Suami saya jarang berkarya, namun minatnya pada dunia Sastera berputik sudah lama. Suatu petang apabila pulang dari kerja dia memberikan saya sehelai kertas." Ambil ni, masuk blog mama".Saya menyambut kertas itu kehairanan.Puisi rupanya....saya kira sebuah puisi yang sederhana tetapi cukup jujur
Saya namakan puisi ini GURINDAM MALAYSIA 2014
NEGARAKU, BUMIKU MALAYSIA 2014
CERITA DERITA, NESTAPA, DUKALARA
MENYENTUH MENUSUK JIWA KITA
ADAKAH INI BENCANA
UJIAN, DUGAAN ATAU IKHTIBAR UNTUK KITA?
KENAPA KITA MASIH TAK MENGERTI
ATAU MUNGKIN TAK PEDULI
BERMULA MH370 MENGHILANG DIRI
RAMAINYA MANUSIA MENUDING JARI
MUNGKINKAH BATUK DILUDAH
JATUH KE MUKA SENDIRI?
KEMARAU PULA DATANG MENJELMA
AIR TIADA CATUAN BERMULA
PUAK SANA DAN SINI TUDUH MENUDUH
CERCA -MENCERCA
ADAKAH INI BUKAN BALA?
KEMUDIAN SAAT MH 17 TERSEMBAM KE BUMI
MASIH KITA KATA MENGATA,KEJI MENGEJI
SEMUANYA RASA MEREKA YANG BETUL SENDIRI
AKHIRNYA ALAM MARAH MELEPASKAN RASA
LANGIT BERDERAI MENITISKAN AIR MATA
TENGGELAMLAH BUMI MENJADI SAKSI
NAMUN KITA MASIH TAK PEDULI
ASYIK BERSENGKETA SESAMA SENDIRI
BILAKAH KITA AKAN SEDAR DIRI
DAN MULA MENGKOREKSI HATII
BERBAIK SANGKA KEMBALI PADA ILAHI
MENGIKUT FITRAH MANUSIA SEJATI....
( ILHAM RASA RAHMAT DALIMUN)
Telah dtakdirkan aku menjadi seorang guru, telah ditakdirkan sekolah menjadi duniaku, sesungguhnya bukan pangkat bukan gelaran bukan anugerah cemerlang yang aku buru, namun kepuasan datang bertamu apabila aku berjaya mencorakkan warna kehidupan seorang insan, merekalah amanah Allah untukku.....anak didikku ....KANVAS CINTAKU
Pengikut
Rabu, 31 Disember 2014
Khamis, 25 Disember 2014
BOWLING....terjemahan kuasa cinta Dalimuns....
Keluarga Dalimun memang hapenning. Banyak cara yang dilakukan untuk mempamerkan kuasa cinta mereka. Selain sering mengadakan pertemuan,borak-borak,tahlil,makan-makan , sukaneka,adik beradik Dalimun juga bijak merancang aktiviti yang menyatukan hati dan jiwa mereka sebagai adik beradik.Kakak sulung Umrah Dalimun seorang pengetua sebuah sekolah menengah juga ketua The Dalimuns....dalam setiap aktiviti. Semua ada peranan dan kelebihan, kakak kedua kak ngah Umida Dalimun ialah orang yang memastikan perut kami kenyang dengan juadah enak setiapkali pertemuan. Kakak ketiga Umaiyah Dalimun cool dan relax sahaja, tetapi orang yang paling senang dibawa berbincang. Umini Dalimun pula berwajah tegas tapi paling pemurah selalu sponsor macam-macam.
Diiikuti pula oleh Umizura Dalimun yang kelakar dan gila-gila serta Norhapisah Dalimun yang paling comel loteh serta bergetah...maklumlah adik bongsu.Dan di antara merekalah saya mengenali seorang lelaki yang bernama Rahmat Dalimun,deskripsi tentang dia....muka nampak garang tapi dalam hati ada taman, hari-hari dengar Radio Klasik!.Baru-baru ini saya menyertai perlawanan bowling antara The Dalimuns . Walaupun kami main macam bowling kelapa tapi yang penting kami ada skil yang tidak perlu dipelajari tapi dibawa dari alam roh' sejak kita berada dalam rahim ibu iaitu skil kasih sayang. Sesuatu yang sukar dikecap jika tidak disuburkan,dibajai dan disiram. Tambahan zaman moden, ramai yang mengejar kecemerlangan karier tetapi lupa mengejar nikmat kemesraan dan kasih sejati antara adik beradik.....Walaupun lidah sesekali tergigit namun santapan kita tetap terasa enak kerana lidah yang tergigit setiapkali waktu makan adalah lumrah.I
Semoga Dalimuns Family selalu mencintai satu sama lain bak kata sebaris lagu Inggeris lama, nyanyian Andy Williams
Where do I begin, to tell the story of how great a love can be
The sweet love story that is older than the sea....
Allah mencipta kuasa cinta lebih dahulu daripada lautan biru yang luas........
Yang ini Umi Zura Dalilmun.di belakang handsome guy Ijul
Grup ni paling hebat...main macam pro!!!!!!!
Grup Finas dengan Ika main ke laut....he he
Yang ini Umaiyah Dalimun dan suami kesayangan Takim
Dalam Dalimuns, siapapun tak boleh lawan Umrah Dalimun ,begitu juga anaknya Ummu Fatin
Semua berdebar tengok papan skor...macamlah dapat hadiah kereta BMW !
Bibi anak Umaiyah Dalimun antara gadis paling lawa dalam keluarga Dalimun
Suasana semasa perlawanan.....

Walaupun demam saya turun bermain demi sebuah ikatan kekeluargaan |
Yang ini Umi Zura Dalilmun.di belakang handsome guy Ijul
Grup ni paling hebat...main macam pro!!!!!!!
Grup Finas dengan Ika main ke laut....he he
Yang ini Umaiyah Dalimun dan suami kesayangan Takim
Dalam Dalimuns, siapapun tak boleh lawan Umrah Dalimun ,begitu juga anaknya Ummu Fatin
Semua berdebar tengok papan skor...macamlah dapat hadiah kereta BMW !
Bibi anak Umaiyah Dalimun antara gadis paling lawa dalam keluarga Dalimun
Suasana semasa perlawanan.....
Ini ahli kumpulan saya ...nasib baik ada Anip dapatlah no 3 ha ha......Anip memang the best! |
Selasa, 16 Disember 2014
Naratif Ogonshoti...igauan seorang aku!
Saya menghabiskan minggu-minggu terakhir cuti sekolah dengan persiapan untuk meneruskan profesyen perguruan pada tahun 2015.Novel Naratif Ogonshotho karya Anwar Ridhwan, sentiasa saya pegang ,baca, telusuri dan hayati. Saya teruja dengan novel yang akan jadi teks sastera pada tahun baru nanti,apatah lagi ia karya sasterawan negara,seorang yang sangat saya kagumi sedari kecil lewat Hari-Hari Terakhir Seorang Seniman.Anwar Ridhwan seorang yang hebat dalam dunia penulisan namun sangat humble dalam dunia sehari-hari. Saya pernah bertemunya sewaktu saya aktif sebagai jurulatih KOMSAS suatu masa dahulu bersama kawan baik saya Guru Cemerlang Sastera negeri Melaka , Puan Rohayah bt Abu sewaktu bertugas di SMK Seri Pengkalan, Melaka.Waktu itu saya masih bujang,jadi jurulatih kebangsaan membentangkan beberapa kertas kerja pengajaran dan pembelajaran Sastera merupakan dunia mimpi yang saya terokai dalam debar,rendah diri namun semangat ikhlas menjulang tinggi. Jika Kak Roy terbaca blog ini, saya ingin melafazkan salam kerinduan, salam sayang berpanjangan. Teringat kenangan bersama kak Roy, En Kamarulzaman (PPK), Hajah Zahirah (PPK)....mereka ini orang besar yang berpengaruh dalam dunia pendidikan Sastera tapi sudi menumpangkan saya dalam bahtera perjuangan mereka....
