sekurang-kurangnya saya popular di mata mereka! Saya harus jadi popular sebab saya tengok orang popular ni cakapnya didengar orang, pengikutpun ramai! Maka tidak salah jika saya mempopularkan diri dalam kalangan pelajar!
Sambil menghayati lagu lagu rock kapak saya akan menerangkan maksud anafora,epifora,metafora dan lain lain secara santai dan tanpa tekanan! Teringat kata En Jagan Morgan dari Saba Publications yang menerbitka modul untuk kanak kanak prasekolah ....Berikan ilmu pada anak anak dalam suasana gembira tanpa tekanan,tanpa ketakutan !
Pemahaman pelajar tentang unsur gaya bahasa ini sangat penting kerana tanpa pemahaman ini para pelajar Sastera tidak mampu menjawab soalan unsur gaya bahasa dalam puisi dan soalan KBAT mencipta sajak. Kesimpulannya sajak yang tidak digemari oleh pelajar itu saya kuak pintunya melalui lagu dan liriknya.
Bulan pertama mengajar ialah bulan peperangan psikologi dengan pelajar.
Saya akan pastikan tidak seorangpun tidur di dalam kelas Sastera! Juga tidak seorangpun keluar masuk tandas.
Anak murid saya yang suka tidur di dalam kelas seperti Mohd Amir Musa pernah terkedu apabila saya deklamasikan sebuah sajak yang bertajuk Puisi Untuk Anakku Amir dalam dewan sekolah semasa saya mempengerusikan pertandingan deklamasi sajak.Antara lain baitnya berbunyi
Amir, tahukah kau erti merdeka (rangkap 1)
Kalau kau tahu bangkitlah
bangunlah anakku,
jangan lagi tidur di dalam kelas ( rangkap akhir)
Peristiwa ini membuatkan dia gembira kerana dia tahu dirinya penting buat saya dan beerti buat saya walaupun dia suka suka tidur di dalam kelas! Semenjak itu walaupun mengantuk kerana sebelah malamnya bekerja ( sisi lain hidupnya dia merupakan anak yang sangat taat pada ibu dan bertanggungjawab kerana ibunya ,ibu tunggal) , dia tidak pernah tidur lagi! Dia akan memandang wajah saya dengan senyuman tidak percaya bahawa saya telah mencipta sajak khusus untuk dirinya dan mendeklamasikannya di hadapan kawan-kawannya! Wah glamour gitu!
Ada banyak lagi kenangan manis saya sebagai guru Sastera yang berjuang mempopularkan Sastera Melayu agar tidak pupus dan dijauhi oleh pelajar!
Hari ini dengan peperangan psikologi yang saya lancarkan saya tahu saya sudah memenangi hati sebahagian besar pelajar.
Bersama ketua panitia merangkap sahabat baik saya Zuzana Abdullah kami menjual produk yang dahulunya tidak laku dengan pendekatan ala ala jualan langsung! Kami lancarkan program tahunan Perkampungan Sastera, yang dimulakan dengan kempen, motivasi dan diakhiri dengan kudapan enak, dan bungkusan bungkusan hadiah ! Kami akan pastikan setelah pulang dari kem ini mereka tidak lagi merungut Saya Sedih Belajar Sastera sebaliknya dengan semangat yang baru Saya Gembira Belajar Sastera!
Coretan hati anak anak didik saya selepas menghadiri Kem Sastera,
Kelas 4 Efisien SMK Jeram,coretan seperti ini memenuhi dinding
belakang kelas mereka!

Jumaat, 5 September 2014
Azwa, Awak Tak Rabun Tapi Saya Yang Buta!
Pagi tadi sewaktu turun dari kereta saya disapa oleh seseorang.Gadis berbadan kecil dan berkaca mata itu menegur dengan ramah.Assalamualaikum...cikgu.Senyuman lebar mengiringi salamnya yang kedengaran sangat mesra dan bukan dipaksa!
Hei apa khabar? Lama tak jumpa awak. !Aku menyambut salam ucapannya dan salam tangannya sekaligus! Kami berbalas senyuman! Rindulah,lama tak jumpa,ujar saya lagi. Memang sejak dia naik ke Tingkatan 4 saya jarang dapat berjumpa dengan gadis ini kerana jadual mengajar tidak tersenarai kelasnya!
