Telah dtakdirkan aku menjadi seorang guru, telah ditakdirkan sekolah menjadi duniaku, sesungguhnya bukan pangkat bukan gelaran bukan anugerah cemerlang yang aku buru, namun kepuasan datang bertamu apabila aku berjaya mencorakkan warna kehidupan seorang insan, merekalah amanah Allah untukku.....anak didikku ....KANVAS CINTAKU

Pengikut

Sabtu, 27 April 2019

ANTARA KERIS SIAMANG TUNGGAL DAN TIADA TAJUK...

Antara kegemaran saya ialah menonton filem- filem Mamat Khalid dan Khabir Bathia.Tapi semenjak -dua menjak ni ada banyak  filem Malaysia yang menepati citarasa saya.Antaranya filem Les Copaque Upin Ipin Keris Siamang Tunggal dan filem Mawi,Tiada Tajuk.Entah mengapa saya nampak sesuatu yang unik pada kedua- dua filem itu.Filem Upin Ipin dari kacamata saya sebagai penonton dewasa ada maksud tersurat dan tersirat.Keris sebagai lambang kekuasaan orang Melayu yang hilang dari takhta kerajaan.Bukankah itu fenomena politik semasa?
Saya tidak mahu mengulas panjang isu keris yang hilang itu.Kredit kepada produser dan penerbitan animasi terunggul Malaysia,Les Copaque.Filem ini membuat anak saya tercari-cari watak Pak Belalang,Mat Jenin,Bawang Merah dan Mak Deruma.Sehari selepas menonton sibuk dia " menggogle" watak-watak itu.Saya seronok sebab anak saya yang seorang ini jiwanya sedikit demi sedikit sudah direnggut budaya kpop,animasi Jepun dan Korea.Lagu- lagu Inggeris undergroud menjadi minatnya.Saya tak boleh fight against the cool war.Salah satu cara saya memenangi dan mengembalikan jiwa Melayunya ialah melalui pementasan teater dan filem berlatarbelakang budaya nusantara.
Filem Mawi ,Tiada Tajuk kami menonton penuh santai.Suami saya yang ajak.Dia dipromosi oleh rakan sekerja .Saya hairan juga. Rakan suami  yang bertugas di syarikat multinational boleh berminat dengan filem itu.Tapi pada awalnya saya menjangka filem ini hanya filem gelak ketawa kosong,Rupa-rupanya tidak.Setelah 15 minit menonton saya dan anak buah saya,seorang penuntut Unisel berpandangan antara satu sama lain '"Mawi boleh buat filem macam ni"
Wah,dasyat.Perlahan- lahan ekspresi kejutan itu bertukar menjadi kekaguman pada anak jati Felda Taib Andak ini.Filem ini sebenarnya filem dakwah namun penyampaiannya tidak secara didaktik.Semua cantik tersembunyi di celah- celah sinematografi yang berlatarbelakang Kampung Laut Menyanyi.Dalam banyak- banyak babak,babak Bangau oh Bangau paling saya suka.Dialog yang paling menjentik emosi.pula "Mungkin aku belum cukup ikhlas"Sebagai orang seni,saya dapat rasakan keikhlasan Mawi dalam berdakwah.Filemnya ada roh yang boleh buat kita ketawa,tanpa sedar kita mentertawakan diri kita sendiri.Lihatlah babak Suci yang pose gambar sedang solat di instagram.Bukankah itu gambaran manusia Islam akhir zaman.Semua kebaikan dia nak tunjuk pada orang.Watak manusia boleh diadili dalam media sosial.Tahniah Mawi,kalau awak buat filem kedua,kakak orang pertama akan datang menonton.
Risiko menerbitkan filem seperti ini ,tidak semua penonton boleh terima.Jika ia dibuat terlalu serius panggung akan kosong.Jika dibuat terlalu ringan,audiens akan cakap ini filem sampah.
Jadi berdiri di titik tengah.Itulah filem Tiada Tajuk.
Tiada komedi kosong.
Tiada dakwah keras.
Tiada komersil berlebih-lebihan.
Tiada eksploitasi wanita.
Masyaallah, semoga ada lagi karya Asmawi Ani dalam industri filem tanah air.



Khamis, 25 April 2019

Semoga Suksess Anak -Anak Sanggar Mustika

Azmeer bukan karakter mudah.Azmeer harus memberontak,marah,sedih,sakit,menderita,keliru,bijak,bodoh dan dungu..
Tahniah Bazly ,pelakon lelaki terbaik daerah Kuala Selangor.
 Pencapaian yang diperolehi hasil kerja kerasnya.
Bila tengok video Jannah antara favourite saya tapi suara Jannah masih tenggelam tumbul...Lets learn more Jannah boleh! Jannah memang ibu walau di luar set,sebab tu Jannah jadi tempat kawan- kawan bermanja .
Ammar perlu lebih ruang dan masa untuk menyerlah di pentas lakonan.Ammar lebih menyinar dalam bidang nyanyian sebenarnya.Apapun saya lihat Ammar insan seni sejati.Suatu hari nanti Malaysia akan mengenalinya.
Aqil bukan seorang seniman secara lahirnya.Cuma sikap mahu belajar dan rajjn belajar menjadikan Aqil seorang humble person yang disenangi.Senang cerita dia Mr Cool yang tak peduli walau langit runtuh sekalipun.Ketenangan itu akan membawa Aqil pergi jauh ...