Berbalik kepada novel Naratif Ogonshotho , saya berasa ia suatu cabaran besar buat saya.Novel dengan kumpulan cerpen yang berdiri sendiri tapi kemudian bisa bertaut dalam epilog dan prolog mengambil latar kepulauan yang dicipta dalam khayalan penulis tetapi berlatarbelakang masyarakat Jepun dengan rencah kolonialisme, politik satira yang menyentuh hati. Ia global dan glokal. Ia bukan kisah anak kampung yang sangat dekat dengan pelajar seperti Jeriji Kasih dan Dari Lembah ke Puncak. Saya hormati dan akui kebenaran pendapat Dr Ghazali Lateh dalam blognya bahawa pemilihan teks harus sesuai dengan tahap pelajar. Namun saya juga terasa kepedihan dan kepiluan Sasterawan Negara A Samad Said yang berasa terpinggir dan dipinggirkan apabila senarai buku teks 2010 tidak memilih teks Sasterawan Negara. Sebagai guru Sastera ,saya orang kecil yang tidak mahu terjerumus dalam polemik yang besar dan sudah lama bernanah ini.Saya mengajar Sastera untuk menerapkan nilai-nilai kemanusiaan yang boleh dibawa sebagai amal dan bekal hingga ke jannah selain mencapai sasaran SKT iaitu kelulusan seratus peratus subjek ini agar pelajar Sastera yang menduduki SPM ada nilai komersial dalam dunia luar selain nilai nostalgia yang mahal bersama saya.Selebihnya sayalah mentimun yang membiarkan durian bergolek...
Saya menyanjung karya Pak Shahnon Ahmad (bekas pensyarah saya di USM).Saya juga pemuja novel Salina dan puisi-puisi Pak Samad Said . Saya tenggelam dalam kelembutan dan kebersahajaan dunia romantis Dr Lim Swee Tin.Tetapi saya juga membaca Lagenda Budak Setan, dan Ombak Rindu, Saya mahu menjadi manusia yang boleh memasuki semua ruang dan lanskap dunia. Itulah yang saya ajar kepada anak-anak murid saya di sekolah.Kalau cikgu boleh menyanyi lagu Hafiz dan Taufik Batisyah,kamu juga mesti mampu melagukan syair,dan berpantun seloka.Kalau cikgu boleh rap dengan lagu Gadis Jelebu kamu juga boleh layan Gurindam 12. Dalam ertikata lain saya mahu menghargai semua dimensi karya .....
Saya merungut dan sedikit mengeluh apabila membayangkan wajah pelajar -pelajar sastera di sekolah saya yang selalu blur(ternganga-nganga), bersikap tidak tahu dan tidak mahu tahu
isu -isu yang melanda dunia hari ini kerana dorongan motivasi yang lemah. Tapi setelah saya berfikir sedalam dalam lautan Hindi, merungut dan mengeluh tidak akan menyelesaikan masalah.Bukankah guru Malaysia bertaraf dunia.? Bukankah pembelajaran abad ini berteraskan KBAT dan I Think.....Jadi saya harus berusaha menghidangkan stik daging yang asing ,lazat dan sedap tetapi asing pada tekak orang kampung,agar terasa enak dan suka disantap seperti sambal belacan. Saya harus dan saya perlu....tiada alasan kerana saya guru yang selalu menurut perintah!Naratif Ogonshoto menjadi igauan ngeri yang saya bayangkan dengan pemilihan kelas Sastera pelajar yang bukan sahaja berprestasi rendah namun berwawasan rendah.Namun sepatah kata suami saya mencabar harga diri. 'Sayang ,mama kan seorang cikgu?"

Isnin, 8 Disember 2014
Taman Herba....Terapi Mindaku
Saya meneruskan percutian dengan tenang di rumah.Rumah saya kecil dan agak buruk berbanding dengan rumah jiran-jiran saya banglo sebuah.Namun saya sentiasa berusaha memberi rupa yang segar pada kekurangan -kekurangan di rumah saya biar nampak seperti rumahku syurgaku....Saya menanam berjenis-jenis pokok herba yang ada di antaranya saya sendiri tidak tahu namanya! Ada juga pokok untuk kegunaan masakan seperti daun salam,daun kesum,lengkuas,serai,daun kari,bunga kantan dan lain-lain.Kata orang berkebun itu merupakan terapi minda.Tekanan sebagai seorang guru lepas sedikit demi sedikit melihat kehijauan di sekeliling rumah
Sejens pokok herba berbunga yang berguna dalam rawatan tradisonal
Wakaf kecl di hadapan rumah tempat release tention dan candle light dnner
Pokok ubi jago di sebelah pokok money plant ( menurut feng hsui pokok rezeki )
Antara pokok bunga yang popular di laman rumah Melayu tradsonal
Dari sudut tepi wakaf
Tempat lepak cari ilham , saya tanam pokok herba campur pokok bunga

Selamat Ulangtahun Suamiku ( Rahmat Dalimun) 12. Disember...
Selamat ulangtahun suamiku
Berbelas tahun meniti titian rumahtangga
Adakala aku terjatuh,sakit dan terluka
Namun kau sentiasa ada untuk merawat dukaku
Selamat ulangtahun suamiku
Berbelas tahun hidup bersama
Adakala kau mengguris hiba
Namun aku sentiasa redha memaafkanmu
Selamat ulangtahun suamiku
Berbelas tahun menyulam cinta
Adakala aku masih rasa sendiri dan sepi
Dan kau pula rasa ditinggalkan
Namun cepat-cepat kita sedari
Kau dan aku tetap takdirnya bersatu
Selamat ulangtahun suamiku
Berbelas tahun meredah sungai setia
Tidak sesekali kau tergelincir jauh
Meski aku bukan wanita paling sempurna
Mahupun permaisuri paling jelita
Selamat ulangtahun suamiku
Berbelas tahun membangun tugu bahagia
Adakala taufan derita datang menyapa
Namun kita tetap tabah menepis badai melanda
Selamat ulangtahun suamiku
Berbelas tahun bergelar suami dan ayah
Tidak sesekali kurasa akan ada yang terbaik untukku
Selain kamu....
Selamat ulangtahun suamiku
Meski sayang jarang kuucap
Rindu kasih jarang kusebut
Jauh di sudut hati aku tetap mencintaimu
Sedalam dalam lautan biru....

Ahad, 7 Disember 2014
Syamile Agro Resort, "permata tersembunyi"
Saya biasa bercuti di resort bertaraf lima bintang,tapi ketenangan dan aura semulajadinya tidak sama dengan percutian di sebuah agro resort yang terletak di sebuah kampung di pinggir sungai di Kati, Kuala Kangsar, Perak.Suatu pengalaman unik! Challet Semi D yang diperbuat daripada kayu dan batu granit terletak betul-betul di hadapan tasik yang menakung air dari bukit.Deruan sungai di belakang challet menderu kedengaran sepanjang masa.Waktu subuh selain azan yang syahdu terdengar pula kicauan unggas dan beburung dari kawasan hutan berhampiran.Kawasan agro resort ini juga ada ladang rusa dan lebah kelulut ...selain sebuah maahad tahfiz....!
Kabus menyelimuti banjaran Titiwangsa...
Hadapan challet semi D
Lanskap yang menggabungkan senibina tradisional dan moden kontemporari
Belakang challet Semi D ,jeram untuk mandi manda amat bersih...ada juga challet sebuah
Pemandangan mengasyikkan...
Solihin dan Aizat di ladang rusa...
Ayah....memang seorang lovely father
Kabus menyelimuti banjaran Titiwangsa...
Belakang challet Semi D ,jeram untuk mandi manda amat bersih...ada juga challet sebuah
Solihin dan Aizat di ladang rusa...
Harga Sebuah Percutian...Keriangan Anak-Anak
.
Solihin dan Aizat melupakan tekanan di sekolah buat sementara semasa cuti penggalakhir tahun
Pakcik Alif pandai mengambil hati anak anak buahnya
Seronoknya Solihin tertawa kuat...anak zaman milineum sesekali mandi sungai..the best experince in his life!
Sabtu, 6 Disember 2014
The Lost World Of Tambun...bukan sekadar percutian biasa....
Apabila membawa anak pergi bercutI saya sering terfikir apakah info yang anak akan dapat....?
Apakah pula pengalaman yang anak akan lalui...?
Melupakan sementara dunia pekerjaan buat saya dan suami merupakan perkara yang lama kami idamkan. Pergi bercuti bersama along,alif,aizat dan solihin mengembalikan tenaga riang ria.Pilihan kami selain kampung di Bagan Serai Perak ialah Lost World of Tambun...sebabnya selain keseronokan mandi manda tempat itu ada suntikan sejarah dan menampilkan warisan setempat...Perak Darul Ridzuan.
Memang berbaloi membayar sejumlah wang membawa anak-anak ke Tin Mines di Lost World Of Tambun.Sambil mendengar lagu Saloma, Jeffry Din anda boleh bercerita secara lansung tentang sejarah tanah air pada anak-anak .Lebih enak anda boleh minum kopi o dengan biskut rapuh santapan orang zaman dahulu di The Dulang Tea House.Anak anak akan terus faham dan meresapi makna sejarah tanah air...
Di pi ntu masuk Lost World of Tambun wajah manis nya menyambut kunjungan anda. Anak anak pasti teruja...
Apakah pula pengalaman yang anak akan lalui...?