Cikgu yang menghilangkan diri, sayapun rindu! Gadis itu melafazkan kerinduan dengan wajah yang bercahaya! Saya memandang wajahnya yang berkaca mata! Peristiwa tahun lalu menjengah kotak memori saya! Tahun lalu seperti biasa saya diarahkan mengajar kelas paling akhir tingkatan 3 dengan majoriti pelajarnya buta huruf! Mungkin kedengaran aneh ada lagikah anak anak buta huruf di sekolah menengah! Ya....masih ada, masih berbaki.
Kelas bahasa Melayu yang saya ajar lebih kepada kelas Pemulihan Membaca ! Saya menggunakan bahan bahan anak saya dari kelas pra sekolah untuk sebahagian kecil pelajar kelas ini yang saya kenalpasti ialah kanak kanak lembam, disleksia atau hiperlesia! Suatu peristiwa yang sangat menyentuh hati berlaku di kelas ini.Anak murid saya seorang anak yatim piatu hanya tahu mengeja namanya sendiri Sofian manakala nama bapanya Arif tidak boleh lekat dalam memorinya! Suatu hari saya memarahinya debgan suara melengking tinggi! Apalah kamu ni....nama ayahpun tak boleh nak ingat!A R I F, Arif . Saya mengulang sebutan huruf! Dia mengaru-garu kepala yang tidak gatal kenudian saya lihat wajahnya sayu sangat...seolah olah dia berkata. Cikgu saya memang tak boleh ingat.....kalau cikgu pukul saya setengah matipun saya memang tak boleh! Saya mengucap panjang! Minda sedar saya membuatkan saya kembali tenang,tapi hati berdetik sayu teramat!Ya Allah Safuan bin Arif macam mana cikgu nak tolong kamu lagi?
Berbalik kepada cerita gadis tadi,namanya Azwa. Dia seorang yang lincah,suka tersenyum dan banyak cakap! Dia suka ke hadapan , menjawab soalan walaupun dia tidak pasti jawapannya betul atau salah! Cuma saya perasan apabila menyalin sesuatu dari buku atau papan hitam, dia selalu salah tulis!Sayapun marah-marah! Kamu ni kenapa....lain cikgu suruh salin lain yang kamu salin, lain yang saya tulis,lain pula yang kamu tulis! Saya tak nampak cikgu! Alasan , duduk depan boleh cakap tak nampak! Betul cikgu saya tak nampak! Berkali-kali dia mempertahankan diri! Dalam hati saya berkata, entah entah dia disleksia, sebab itulah membacapun dia merangkak-rangkak! Suatu hari semasa rehat saya tidak keluar dari kelasnya kerana saya berpuasa jadi saya tunggu loceng selepas rehat untuk pergi ke kelas sebelah! Diapun tidak ke mana-mana! Azwa pergi rehat....tak lapar? Dia hanya tersenyum ! Tak apalah cikgu saya biasa tidak turun ke kantin! Sebab itulah badan awak kurus keding,pergi kantin....nah cikgu bagi duit,hari ini saya belanja! Saya berkata tegas!
Eh tak naklah cikgu....saya ada duit! Tak apa saya sedekah hari ini ,kata saya lagi!Wajahnya berkerut-kerut memandang wajah saya! Saya hairan kenapa budak ini? Baik sangat kah atau berlagak kah sebab tidak mahu dibelanja!
Oleh sebab dia berkeras tidak mahu ke kantin saya menukar topik! Azwa saya nak awak pakai cermin mata sebab saya rasa awak ni rabun,menulis atau menyalin huruf entah apa apa.
Saya memang nak pakai cermin mata cikgu tapi duit yang saya kumpul belum cukup! Berapa yang tak cukup ? Tanya saya lagi....Entah cikgu ayah saya cakap paling kurangpun kena tambah seratus ringgit lagi!Saya mengeluh!Dalam hati saya menyumpah seranah! Ayah apa, tak bertangggungjawab.cermin mata anakpun tak mampu beli!