Nireshan sangat yakin dan percaya pada diri.Kami bertuah ada Nireshan sebab dia selalu menceriakan suasana.Dei....seronok berlakon drama Melayu ye...
Tanpa Nireshan team ini seperti bey blade tanpa kuali...
Liana memang born to be an actress.Orang Aries ada jiwa seni yang kreatif.Liana sangat natural bermain emosi, lontaran dialog dan ekspresi .Anak didik Cikgu Zaimahlah katakan....Walau ketawa berdekah- dekah,kesopanan Liana masih terpelihara.Gadis manis berjiwa besar


Harris...ada kekuatan yang masih tersembunyi,Karekternya yang sopan dan berbudi,kaya nilai kemelayuan menyebabkan kami  percaya di pentas itu adalah ayah Azmeer .
Sejak pertana kali melihat Amri saya yakin dia insan unik lagi istimewa.Gila-gilanya bukan sebarang gila .Berjiwa penyayang,Amri sangat disenangi kebanyakan ahli dalam team ini.Banyak mengorbankan masa dan tenaga membantu menggerakkan team Sanggar Mustika pada awal perjalanan ,award Pengarah Terbaik layak untuknya..Tahniah Amri.
Aqilah walau pegang watak kecil namun menjadi.Aqilah ada disiplin diri yang baik sebab tu dalam team ini dia paling comel,paling sweet dan jarang kena marah.
Aisyah perempuan Melayu terakhir.Dia tabah dan sangat kuat.Walau rebah berkali- kali Aisyah bangkit dengan senyuman.Itu yang buat saya kagum.Ani versi Aisyah mungkin belum cukup bersinar tapi awas Aisyah ada jiwa Tun Fatimah yang tidak mudah menyerah..
  Bila tengok video ternyata Norman ni ada buat silap besar.Nak marah pun ada.Nak ketawapun ada.Norman kenapa menyusup keluar masuk belakang set sehingga nampak di hadapan stage. Tapi Norman karekter doktor awak not bad,agak menjadi.Maybe sebab lama bertugas di wad psikiatri awakpun jadi...??


     
Nicki Dayah dan Taufik.Tanpa anda berdua team ini akan tempang sebab kita saling melengkapi.Dayah memang a strong karakter.Dia tak kisah dikecam.Dia tak peduli dicemuh.Tanpa Dayah,tak menjadi Bukan Gila kita.Taufik,crew paling rajin dan kerja tip top.

 Iman Amin pasangan kembar yanng versatile.Walau last minute menyertai  team ,namun komitmen dalam bidang seni,tak siapa boleh challange anda  berdua..Semoga suksess di pentas peringkat negeri nanti.