Saya membayangkan andainya saya jadi pendulang wanita...zaman Ngah Ibrahim... |
Di pi ntu masuk Lost World of Tambun wajah manis nya menyambut kunjungan anda. Anak anak pasti teruja...
Sabtu, 29 November 2014
BOBO...I LOVE U SO MUCH
Cuti sekolah sangat dirindui dalam kamus kehidupan seorang guru. Bukan sebab malas bekerja tapi inilah satu-satunya peluang untuk menjadi isteri dan ibu sepenuh masa.Teman-teman di SMK Jeram punya rancangan percutian yang hebat. Kak Mas, Lily, Ain dan Cikgu Assari dengan misi menawan puncak Kinabalu. Kak Nora, Kak Hafsah dan Kak Ram pula bermanja dengan musim salji di Eropah...Saya, biasalah walaupun tak ke mana-mana, hati berbunga riang. Taman Herba di sekelilng rumah melambai-lambai minta perhatian. Wajah ayah,mak tiri, sawah bendang dan tali air yang luas hening menghijau di pekan Bagan Serai juga menggamit kenangan !Syukur saya masih memiliki semua ini.
Hari terakhir persekolahan hati dicuit dek gelagat dan telatah seorang pelajar yang diberi nama Mohd Fikri atau nama manjanya Bobo.Dia masuk ke bilik guru dengan wajah riang sebaik tamat peperiksaan SPM.Namun matanya kelihatan bening berkaca-kaca. Semua guru yang pernah mengajarnya diberikan cenderahati dalam beg kertas yang cantik.Dengan sapaan ikhlas dia berkata "Ini untuk cikgu..." Kemudian dia meminta kami menulis di atas baju sekolahnya yang putih bersih .Kata-kata terakhir buat ingatan.
FIKRI JANGAN NAKAL
JANGAN TINGGAK SOLAT
SEMOGA BEROLEH KEJAYAAN
SEM0GA SUKSESS
Itulah kata-kata yang terconteng di baju uniformnya. Saya menulis besar-besar I LOVE U SO MUCH...Ada sebab kenapa saya tulis begini. Pertama saya amat sayang pada dia.Kedua kata-kata inilah yang amat dirinduinya selalu dan setiap masa.
Tahun lepas saya mengajarnya matapelajaran Sejarah. Saya tahu dia pandai menyanyi kerana dia berkawan baik dengan anak murid saya dari kelas Sastera Melayu iaitu Suraya. Dengan Suraya , Bobo amat rapat. Ada tali halus yang menyatukan mereka bukan sebagai pasangan bercinta....Semasa Panitia Sastera sekolah saya menjadi bench mark dan dikunjungi pelawat dari daerah Klang yang minta agar saya menunjukkan satu program Mikro Teaching,kelas Surayalah yang jadi sumber saya. Bobo tidak ketinggalan.Saya jemput dia kerana kebolehannya menyanyi lagu-lagu malar segar untuk set induksi mikro teaching saya. Sejak itu hubugan kami rapat. Ada kisah tentang Suraya yang saya simpan dalam artikel yang akan datang....kisah manusia dan kemanusiaan!
Suraya dan Bobo sering datang bertandang ke rumah saya,bukan datang sendiri melainkan saya jemput .Di rumah saya mereka bercerita, menyanyi dan juga masak. Bobo pandai masak ayam masak merah! Kenapa dia pandai dan mahir memasak.....Bobo ditinggalkan ibu sejak perceraian berlaku. Malah Bobo pernah hidup sendiri di rumah sewa di bandar Klang selama setahun,sebelum tinggal dengan makciknya di Jeram semasa bersekolah dalam tingkatan 4.Saya terlopong mendengar kisah hidupnya. Dia kata di Sekolah Menengah Raja Mahadi guru kelasnya tidak tahu dia tinggal sendiri,sehinggalah akhir tahun...Patutlah dia pandai masak...Ada sesuatu yang menyentap jiwa saya setiapkali saya mendengar cerita Bobo.Pada saya dia tabah dan sangat kuat...Dia masih mampu tersenyum,ramah dengan sesiapa saja, berani ke hadapan jika disuruh walaupun bertahun tahun hidup tanpa belai kasih ibu dan ayah. Sekarang walaupun hidup dengan makcik ayahnya jarang menjenguk kerana khabarnya sudah berkahwin lain.
Bobo bekerja di sebuah gedung di bandar Klang pada hujung minggu.Menjelang peperiksaan dia berhenti kerja dan berniaga air batu di hadapan rumah makciknya! Yang mengkagumkan kami pada hari terakhir setelah tamat peperiksaan dia membawa berbelas-belas beg kertas berisi hadiah untuk diberikan kepada cikgu yang mengajarnya! Kami tertanya-tanya mana dia dapat duit sebanyak ini. Orang lain yang ada ibu ayah ,yuranpun masih tertunggak.Dia mampu pula bagi cikgu hadiah. Apabila saya buka beg kertas yang cantik itu terdapat sehelai sejadah biru di dalamnya. Tanpa saya sedari air mata bergenang ..Ini kali kedua dia buat saya menangis. Kali pertama masa dia mengalunkan lagu Syurga Di Telapak Kaki Ibu semasa saya jemput dia untuk program Perkampungan Sastera peringkat sekolah...
Duhai apakah gerangan budi balasan
Bagi insan melahir dan membesarkan
Bercucuran air mata bila mengenangkan
Betapakah besar budi ibunda berikan.....
Waktu itu Bobo menyanyi sepenuh hati. Matanya sesekali teterpejam barangkali membayangkan orang yang siang malam dirinduinya. Saya difahamkan ibunya sejak berpisah kembali ke kampung halamannya di Thailand.."Tak apalah cikgu nanti kalau saya dah kerja saya kumpul duit balik Thailand,jumpa mak"Mukanya yang tembam dan lucu dengan badan gempal dan chubby tetap kelihatan lucu walaupun dia sebenarnya sedang menuturkan perkara paling sedih!Apabila saya melihat kemesraannya dengan Suraya saya amat faham!Suraya anak terbuang yang sejak lahir ditinggalkan dengan nenek. Bobo dan Suraya berkongsi rasa,berkongsi kepiluan,berkongsi impian yang siapapun tidak akan faham kecuali mereka berdua!
Tiada bahagia jika tiada doa puja restu, syurga itu di telapak kaki ibu...
Buat anak-anakku Suraya dan Bobo jangan berhenti mengharap. Siapapun kita dan apapun takdir yang menimpa kita...ingatlah ada Allah yang memberi rahmat,naungan dan perlindungan...Simpan kenangan antara kita baik-baik sebaik saya menyimpan rahsia suka duka hidup kalian berdua...

Pemberian Bobo untuk semua guru yang pernah mengajarnya.... |
Sabtu, 1 November 2014
TIDURLAH AFDAL ( untuk bekas anak didikku Allahyarham Afdal Atma Negara yang kembali ke rahmatullah pada 25 Oktober lalu)
Tidurlah Afdal
Tidur nyenyak-nyenyak
Nikmati sepi yang indah di liang lahad
Hayati sunyi yang nikmat didakap tanah
Tidurlah Afdal
Tidur nyenyak-nyenyak
Atas tilam keredhaan seorang ayah
Atas bantal keimanan seorang ibu
Dalam selimut kenangan terindah
Guru-guru dan teman
Di SMK Jeram
Tidurlah Afdal
Tidur nyenyak-nyenyak
Jangan lagi kau berasa sakit
Kerana kesakitan itu sudah tiada
Jangan lagi kau berasa rindu
Kerana semuanya sudah menjadi milikmu
Jangan lagi kau berasa takut
Kerana kau tak lagi sendiri
Tidurlah Afdal
Tidur nyenyak-nyenyak
Jangan peduli air mata kami yang jatuh menitis
Jangan peduli renung hiba ayah yang setia di sisi jenazahmu
Lupakan ibu dan adik yang jauh menanti di seberang
Tidurlah Afdal
Kerana kau bukan lagi milik kami
Kau kini milikNya abadi.
Tidurlah Afdal
Tidur nyenyak-nyenyak
Biarlah kami hanyut dalam lautan ingatan
Pada seorang lelaki tabah
Yang menghimpun nota derita
Dalam kesusahan mengharung hidup
Dalam kesengsaraan tak putus mengharap
Bahtera kasih ibu ayah yang terlerai musnah punah
Diamuk badai
Tidurlah Afdal
Tidur nyenyak-nyenyak
Temanmu nanti alunan hafazan ayat ayat suci
Ketulusan budi seindah mawar merah berseri
Tidurlah Afdal
Biarlah hujan malam menyimbah pusaramu
Biarlah kedinginan meratah jasadmu...