Seminggu selepas itu dia membawa wang yang dijanjikan untuk ditunjukkan kepada saya! Saya terkejut yang teramat! Azwa kenapa banyak sangat duit seringgit ,duit syiling ?Berapa ni, macam mana saya nak kira! Cikgu semuanya RM 156.50 sen. Ini duit raya cikgu saya kumpul dari sekolah rendah darjah 6! Ya Allah....hatiku terasa bagai digigit-gigit! Azwa awak tak rabun, tapi saya yang rabun! Rabun hati dan perasaan ! Sudah 6 bulan mengajar kenapa baru seminggu saya bertanyakan soalan awak boleh nampak ? Atau siapa ada masalah penglihatan?
Patutlah dia tidak mampu membaca dengan lancar!
Saya menahan air mata yang bergenang mahu menitis! Azwa maafkan cikgu, bukan awak yang buta huruf,cikgu yang buta hati,buta perasaan! Saya bermonolog sendirian!
Beberapa hari kemudian saya membawanya ke kedai cermin mata ! Saya beritahu PK HEM sekolah cerita Azwa,duit raya dan cermin mata yang diimpikannya!
PK HEM saya turut menitiskan air mata! Dia berjanji akan membantu menampung wang yang kurang dengan membuat permohonan dana PIBG sekolah!
Apabila menghantarnya pulang selepas menempah cermin mata saya berasa sangat pilu! Azwa tinggal di rumah yang boleh dipanggil gerobok hanya berdua dengan ayahnya yang cacat,tempang sebelah kaki! Ibunya meninggalkannya kerana berkahwin dengan lelaki lain!
Sehingga hari ini setiap kali melihat kelibat gadis tabah ini dengan kaca mata barunya hati saya akan berkata-kata .Tidak semua manusia di dunia ini mengecap erti kebahagiaan,kesempurnaan dan kasih sayang .Tidak semua juga insan di dunia ini dapat berkongsi kesedihan dan kesengsaraan dengan orang lain! Alangkah baiknya jika semua orang menghidupkan kuasa cinta walau cuma seberkas cahaya lilin untuk melihat dimensi kehidupan insan lain! Azwa maafkan cikgu yang berhati kotor ini!
Sebahagian anak anak kelas intervensi saya, Irfan, Hanif, Amala, Batusha dan Dinesh. Renungan mata mereka amat polos dan suci,mereka mampu memandang jauh ke hadapan jika kita meminjamkan mata dan minda kita yang sempurna ini....

Khamis, 4 September 2014
Wani dan Cempaka Berdarah
Wani atau nama sebenarnya Nurul Sazwani bt Samuri saya kenali sebagai seorang yang pendiam di dalam kelas.Gadis tinggi lampai berkulit putih ini mempunyai rupa paras keayuan kemelayuan yang klasik. Suatu hari dia mengikuti ujibakat mencari pelakon untuk pertandingan drama komsas.Di sinilah bermulanya sisi lain yang saya lihat pada dirinya. Terpilih sebagai watak utama untuk teater Cempaka Berdarah merupakan satu ujian hebat untuk dirinya.Saya tahu ramai yang mempertikaikan kemampuannya.Suara-suara berbisik di telinga saya kiri dan kanan.Cikgu dia tak pandai berlakon. Cikgu pilihlah orang lain. Sebuah produksi kecil macam di sekolah pun propanya lebih! Memang saya akui lakonannya bukanlah sehebat mana tetapi ada sesuatu yang menarik dakam dirinya yang membuatkan saya yakin team ini akan suksess! Pertama Wani jarang bercerita atau komen tentang orang lain,dalam erti kata lain dia bukan Kak Bedah. Perwatakan ini membantu dia untuk fokus dan melihat dirinya lebih daripada dia melihat orang lain. Kedua dia amat tekun dan mendengar kata. Tanpa sikap ini dia tak mungkin jadi seorang pelakon teater. Saya melihat dia sebagai seorang gadis tipikal Melayu yang jarang membantah.Saya tahu gerak hati saya selalunya tepat. Maka bermulalah episod pendakian seorang gadis dari kelas pertengahan yang jarang orang lihat bakatnya diketengahkan. Saya bukan tidak mahu mengambil pelajar kelas hadapan namun saya hendak memberi peluang kepadanya!Siapa tahu ada permata di celah rimbunan pasir.Lagipun produksi kami telah sebulat suara memilih Nurul Siti Fatimah sebagai Mak Jah.Nurul Siti Fatimah atau nama glamournya Cik Timah seorang pelajar kelas Sains yang sangat berbakat.Dikurniakan kebolehan otak kanan dan kiri dia menguasai laras bidang Sains dan Sastera sekaligus. Sebut apa yang Cik Timah tidak tahu dari bersajak,bersyair,berdrama semua dia boleh!Jadi saya mahu teater ini didukungi oleh pelajar dari dua dua aliran, Sains dan Sastera.