Terimakasih Profesor Madya Dr Abu Hassan Hasbullah
Saya sering melihat wajahnya di kaca tv. Beliau seorang yang "outspoken" dan telus ketika memberi pandangan .Kata-katanya pedas dan tajam,kedengaran sinis tapi sentiasa bernada ilmiah. Tak sangka beliau datang ke sekolah saya pada 17 hb Oktober yang lalu. "Free tak,pergi dewan sekarang, pensyarah tu pengkritik rancangan Pilih Kasih rupa-rupanya"! Mata kawan saya terbeliak memandang saya. Tak sangka profesor datang bersama pelajarnya sempena program kerja amal keceriaan dengan kerjasama PIBG sekolah. Saya bergegas ke dewan sekolah. Tiada suara hingar -bingar. Senyap. Tiada suara gelak ketawa. Semua mata fokus bertumpu ke hadapan.Sosok tubuh lelaki pengkritik rancangan Pilih Kasih begitu menonjol di hadapan. Dengan pakaian sederhana membayangkan jiwa yang sentiasa" humble", beliau membahasakan dirinya ayahanda.Aneh pelajar saya tidak kelihatan gelisah. Walaupun tuturnya jarang bernada humor. Beliau berterus terang memberitahu beliau orang akademik dan tidak pandai berjenaka! Saya yang duduk di belakang dapat merasa kejujuran yang dalam pada setiap patah perkataannya.Pengalaman sebagai pengkritik sebuah rancangan realiti popular,sebagai dekan sebuah universiti dan yang lebih banyak beliau bercerita pengalamannya sebagai manusia Beliau menjadikan subjek kemiskinan,luar bandar,tingkah laku manusia yakni anak anak di luar bandar sebagai medium untuk membakar api motivasi dalam diri anak anak didik saya.
Banyak cerita tentang anak-anak miskin di Kelantan dan Terengganu.Anak-anak remaja liar yang menjadi insan berjaya hanya kerana satu suntikan.Suntikan kasih! Cerita anak muda yang bermasaalah ,liar dan biadap dari sebuah sekolah ,namun diberikan bantuan kewangan oleh seorang manusia dan akhirnya berjaya menjadi seorang mahasiswa berjaya menyentap jiwa saya. Apatah lagi manusia yang membalas kebiadapan itu dengan kasih sayang ialah orang yang sedang berceramah itu sendiri! Subhanallah...benarlah pendapat saya kuasa cinta mampu mengubah padang pasir yang tandus menjadi lembah yang subur! Saya terlopong mendengar kisah kisah kemanusiaannya! Berbahasa "abang" dan "adik" dengan anak anak remaja yang pernah singgah dalam hidupnya beliau menunjukkan satu teladan bagaimana mengetuk pintu hati dan memimpin tangan anak anak bermasaalah mengenal hakikat kehidupan.Beliau mencabar anak anak didk saya ....kemiskinan bukan halangan untuk pergi ke menara gading .Beliau juga banyak mempromosikan bidang seni kreatif yang dianggap terpinggir pada zaman ini namun penting kerana ia wadah pembentukan jati diri sebuah negara membangun."Adik adik di Jeram kalau lepas SPM nanti masuk Universiti Malaysia Kelantan ayahanda belanja,kenduri kita" Mesra nadanya mengundang rasa dekat pada beliau!
Pulang ke rumah saya teruja bercerita pada suami" Ayah tau tak siapa datang sekolah mama, professor Abu Hassan Hasbullah,pengkritik rancangan Pilih Kasih
bestlah ayah.....bla bla bla" Saya yang mendengar ceramah motivasi beliau pada sebelah paginya menyambung motivasi pada suami di sebelah malamnya......
Profesor terima kasih singgah bertandang ke sekolah kami....Kuasa cinta dalam cerita profesor sungguh indah dan menyegarkan jiwa kemanusiaan saya yang kadang-kadang layu disiram api keakuan,keegoan dan kepentingan jasad dan tubuh sendiri!

Isnin, 13 Oktober 2014
Kanvas Putih.....Kitalah Pelukisnya!
Hari ini saya masuk kelas dengan perasaan marah. Hari Sabtu cuti
berganti ramai pelajar kelas saya tidak hadir. Separuhpun tak sampai yang
datang. Yang lain sibuk dengan urusan peribadi, kerja dan entah apa-apa!Saya
telah lama perhatikan semangat belajar anak-anak kampung yang tinggal di
pinggir bandar besar seperti pelajar sekolah saya telah sedikit demi
sedikit terhakis oleh serangan budaya materialisme dan hedonisme.
- Ibu bapa sibuk mengejar wang. Anak-anak juga diorientasikan wang adalah segalanya! Belajar sambil bekerja bukan sesuatu yang asing dalam budaya masyarakat di sini.Saya tidak menentang cara didikan begini. Sekurang-kurangnya anak-anak diajar erti tanggungjawab. Saya lihat anak-anak keluarga Cina mampu mencapai kecemerlangan walaupun menggalas beban membantu ibu bapa di kedai runcit, di bengkel kereta dan di gerai makan. Tapi bukan semua ibu bapa membenarkan anak bekerja dengan niat menerapkan nilai. Sebahagiannya hanya mahu melepaskan tuntutan material anak-anak seperti telefon bimbit,motorsikal,ipad dan urusan top-up. Dalam kelas Sejarah saya selalu sebut jika Eropah pernah dilanda Revolusi Pertanian dan Revolusi Perindustrian , Malaysia pula dilanda Revolusi IT. Tapi bukan sebagai pencipta melainkan pengikut dan konsumer yang selalu salah guna,
- Keperluan ekonomi yang asas bagi sebuah keluarga kampung bagi saya cukuplah sekadar rumah tempat berteduh, tabungan wang pendidikan anak-anak, bekalan iman dan takwa dalam amalan sehari-hari, budaya Melayu dengan Islam sebagai terasnya, sedikit keperluan hiburan yang dibenarkan dalam agama ,itu sudah mencukupi. Keperluan yang diada-adakan seperti handphone pintar, ipad, TV Astro jika tidak mampu tunggulah apanila kewangan sudah kukuh, Anak-anak yang berkiblatkan IT tapi tidak menggunakannya dengan cara yang positif hanya melahirkan generasi lalai,leka, tiada wawasan dan kenyang dengan segala macam keseronokan!
- Anak-anak di sekolah saya boleh jadi gila jika sehari tak top-up internet, Jika mereka membuka info-info pendidikan dengan semangat untuk belajar sudah lama mereka menjadi generasi gemilang,terbilang dan cemerlang seperti impian pihak kerajaan malah ibu bapa itu sendiri.Namun tanpa kawalan ibu bapa internet mendewasakan pemikiran anak-anak didik saya mengenal bahan porno, bahan lucah dan menghanyutkan mereka dalam dunia cinta siber melalui facebook, wssup ,wechat dan perantara-perantara IT yang canggih, Tak percaya......lihatlah cara mereka menginterpretasikan cinta....Ramai yang mentafsirkan cinta itu ialah sentuhan dan dorongan kepuasan bukan sekadar perasaan syahdu dalam jiwa. Cuma segelintir remaja faham erti cinta suci seperti yang saya tulis dalam rencana Apabila Budak Sekolah Bercinta . Yang lain .......takut untuk kita ketahui...
- Sesudah berlaku gejala buruk,.....semua pihak tersedar,tersintak dan mula melalak. Anak-anak dipersalahkan......Itulah kamu gatal sangat, tak pandai jaga diri.....Wahai ibu bapa anak-anak adalah kanvas putih .....kitalah yang memegang berus warna dan mencorakkan lukisan itu.Kebahagiaan anak-anak bukan sekadar wang ringgit tapi kata-kata pujian,kata-kata semangat,kata-kata pendorong, ayat-ayat cinta yang selayaknya mereka dapat dari sentuhan kasih seorang ibu atau seorang ayah....Jika tidak mahu anak-anak mengejar cinta di luar rumah, penuhilah rumah anda dengan rasa cinta itu.
- Sebuah rumah buruk dengan segala kekurangan material namun kaya dengan kasih sayang jauh lebih selamat untuk persekitaran anak-anak membesar daripada sebuah rumah mewah dengan segala kelengkapan duniawi namun tiada setitis cahaya petunjuk keimanan....! Kepada anak-anak didik saya di kelas 4 Dinamik segala kata-kata pedas, tajam yang saya lontarkan kadangkala kedengaran pahit dan seperti hempedu namun saya percaya bukan semua yang manis itu madu ...!
Jumaat, 3 Oktober 2014
Cikgu...Harga Minyak Dah Naik ( Kisah Uwais dan Impiannya)
Dia membawa beg berisi pakaian dan menunggu di hadapan kereta saya. Itulah rutinnya setiap hari Jumaat apabila saya mengadakan kelas kemahran membaca hujung minggu di rumah. Seperti pelajar pelajar lain yang tidak menguasai kemahiran membaca dia mendapat tempat istimewa di hati saya selain pelajar-pelajar Sejarah dan Kesusasteraan Melayu. Malah lebih istimewa lagi kerana pada saya dia anak istimewa. Bukan semua ibu bapa boleh mengurus anak-anak yang istimewa ini , kerana itu di sekolah saya , kami masih menemui mereka walaupun sepatutnya masa hadapan mereka lebih cerah di sekolah pemulihan khas.
Ibunya seorang wanita yang tabah dan sangat terbuka apabila berbicara tentang anak lelakinya yang saya panggil Uwais ( bukan nama sebenar)
Dia lahir tak cukup bulan. Umur 5 tahun baru pandai bercakap dan berjalan. Jadi pemikirannya 5 tahun ke belakang. Doktor mengesahkannya anak disleksia. Ibunya bertemu saya semasa hari menandatangani buku kemajuan pada awal tahun lalu.Ketika itu dia hendak mengambil peperiksaan PMR.
Saya mendapati karakternya unik. Dia sering tersenyum dan suka mengusik kawan. Tutur bicaranya sopan, walaupun sangat keanak-anakan. Jika diberi tugasan dia akan menyelesaikannya hingga selesai walaupun tulisannya tunggang- langgang.
Di rumah saya,dia sangat gembira. Anak lelaki saya yang berumur 5 tahun merupakan kawan baiknya. Mereka bermain dengan seronok seolah-olah mereka sebaya. Saya tidak menjangka dia akan mampu melepasi segala kekurangan dan ketidaksempurnaan, .Namun takdir Allah siapa yang dapat menahan.....
Selepas menonton TV kira-kira jam 9.00 malam dia akan membaca petikan-petikan mudah dalam modul kelas pemulihan yang saya hasilkan ketika saya mengajar di Sekolah Menengah Perempuan Kapar kira-kira 7 tahun yang lalu.Kemahiran mengajar kelas intervensi saya dapat secara tidak langsung kerana semasa saya mengajar di Sekolah Menengah Perempuan Kapar, tiada kelas Kesusasteraan Melayu dibuka.Jadi saya diarahkan mengajar Kelas Intervensi. Ketika itu saya sedih dan selalu merungut kerana Kesusasteraan Melayu merupakan nyawa dan jiwa saya. Tapi benarlah.... Allah memberi apa yang terbaik untuk kita walaupun bukan itu yang kita mahukan kerana Allah maha mengetahui. Kini di SMK Jeram saya boleh mengaplikasikan segala ilmu dan pengalaman itu.....kerana rupa-rupanya lebih ramai yang memerlukan.....Subhanallah!
Berbalik kepada Uwais tadi, dia sangat tekun dan gigih,Dia membaca sehingga jam 12.00 atau 1.00 pagi.
Jika kebetulan saya belum tidur dia akan bertanya perkataan yang tidak mampu diejanya. Jika saya tertidur awal,dia menggariskan perkataan itu dan esok paginya dia akan bertanya kepada saya.
Mulutnya petah bercerita.....Ceritanya saya kutip dan jadikan suis untuk dia lebih rajin belajar membaca.
" Dari kecil ayah dan emak serahkan saya pada nenek dan datuk, umur 10 tahun baru ayah dan emak ambil saya balik"
"Ayah tak pernah bawa saya balik kampung di Perak,sebab dia cakap kereta tak muat"
"Ayah tak pernah bawa saya jalan-jalan"
"Ayah tak pernah ingat harijadi saya"
"Ayah belikan kakak handset tapi saya tak dapat"
"Ayah jarang bercakap dengan saya. Kalau bercakap pun dia suka marah-marah"
"Saya tahu saya bodoh..."
Matanya merah berkaca-kaca.Hati saya tersentap.Ada pilu yang sukar saya gambarkan dengan kata-kata!
Saya tidak tahu adakah ceritanya benar tapi saya tahu budak lurus bendul macam dia susah untuk menipu!
"Awak tak bodoh, awak pandai, awak rajin, awak handsome macam Shah Rukh Khan, awak baik sangat..." Setiap hari saya memujuknya dengan gula-gula pemanis kata.
" Apa impian awak, maksud saya apa yang awak teringin..."
" Saya teringin mandi kat kolam renang, bestkan.....ckgu"
Saya tergelak dalam hati.Kecilnya impian dia. Tapi bila saya fikir balik kecl bagi seseorang bukan bermakna kecil juga bagi seseorang yang lain. Bagi Uwais itu perkara besar.Dia teringin mandi di kolam renang. Bagi anak kampung sepertinya dtambah cara ayahnya melayan dia, saya pasti impiannya sangat logik!
"Nanti kalau pandai baca, cikgu bawa mandi di kolam renang....kan ayah?" ( saya panggil suami saya ayah di hadapan anak-anak.
"Hmmm ya....nanti kalau pandai baca, kita pergi kolam renang"Suami saya menambah. Suami saya merupakan orang yang banyak mendorong saya dalam setiap perkara yang saya lakukan! (Thanks abang, I love u so much)
Akhirnya hujung minggu saya banyak dihabiskan bersama Uwais. Allah tdak pernah mengecewakan hambaNya yang mahu berusaha. Hari demi hari dia semakin lancar membaca petikan-petikan mudah!
Tahun ini dia berada dalam Tngkatan 4. Walaupun dia gagal dalam peperiksaan PMR,tapi dia ada satu pencapaian yang bukan dalam bentuk sijil.Dia sudah boleh membaca,walaupun tidak sehebat insan normal macam kita. Saya rasa kuasa cinta saya tak sehebat mana, namun impian,harapan dan doa saya menyatu dalam fikiran dan jiwa saya setiapkali saya memandang wajahnya yang polos!
Semalam dia ikut saya balik ke rumah. Pagi-pagi sewaktu makan roti canai di kedai mamak, dia membuat saya tersenyum geli hati!
Sambil membaca tajuk-tajuk akhbar dia merungut... " Apalah tak habis-habis harga barang naik, harga rumah naik, harga minyakpun naik....ish sh dunia, dunia..."
Wah, dah pandai fikir hal dunia sekarang. Kalau dulu dia hanya tahu merungut tentang ayah yang kurang memberi perhatan kepadanya kini dia merungut tentang harga barang! Kuasa cinta telah membesarkan dunianya yang sempit! Kepada ibu bapa yang dikurniakan anak macam Uwais,
bersyukurlah, ada sesautu yang Allah rencanakan untuk kita dan juga anak itu, mungkin bukan sekarang tetapi suatu masa dan suatu ketika nanti.
Uwais mengajar saya erti keikhlasan,erti pengorbanan,erti ketabahan ,erti kasih yang anak-anak kita sangat harapkan.Jika bukan kita siapa lagi yang mahu memberikan mereka sentuhan itu?
Cuma satu yang saya lupa, saya belum menunaikan janji untuk membawanya mandi di kolam renang!
Di sinilah sekolah kedua Uwais, malah di sinilah dia membesarkan sebahagian impiannya..!

Isnin, 29 September 2014
Khamis, 18 September 2014
MONOLOG ROH DARI UKRAINE (versi video) Khas buat seluruh rakyat Malaysia yang bersatu dalam kepiluan
Titipan istimewa buat Anwar Cool (Lelaki Melayu Terakhir ,orang kuat disebalik pembikinan video)
Asfar dan Syafik {mentor saya dalam dunia siber }
Jua buat anakku Ahmad Solihin yang permah melontarkan dialog kanak-kanaknya
" Solih tak boleh fikir macamana nak tolong MH 370"
"Kenapa?" tanya saya.
"Sebab dia jatuh kat lautan "
"Lautan mana?" tanya saya lagi
"Lautan Hindi" jawabnya yakin
Terkejut saya apabila kanak-kanak seusianya sudah memikirkan dan merasai tentang tragedi Mh 370
Kepada rakyat Malaysia teruskan berdoa untuk keluarga mangsa MH 370 dan MH 17 -Hanya syurga balasan buat penderitaan dan malapetaka yang diterima dengan tabah.......
(CATATAN : Video boleh dilihat di skrin PC kerana formatnya dibuat sedemikian)
Rabu, 17 September 2014
Cerita Sebuah Pantun
Sungguh indah bunga melati,
Dihias orang atas batang,
Jika ada kesudian hati
Saya jemput silalah datang.
Pantun di atas menghiasi kad jemputan walimatul urus salah seorang bekas pelajar saya.Menguntum senyum di bibir .Pantun di atas menggamit kenangan saya bersamanya.