Semasa pertandingan hampir berlangsung saya dimasukkan ke wad kerana menjalani pembedahan membuang fibroid pada rahim. Saya terfikir untuk menarik diri kerana tiada siapa yang sanggup mengambil alih tugas berat ini.Namun wajah Nurul Sazwani terbayang di ruang fikiran. Wajah polos manis, melambai-lambai minta saya berada di sisinya. SMS yang dikirimkan kepada saya semasa saya bercuti menunjukkan betapa kasihnya dia kepada saya. Dia memberitahu saya dia sering menangis kerana mendapat tahu saya sakit! Apabila saya membaca sms demi sms yang dikirimkan hati saya jadi pilu! Saya tahu dia amat myengharap saya sihat secepat mungkin dan meneruskan latihan untuk pertandingan tersebut. Dia juga meluahkan perasaan rindunya kerana saya tidak lagi mengajar di kelas!Siapapun tidak tahu kerana sms Wani lah saya gagahkan diri datang ke sekolah walaupun luka jahitan bedah belum dibuka! Tak sanggup menghampakan impian seorang gadis selembut dan sebaiknya! Latihan demi latihan yang rumit dan mencabar kami lalui dengan penuh ketabahan! Apa tidaknya masa yang ada cuma hari Sabtu dan Ahad. Saya menempah resort berhampiran sekolah untuk latihan pusat. Kesemua pelakon yang terpilih berkampung di situ. Hubungan kami jadi erat. Ramai pelajar kelas 5 Ibnu Sina yang dahulunya 4 Ibnu Sina menjadi crew antaranya Asfar, Syafik, Farhana, Fatin dan Huda. Hariszuan pula dipaksa menggantikan Nasrul Bahtiar pelajar 5 Amanah yang menyertai camping pengakap. Lagi 5 hari menjelang pertandingan peristiwa itu berlaku. Huru hara jadinya! Saya memarahi Nasrul habis habisan kerana dia memilih camping pengakap untuk dapat sijil pengakap diraja! Tak tahu berapa banyak airmata Nasrul Bahtiar tumpah ke bumi kerana maki hamun saya! Belum lagi cerita lucu team drama kami tersalah tarikh pertandingan sehingga terpaksa berpatah balik ke sekolah. Kali ini tak tahu berapa baldi air mata Cik Timah tumpah! Bukan saja Cik Timah, Farid yang kononnya macho gila itupun menangis macam heroin hindustan. Amir pula mungkin dia menangis sebab semasa hari yang mereka bertolak ke lokasi pertandingan iaitu di SMVokasional Kuala Selangor itu dia memakai seluar yenkee ala Jefridin warna merah yang ketat. Apabila Cikgu Hashim dapat panggilan daripada Puan Hafsah KP Bahasa Melayu yang dia tersilap memberitahu tarikh sebenar, Amir dan yang lain lain terpaksa pulang semula ke sekolah dan masuk kelas. Amir menangis barangkali sebab takkan dia nak masuk kelas dengan seluar yenkee merah. Ketika hari pertandingan saya masih bercuti di rumah!Saya dapat cerita semua pelakon menangis sampai bengkak bengkak mata. Apa daya saya,nak pujuk mereka hari itu saya tidak ke sekolah.Mujurlah Puan Siti Zuraini ketua bidang bahasa di sekolah ada ,dialah jadi ibu tempat anak anak menangis dan meluahkan rasa.