Anjing tersepit di celah pintu
Biawak duduk di batu bata
Sungguh sedih yatim piatu
Tiada kasih hidup derita.
" Nasir berapa kali saya cakap,jangan guna binatang ganas dalam pantun.Banyak binatang lain macam rusa, pelanduk, burung kenari,burung cenderawasih....indah disebut, ini awak guna anjing,biawak. Dahlah tu anjing mati tersepit.....Aduh tak puitis langsung pantun,seram, cuba awak baca.Ada keindahan tak? " Saya mencampakkan kertas kerja rumahnya.
" Apa salahnya cikgu....guna perkataan haiwan macam anjing,biawakkesian binatang ni dahlah tak handsome...tak boleh guna pula dalam pantun...!" Dia tersengih-sengih memandang saya. Rakan-rakannya di kelas 4 Sastera 2 gelak terbahak-bahak.
" Kita buat pantun serius jangan guna unsur lawak dalam pembayang,kalau nak guna perkataan anjing,biawak, nanti bila buat pantun jenaka..."
"Tulah cikgu fikir serius je...sampai sekarang tak kahwin!" Matanya bulat memandang saya.Suara ketawa kembali bergema memenuhi ruangan bilik darjah' Dia memang berani.
Kepetahannya berhujah dan membuat lawak bodoh menyebabkan rakan-rakan sekelas amat menyukainya. Tapi dalam kalangan cikgu-cikgu ramai yang meluat. Ramai yang menggelarnya Ketua Samseng sebab bakatnya selain bercakap, ialah mengugut kawan dan membelasah kawan. Tak mungkin saya lupa pada anak murid saya yang seorang ini. Masa mengajarnya,saya masih bujang dan belum berkahwin.
Apabila saya mengajar dia jarang fokus.Mulutnya bercakap tak henti-henti.Saya bosan melayan soalan-soalan bodohnya,Tapi di luar waktu kelas setiap kali saya lalu di sebelah kelasnya dia akan melaung ....."Cikgu Aida ....I luv u"
"Suka hati saya kahwin ke tak kahwin,kamu tu hidung masih berhingus, cakap tak beradat!"\Muka saya merah padan menahan marah.
" Betullah cikgu....cikgu ni serius je cuba senyum sikit..." Dia tetap berani mengusik saya.
Hati saya langsung tak terusik dengan kata-katanya.Meluat lagi ada.Cepatlah habis masa saya sudah tak tahan mengajar di kelas itu ( Maklumlah ketika itu saya masih belum matang,rendah aras ketahanan mental)
Namun apabila mendapat tahu saya akan berpindah ke negeri Selangor kerana permohonan bertukar diluluskan dia orang yang paling sedih. Berkali-kali dia datang berjumpa saya dan minta maaf.Matanya berkaca-kaca.
" Sampai hati cikgu tinggalkan saya, lepas ni siapa nak ajar pantun,siapa nak ajar Sastera!. Sampai hati orang yang saya sayang pergi tinggalkan saya"
Apabila saya melihat kad undangannya beserta pantun di atas saya tahu dan yakin dia memang benar sayangkan saya.Lihatlah baris pembayangnya ...tiada lagi anjing dan biawak! Saya tersenyum puas !

Jumaat, 12 September 2014
Titanic, Venice dan Asnol.....
Siapa pernah tengok filem Titanic? Siapa watak utama filem Titanic? Bagamana watak utama iaitu Jack boleh naik dalam kapal Titanic? Kenapa watak Jack berada di tingkat bawah kapal Titanic sedangkan Ross di tingkat atas? Kapal Titanic bergerak dengan menggunakan kuasa apa?
Soalan soalan yang merangsang kemahiran berfikir seperti di atas merupakan set induksi yang paling sesuai untuk kelas Sejarah yang pelajarnya suka mengantuk di dalam kelas!Apatah lagi jika cikgu mampu memperdengarkan lagu Celine Dion My Heart Will Go On.
Relevannya dengan sukatan pelajaran Sejarah Tingkatan 4 tajuk Penjelajahan dan Pelayaran Eropah.
Pertama kesemua pelajar akan menjawab pernah mennton sebab filem hebat arahan Steven Spielberg ini amat popular. Watak utama ialah watak Jack . Cara Jack naik kapal Titanic ialah selepas memenangi tiket loteri,dalam erti kata lain dia berjudi!
Kapal Titanic ada 2 tingkat,ini menggambarkan susun lapis dalam hieraki masyarakat Eropah pada zaman dahulu. Kapal ini digerakkan oleh kuasa wap.Wajah Jack yang cemas,berlari-lari mengejar kapal di pelabuhan menggambarkan semangat inkuiri (ingin tahu) yang membara dalam diri masyarakat Eropah yang bermula sejak zaman Reinnaisence lagi. Semangat inkuiri inilah yang menggerakkan masyarakat Eropah menjadi penjelajah dan pelayar agung di dunia!
Filem Titanic itu sendiri amat dekat di hati pelajar. Janganlah marah jika ada pelajar menjawab babak yang paling saya ingat ialah babak ketika Jack melukis gambar Ross! Mungkin pelajar itu ialah pelajar yang paling jujur sebab dia tidak takut menunjukkan true coloursnya,walaupun kawan kawan lain ketawa berdekah-dekah,padahal mereka juga mungkin teruja dengan babak itu!Peranan kita sebagai guru ialah meniupkan api kesedaran mengajak mereka melihat dunia tapi dengan tapisan keimanan dan jati diri yang kuat!
Di sekolah saya pelajar pelajar tidak ada masalah dengan mata pelajaran Sejarah. Ketua panitia kami ,Puan Normawati Mohd Panut menggerakkan minda pelajar dengan kempen Saya Wajib Lulus Sejarah!
Cara guru mengupas tajuk sejarah yang sukar digambarkan dengan dimensi minda masa kini harus menggunakan medium seperti filem,dokumentari dan bahan berupa visual .
Walaupun merupakan matapelajaran wajib lulus, amat rugi jika guru hanya mengorientasikan ia ke arah peperiksaan kerana suntikan nilai dalam mata pelajaran ini amat tinggi. Saya beri contoh semangat inkuiri dan keberanian dalam diri masyarakat Eropah melonjakkan masyarakatnya menjadi masyarakat termaju di dunia!
Alangkah eloknya jika anda semua ada semangat inkuiri! Sebab itu dalam kelas sejarah saya wajibkan pelajar bertanya soalan jika tidak saya yang akan mengajukan soalan! Terkulat -kulat mereka mencipta soalan sebab jika diberi pilihan saya sendiri lebih suka bertanya dari menjawab soalan!
Saya sering mencabar pelajar dengan tujuan mengirim nilai ke dalam diri mereka secara imbas muka!
Contohnya semasa mengajar tentang kemunculan bandar bandar seperti Venice dan Milan pada Zaman Pertengahan saya akan tunjukkan kota Venice yang cantik sebagai pilihan utama pasangan berbulan madu!
Saya tanya pada pelajar perempuan "Kamu suka tak honeymoon di Venice"Dengan wajah bersemangat pasti dijawabnya suka cikgu!
"Tapi Mai kalau setakat kahwin dengan Asnol jangan harap dapat pergi honeymoon di Venice, entah entah pergi Pantai Remis( pantai Remis terletak tak jauh dari sekolah kami)
Berderai-derai tawa pelajar dalam kelas 4 Amanah walaupun masa saya mengajar itu last period!
Bulat mata Asnol , anak murid saya yang dahulunya nakal ( sekarang alhamdulilah dah jadi a man with a vision,ada kisah antara kami) memandang saya! Terbeliak biji matanya....dengan geram dia berkata
"Amboi cikgu...agak agaklah....ingat saya tak mampu ke?" Lagilah kuat gelak tawa rakan-rakan sekelasnya!
Ada yang menyampuk "Cikgu jangan pandang Asnol sebelah mata"
Di sinilah saya mula mencucuk jarum suntikan maut "Belajar rajin rajin, nanti boleh bawa isteri hneymoon di Venice. Kalau tak honeymoon je kat Parit Mahang, Bukit Kerayong atau Bukit Kuching( nama-nama kampung pelajar saya)!
Saya pasti sedikit sebanyak saya menggerakkan minda imbas muka pelajar ke arah membayangkan momen momen manis masa hadapan!
Selalu saya tutup sesi kelas Sejarah saya yang tadinya hingar bingar dengan gelak tawa" Hidup ini perjuangan, dari sekarang apa yang kamu usahakan akan jadi sejarah masa hadapan kamu"!
Mereka terdiam kerana saya menyampaikan dengan merenung jauh ke dalam anak mata mereka !
"Jika kita tekad ,kita boleh jadi seperti bangsa Eropah yang sanggup menggadai nyawa meredah lautan meneroka ruang angkasa lepas semata mata kerana mahu jadi bangsa yang mampu mencapai Gold,Gospel dan Glory"!
Mereka kelihatan termenung sendiri! Biarlah.....

Khamis, 11 September 2014
PUISI UNTUK BUDAK SASTERA ( 4 Dinamik dan 4 Efisien SMKJERAM)
Kita budak Sastera
Kenapa cakap bodoh membodohkan
Kita budak Sastera
Kenapa sering bangang membangangkan
Kita budak Sastera
Kenapa saling sakit-menyakiti
Kita budak Sastera
Kenapa hidup benci membenci
Kita budak Sastera
Kenapa cepat benar mengalah
Kita budak Sastera
Kenapa tak patuh ibu dan ayah
Kita budak Sastera
Kenapa cinta dijual murah
Kita budak Sastera
Kenapa rendah harga diri
Kita budak Sastera
Kenapa tidak kenal Ilahi
Kita budak Sastera
Kenapa tidak kasihkan nabi
Kita budak Sastera
Kenapa kata tidak dikota
Kita budak Sastera
Kenapa bintang tak bisa digapai
Kita budak Sastera
Kenapa rumput dipandang sepi
Kita budak Sastera.........
Kenapa cakap bodoh membodohkan
Kita budak Sastera
Kenapa sering bangang membangangkan
Kita budak Sastera
Kenapa saling sakit-menyakiti
Kita budak Sastera
Kenapa hidup benci membenci
Kita budak Sastera
Kenapa cepat benar mengalah
Kita budak Sastera
Kenapa tak patuh ibu dan ayah
Kita budak Sastera
Kenapa cinta dijual murah
Kita budak Sastera
Kenapa rendah harga diri
Kita budak Sastera
Kenapa tidak kenal Ilahi
Kita budak Sastera
Kenapa tidak kasihkan nabi
Kita budak Sastera
Kenapa kata tidak dikota
Kita budak Sastera
Kenapa bintang tak bisa digapai
Kita budak Sastera
Kenapa rumput dipandang sepi
Kita budak Sastera.........
Rabu, 10 September 2014
Puisi Untuk Anak Lelakiku
Jika suatu hari nanti kau telah bergelar lelaki dewasa
Jangan lupa waktu kecil kau pernah bermain bersama mama
Jika suatu hari nanti kau telah jatuh hati
Jangan lupa ada adat yang perlu kau batasi
Jika suatu hari nanti kau telah bergelar suami
Jangan lupa ada wanita lain yang lebih dulu kau cintai
Jika suatu hari nanti kau sudah bergelar ayah
Jangan lupa kau pernah hidup dalam dakapan kasihnya!
Jika suatu hari nanti kita perlu berpisah
Jangan lupa detik detik indah ketika kita bersama
Jika suatu hari nanti kau resah gelisah
Jangan lupa di bahu mamalah kau rebahkan semua
Jika suatu hari nanti kau perlu memilih dua persimpangan yang payah
Jangan lupa di mana jalanmu bermula
Jika suatu hari nanti cintamu kecundang
Jangan lupa ada cinta lain Yang Lebih Utama!
Jika suatu hari nanti kau terasa ingin menangis
Jangan lupa suatu ketika dulu mamalah yang memujukmu
Jika suatu hari nanti kau diuji dengan kerinduan
Jangan lupa mengenang ayah dan mama dalam doa dan harapan!

Isnin, 8 September 2014
Hanya Kerana Dia.......
Kisah ini sudah lama berlalu, namun ingatan saya pada wataknya tidak pernah padam. Selepas mengenalinyalah saya menukar pandangan mata tempurung saya kepada pandangan mata burung! Benar walaupun sering kali kita diingatkan bahawa setiap anak yang lahir ke dunia bagai kanvas putih yang belum dicorakkan namun lazimnya manusia akan memberi warna andaian mereka sendiri pada kelahiran anak anak tersebut !
Anak murid saya ini diberi nama Salman bin Abdullah.Dia sangat sopan , berbudi bahasa dan pandai membawa diri. Ayat ayat seperti "Cikgu maafkan saya, " "Cikgu izinkan saya keluar " sentiasa meniti di bibirnya.Dalam hati saya memuji, baik budak Salman ni.
Suatu hari dia menumpang kereta saya. Dia rancak berbual .Katanya dia anak yatim piatu. Bapanya meninggal dunia kerana ditembak kawan sewaktu berburu. Ibunya pula meninggal dunia seminggu kemudian kerana terkejut dengan kematian bapanya! Ceritanya diulang ulang banyak kali kepada saya dengan tenang dan tanpa ada perasaan. Saya terfikir juga....hebat budak ini ,tidak ada segaris kesedihan sewaktu menceritakan kisah ibu bapanya! Namun saya cepat cepat sedar. Ah lelaki, mana tahu erti kesedihan.
Apabila dia memberitahu dia tinggal berdua dengan nenek di rumah PPRT , saya pun membuat keputusan."Salman naik kereta sayalah tak payah naik bas, duit tambang bas simpan"Dia gembira dengan pelawaan saya .Barangkali kesepian tanpa belai kasih ibu menyebabkan dia menumpahkan suka dukanya kepada saya!Kisah dia ikut nelayan turun ke laut kerana mencari duit belanja sekolah. Kisah kakinya luka terpijak duri semasa mengait buah kelapa sawit ! Kisah dia belajar masak asam pedas dari neneknya dan macam macam lagi yang dikongsi sewaktu dia naik kereta saya! Pandai dia bercerita, menyusun bait bait kata.Sopan dan penuh kemesraan.
Pagi pagi di tepi jalan neneknya menunggu sampai kereta saya datang.Kelihatan dia bersalaman dengan neneknya. Neneknya pula akan melambai-lambai tangan kepada saya! Episod pergi dan balik sekolah bersama Salman berlangsung beberapa bulan. Sehinggalah suatu hari ........
Salman kemalangan. Motorsikal buruknya yang ditunggang sewaktu meronda ronda sekeliling kampung terbabas ke dalam semak. Akibat kemalangan itu dia terlantar tidak boleh bangun. Saya pun terus singgah ke rumah neneknya.Maka terbongkarlah kisah hidup Salman yang sebenar!
Kata nenak Salman, dia bukan anak yatim piatu. Ibunya anak kandung nenek Salman meninggalkan Salman sejak dilahirkan!Ayahnya bukan Abdullah tetapi satu nama lain. Ayahnya seorang graduan universiti begitu juga dengan ibunya!
Nama Abdullah itu diberikan kerana dia anak luar nikah! Saya ternganga mendengar cerita nenek Salman! Dalam hati saya menyumpah seranah! Sampai hati Salman tipu saya. Sudahlah kisahnya saya percayai bulat-bulat bahkan saya ceritakan pula pada kawan kawan rapat yang turut bersimpati dengan budak handsome dan berbudi bahasa itu.
Semasa neneknya bercerita Salman tidak mendengar kerana ketika berbual itu lokasinya di luar rumah !
Saya pulang ke rumah dengan perasaan geram,marah,sakit hati! Dasar anak luar nikah, pandai berlakon ! Dia boleh tipu saya bulat-bulat! Harap muka saja handsome,perangai....saya marah marah dalam hati!
Beberapa bulan kemudian dia masih tidak datang! Ah! lantaklah...saya malas ambil pusing! Saya benar-benar dendam kerana pembohongan itu!
Namun suatu hari ketika melntas di hadapan rumah neneknya setitis rindu datang menjengah! Apa khabar agaknya dia! Teringat pada gelagat dan kepetahannya berceloteh! Teringat matanya yang bulat dan alisnya yang lebat!
Teringat semua tentang dia......
Rupanya dia sudah lama sembuh! Dia tidak mahu bersekolah lagi.
"Cikgu dah tahukan siapa saya?"
Saya jadi terkedu. Tidak sepatah kata terbit di bibir.
Tiba tiba hati lelakinya yang keras jadi cair! Air mata bergenang di kelopak matanya!
"Ayah saya tak meninggal kerana ditembak kawan!Mak saya pun bukan mati terkejut...."
"Sudahlah Salman, lupakan semua tu......"
"Tak semudah itu cikgu, tengok sekarang saya hidup dalam dunia khayalan!Saya cipta cerita supaya saya ada maruah , ada harga diri"
Itulah hari yang saya rasa paling sepi! Paling terpukul dengan ucapannya!
"Orang benci saya sebab nama saya Salman bin Abdullah"
Saya terasa bagai bongkah besar menghempap tubuh! Kata kata itu layak ditujukan kepada saya!
Bukankah saya mula membencinya hanya kerana tahu dia anak luar nikah. Pembohongannya hanyalah tentang ibu bapanya....Yang lain lain dia masih remaja yang jujur,ikhlas,sopan,berbudi bahasa!