Berbalik kepada cerita Wani tadi, bakat lakonannya yang saya lihat pada mulanya kecil namun berubah besar sedikit demi sedikit kerana karakternya yang tabah,sangat berdisiplin,merendah diri,sanggup belajar dengan kawan kawan yang tidak jemu memimpin tangannya dari bertatih,kemudian berjalan jatuh dan seterusnya berlari. Cik Timah, Farhana, Huda semua telah menjadI kakak yang baik untuk Wani. Di bahu merekalah Wani menangis jika dimarahi oleh saya! Watak Cempaka memang sukar,gadis Inggeris yang membesar dalam lingkungan budaya Melayu.Namun apabila saya tunjukkan video semasa pertandingan berlangsung kepada Mentor Group Teater SMK Jeram iaitu Norzaima Husein bekas pelajar sekolah kami yang kini sedang melanjutkan pengajian teater di peringkat ijazah di Aswara komennya ialah Cikgu....Wani banyak improve,lakonannya hebat
Dari situ saya tahu gerak hati saya betul Saya tidak salah kerana memilih seorang pelakon yang tidak berapa pandai berlakon tetapi pandai membawa dan meletakkan diri sebagai seorang yang kosong dada tapi besar jiwa,sanggup belajar,sanggup menerima komen dan kritikan ,sanggup memperbaiki diri tanpa ego dan jemu. Kenangan bersama Wani dan team Cempaka Berdarah membuatkan saya belajar banyak perkara tentang manusia dan kemanusiaan.Percaya tak anda semua dengan faksafah ini! Jika anda berhat mulia,ikhlas dan jujur sanggup berkorban sanggup menolong orang maka Allah akan beri rahmat,kasih sayang dan pertolongan. Seperti Hariszuan yang membantu team ini kerana menggantikan tempat Nasrul Bahtiar, dia telah dianugerahi Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik! Hariszuan bukan sahaja pelajar aliran Sains yang kacak,sopan dan pendiam namun renung mata dan senyuman mahalnya membayangkan betapa sederhananya dia sebagai insan! Hariszuan saya sangat kagum dengan kamu! Kamu terima cabaran yang orang lain tidak sanggup! Kamu ada jati diri Melayu yang pendiam dan pemalu namun berkarisme apabila diperlu! Begitu juga Asfar yang matang dan berketerampilan, apabila saya marah marah kamu dengan gaya macho akan menyiram api kehangatan dengan kata kata tenang Cikgu berehatlah biar saya jaga adik adik ! Hebatnya team kita,walaupun tidak menang tempat pertama,namun pertama kali menyertai pertandingan mendapat tempat ketiga, tidak nengapalah , itupun kita syukuri sepenuh hati! Pada saya hubungan persahabatan dan kasih sayang sesama insan ,menghormati pendapat dan pandangan orang tidak kira anda orang Sains atau Sastera, itulah kemenangan yang saya banggakan ! Piala kemenangan boleh dibeli di kedai tapi piala hati berisi keimanan kasih sayang sesama insan hanya boleh diperolehi jika anda ada kesedaran bahawa setiap insan di sekeliling kita adalah istimewa,ada kurang dan ada lebihnya! Kepada team Cempaka Berdarah yang saya tidak sebutkan namanya seperti Siti Nurhaliza, Halifsah, Azlee walaupun tugas anda kecll sebagai crew namun sumbangan anda amat besar dan bererti . TANPA insan seperti anda yang sanggup melakukan kerja belakang tabir yang tidak glamour semua pelakon tidak mampu menggerakkan walaupun cuma sebabak! CEMPAKA BERDARAH tetap kenangan persahatan yang bererti lebih daripada sekadar suatu pertandingan.Sesungguhnya teater mengajarMohd Amir Musa,anak murid saya yang suka tidur dalam kelas erti keyakinan dan kepercayaan pada diri sendiri.Ia juga mengajar Mohd Farid Aziz anak murid saya yang sangat nakal dan hiperaktif erti pengisian masa dan komitmen.Peluang kepada 2 orang pelajar dari kelas 4 Dinamik ini membuktikan bahawa semua orang berpotensi melangkah jauh ke hadapan jika ada bimbingan dan tunjuk ajar yang berkesan!Di sini kuasa cinta juga memainkan peranan kerana saya sentiasa mengukuhkan kepercayaan mereka terhadap diri sendiri! Pesanan seperti Saya percaya kamu boleh, Saya yakin kamu boleh! Kamu boleh Amir! Jangan pedulikan kata kata orang dan saya sangat sayang pada kamu menguatkan semangat mereka yang selama ini percaya mereka sangat kerdil!

Langgan:
Catatan (Atom)