Ya Allah mudahnya saya menghukum dan membenci orang lain!
Salman bin Abdullah sesekali kelibatnya saya lihat bekerja di sebuah stesen minyak tak jauh dari rumah!
Dia tidak mahu bersekolah lagi! Neneknya kata sebab dia mahu bekerja cari duit sendiri! Puas saya berulang alik ke rumahnya menasihatinya agar datang ke sekolah semula namun tidak langsung terkesan di hatinya! Barangkali terlalu lama hidup sendiri tanpa belai manja ibu ,tanpa hangat mesra ayah hanya dalam dakap belai seorang nenek tua,Salman jadi seorang yang hanya mahu mendengar kata hati sendiri! Itu kesimpulan saya!
Lantera cinta saya pun tak sebesar mana, ia malap dan padam hanya kerana saya terlalu cepat membenci tanpa berusaha menghidupkan pengertian dan simpati!
Kenangan bersama Salman bin Abdullah masih berbekas dalam hati manusia yang tidak tahu erti kemanusiaan ,erti kecewa,erti rindu dan erti derita! Sayalah orang itu! Walaupun Salman tidak tahu saya pernah membencinya hanya kerana imaginasinya yang melampau namun saya sendiri amat mengerti dan tahu bahawa perasaan itu pernah ada padanya! Hanya kerana dia ......

Sabtu, 6 September 2014
Farid, Nazrin ,Adam dan Aisyah (Kami Gembira Belajar Sastera)
Saya ingin menyambung artikel Saya Sedih Belajar Sastera dengan tajuk yang kontra Saya Gembira Belajar Sastera.Untuk menukar persepsi pelajar tentang subjek Sastera memerlukan banyak pemahaman, pengorbanan dan hati yang cekal tanpa kenal erti putus asa!
Saya cuba memahami pelajar. Mereka hidup bukan pada zaman filem P Ramlee yang kaya dan sarat dengan nilai kemelayuan dan budaya bangsa. Mereka dewasa dengan alunan lagu lagu K Pop , Hip hop dan lagu Melayu yang bukan Melayu. Jadi saya tidak akan marah membabi buta jika mereka begitu asing dan seolah-olah tidak tahu apa itu syair, gurindam, pantun dan seloka! Tajuk tajuk puisi klasik ini tidak akan saya sentuh pada awal sesi pembelajaran! Saya simpan sehingga mereka betul betul jatuh cinta pada saya !
Biasanya saya akan mula dengan mengajar novel atau cerpen. Bulan pertama mengajar saya tidak akan ikut sukatan ! Saya lari sekejap dari landasan dengan strategi biar mereka tahu dan benar benar faham kenapa mereka perlu belajar Sastera. Saya akan tanya cita cita dan impian mereka. Penting kerana bukan semua pelajar naik dalam gerabak keretapi yang betul! Ada pelajar yang saya jumpa dalam kelas Sastera menyebut cita citanya doktor! Tersentak saya dibuatnya.
Bulan pertama mengajar Sastera saya buat kajian drama apa dan lagu apa yang pelajar tonton dan dengar. Contohnya jika pelajar obses dengan drama Rindu Awak 200% maka saya akan hanya bercerita tentang drama itu , pelakon pelakonnya, lagu-lagunya, dan babak babak ysng sangat mereka gemari. Jika mereka penggemar drama Korea maka saya juga akan searh drama Korea. Saya tidak mahu ketinggalan dalam dunia mereka!
Bercerita tentang lagu pula, para pelajar era sekarang suka sangat dengan lagu lagu rock kapak! Mungkin pengaruh radio Sinar yang didengar oleh ibu bapa mereka membuatkan mereka selesa dengan nyanyian Slam, Bloodsheed, Wings, Iklim , BPR dan lain-lain. Barangkali juga pengaruh Kilauan Emas terbitan Astro memukau minda remaja untuk menyelami dunia rock kapak Melayu. Saya ada beberapa orang murid yang obses dengan lagu lagu rock kapak antaranya Adam ,Farid, Nazrin dan Aisyah Kesemua anak murid saya inilah yang saya jadikan sebagai Bahan Bantu Mengajar yang hidup sewaktu mengajar puisi di dalam kelas!
Apa tidaknya lagu lagu rock kapak kaya dengan bahasa perlambangan,pensonifikasi,metafora, anafora, hiperbola dan sebagainya.
Maka Farid , Adam , Aisyah atau Nazrin akan menyanyi atau saya akan membawa laptop yang saya telah muatnaik lagu-lagu rock kapak. Kalau orang lalu di sebelah kelas saya pasti akan mengumpat Apa cikgu ni? Mengajar Sastera ke mengajar menyanyi! Para pelajar akan bertepuk tangan apabila mendengar lagu lagu ini dibawa masuk ke dalam kelas! Saya fikir biarlah fenomena di luar kotak ini berlaku asalkan para pelajar gembira dan jatuh hati pada saya! Kebetulan saya juga boleh menyanyi , maka jadikah saya a singing teacher! Pelajar pelajar ini ada yang panggil saya Ella atau Siti Nurhaliza! Walaupun saya tahu saya tidak secantik dan semerdu suara Ella atau Siti Nurhaliza sekurang-kurangnya saya popular di mata mereka! Saya harus jadi popular sebab saya tengok orang popular ni cakapnya didengar orang, pengikutpun ramai! Maka tidak salah jika saya mempopularkan diri dalam kalangan pelajar!
Sambil menghayati lagu lagu rock kapak saya akan menerangkan maksud anafora,epifora,metafora dan lain lain secara santai dan tanpa tekanan! Teringat kata En Jagan Morgan dari Saba Publications yang menerbitka modul untuk kanak kanak prasekolah ....Berikan ilmu pada anak anak dalam suasana gembira tanpa tekanan,tanpa ketakutan !
Pemahaman pelajar tentang unsur gaya bahasa ini sangat penting kerana tanpa pemahaman ini para pelajar Sastera tidak mampu menjawab soalan unsur gaya bahasa dalam puisi dan soalan KBAT mencipta sajak. Kesimpulannya sajak yang tidak digemari oleh pelajar itu saya kuak pintunya melalui lagu dan liriknya.
Bulan pertama mengajar ialah bulan peperangan psikologi dengan pelajar.
Saya akan pastikan tidak seorangpun tidur di dalam kelas Sastera! Juga tidak seorangpun keluar masuk tandas.
Anak murid saya yang suka tidur di dalam kelas seperti Mohd Amir Musa pernah terkedu apabila saya deklamasikan sebuah sajak yang bertajuk Puisi Untuk Anakku Amir dalam dewan sekolah semasa saya mempengerusikan pertandingan deklamasi sajak.Antara lain baitnya berbunyi
Amir, tahukah kau erti merdeka (rangkap 1)
Kalau kau tahu bangkitlah
bangunlah anakku,
jangan lagi tidur di dalam kelas ( rangkap akhir)
Peristiwa ini membuatkan dia gembira kerana dia tahu dirinya penting buat saya dan beerti buat saya walaupun dia suka suka tidur di dalam kelas! Semenjak itu walaupun mengantuk kerana sebelah malamnya bekerja ( sisi lain hidupnya dia merupakan anak yang sangat taat pada ibu dan bertanggungjawab kerana ibunya ,ibu tunggal) , dia tidak pernah tidur lagi! Dia akan memandang wajah saya dengan senyuman tidak percaya bahawa saya telah mencipta sajak khusus untuk dirinya dan mendeklamasikannya di hadapan kawan-kawannya! Wah glamour gitu!
Ada banyak lagi kenangan manis saya sebagai guru Sastera yang berjuang mempopularkan Sastera Melayu agar tidak pupus dan dijauhi oleh pelajar!
Hari ini dengan peperangan psikologi yang saya lancarkan saya tahu saya sudah memenangi hati sebahagian besar pelajar.
Bersama ketua panitia merangkap sahabat baik saya Zuzana Abdullah kami menjual produk yang dahulunya tidak laku dengan pendekatan ala ala jualan langsung! Kami lancarkan program tahunan Perkampungan Sastera, yang dimulakan dengan kempen, motivasi dan diakhiri dengan kudapan enak, dan bungkusan bungkusan hadiah ! Kami akan pastikan setelah pulang dari kem ini mereka tidak lagi merungut Saya Sedih Belajar Sastera sebaliknya dengan semangat yang baru Saya Gembira Belajar Sastera!
Coretan hati anak anak didik saya selepas menghadiri Kem Sastera,
Kelas 4 Efisien SMK Jeram,coretan seperti ini memenuhi dinding
belakang kelas mereka!

Langgan:
Catatan (Atom)