Menjulang trofi Juara Teater Komsas Sekali Lagi

Kisah group teater yang aku terajui Sanggar Mustika memang dramatik.Selepas setahun tidak menyertai pertandingan terdetik hati untuk kembali beraksi.Banyak sebab yang mendorong.Antaranya tindakan drastik  PK Kokurikulum yang meletakkan teater ini dalam satu group elit di bawah Kelab Seni Budaya.Dari segi pengurusan lebih mudah  sebenarnya mengurus teater jika ia ada organisasi dan ahli -ahli yang berminat.
Pada awal penubuhannya ramai yang datang ujjbakat.Mereka yang lulus ujjbakat ini pula bergabung dengan murid yang sudah ada pengalaman teater seperti Liana dan Bazly.Pada mulanya saya jangkakan segala yang mudah itu akan terus menjadi mudah.Rupa -rupanya tidak,Sentiasa ada ruang kosong antara dua kelompok ahli ini.Yang lama tidak selesa dengan kelompok ahli baru.Ruang penyesuaian melibatkan hati dan perasaan sukar dikawal oleh manusia.Jadilah mereka boneka yang bagus dan bijak beraksi semasa latihan namun mimpi tak pernah sama.Tidur pun pada bantal berbeza.Sakit dan perit sebenarnya mengurus keegoan anak-anak ini.Yang baru masuk group teater menganggap teater ini kerja seronok dan main-main.Yang sudah senior pula memandang rendah pada kebolehan ahli- ahli baru.Keputusan saya memanggil En,Taufik Izmir bekas penuntut teater Aswara bukan keputusan yang salah.Taufik ada pengalaman kerja dalam produksi besar misalnya teater Di bawah Lindungan Kaabah arahan Rosminah Tahir.Taufik saya tugaskan menjadi jurulatih lakonan.Sentuhan Taufik walau cuma beberapa kali datang melatih anak-anak ini amat menjadi.Amri,Harris,Bazly cemerlang di bawah asuhannya.Namun sebagai pengurus produksi saya tidak menyerahkan tugas bulat-bulat kepadanya.Saya masih jurulatih yang bertanggungjwab pada skrip,arahan dan aspek teknikal.Minggu-minggu akhir sebelum pertandingan barulah ex- student saya Zaimah Hussein datang memantau dan memantapkan babak.Saya diuji dengan satu demi satu ujian.Dua minggu sebelum pertandingan 6 aripada 15 orang ahli group inj jatuh sakit secara mendadak ,berjangkit -jangkit antara satu sama lain.Saya pasrah,Mungkin tahun inj bukan rezeki kami.Dimulai dengan Hidayah,Bazly,Amri,Harris,Aisyah dsn Ammar.Amri dan Harris suspek denggi.Bazly demam virus sehingga badan kurus kering .
Latihan intensif kami terbengkalai.5 hari menjelang pertandingan barulah semua pelakon pulih sepenuhnya daripada wabak penyakit.Saya berdoa ,andai ini yang terbaik untuk kami permudahkan Ya Allah.Barangkali ada khilaf kami sehingga diuji sebegini rupa atau Allah mahu menguji kesabaran kami.Sehari sebelum pertandingan lampu yang saya guna untuk lighting pula meletup.Aduhai, bergegas ganti yang baru. Mengendalikan team teater yang majoriti ahlinya murid sekolah dengan latar akademik dan sosiobudaya yang berbeda bukan perkara mudah.Amri yang mulut becok macam bertih digoreng,Aqil yang tak konsisten masa latihan,Aishah yang ada masalah vokal,Bazly yang berkarekter tapi suka menyendiri,Norman yang kadang- kadang blurrrr. Semua cabaran besar ini yang terpaksa saya hadapi membuatkan saya kadang- kadang patah semangat.Belum lagi berhadapan kerenah Ammar yang masih keanak- anakan ,sebab umurnya baru 15 tahun. Dalam team teater saya ada Nireshan satu- satunya ahli bukan Melayu yang cemerlang di pentas teater. Jannah yang karakter keibuannya semuladi dan sangat menyerlah.Aqilah,berpotensi walau sangat muda .Harris,pandai menghayati watak dan konsisten.Liana bsnyak pengalaman di pentas,jadi mudah dibentuk.Hidayah ,muka selamba,tak kisah jadi orang gila.Semua kekurangan dan kelebihan ini terpaksa saya terima dan telan .Tiada penyesalan lagi,tak boleh undur.Pertandingan sudah semakin sampai di garisan permulaan.Crew saya Iman,Amin dan Taufik sudah bersedia dengan audio ,lighting dan special effect.Ini kali kedua kami buat drama Bukan Gila.Kali pertama tahun 2017,ketika itu ex student saya peserta Miss Lawak yang paling comel ,Zaimah jadi peneraju utama.Dalam usia yang bukan muda,terbeban tanggungjawab sebagai guru dan setiausaha pelbagai program di sekolah,drama ini hampir buat saya jadi gila..Sepanjang penerbitan dan latihan,ramai yang sentap menangis kerana dimarah,dimaki hamun.Itu karakter saya yang semulajadi.Sejak zaman Cempaka Berdarah,1400 lagi saya tak boleh terima kalau persembahan dibuat tanpa ada spiritual atau roh di dalamnya.
Mujur lah anak- anak team Sanggar Mustika saya kuat semangat,kebal dan tinggi semangat juang.Teater mengajar mereka kepatuhan,disiplin diri,menepati masa,team work dan memantapkan keperibadian.Teater juga mengajar mereka jadi manusia yang lebih manusiawi.
 Bazly dan Amri..dua karekter berbeza tapi istimewa di mata saya
 Aishah ada masalah besar dalam teater ini..dia takut "bercinta" dengan Bazly
 Semasa pertandingan sebenar crew lupa pasang audio babak ini..hmmm
 Sifat keibuan Jannah terlihat di pentas dan di mana - mana juga

 Ammar membantu babak tarian Lingser Wengi...Ammar genius tarian
 Micheal Ang Amri aduh enggak bisa senyap barang sesaat...
 Ini Iman atau Amin. ..crew yang banyak membantu dengan Taufik
 Aqilah,Jannah,Hidayah..kepenatan namun steady je
 Akhirnya piala ini jatuh dalam dakapan SMKJ

Bazly..insan seni yang dilahirkan sebagai Bazly..terima dia seadanya! Sebab itulah karakternya
Anak-anak piala sudah digenggam.Langkah kita masih jauh.Tak lama lagi pertandingan peringkat negeri Selangor.Sebagai sebuah team dari sekolah luar bandar yang under dog,banyak lagi yang kita kurang.Tidak ada istilah bangga di hati saya sebagai guru pembimbing, penngurus produksi team Sanggar Mustika ini.Yang ada hanya kesyukuran .Cikgu melalui denai onak ranjau berliku sepanjang bersama kamu.Ada ketika cikgu hampir rebah dek tikaman keris di kiri kanan tubuh.Ada ketika cikgu menangis tidak berdaya meneruskan perjuangan ini.Bukan mudah...namun melihat jiwa pejuang dalam tubuh kamu,cikgu bangun dan menguatkan azam.Bak kata Amri...Cikgu jangan sedih,pasti ada kemanisan di hujung dugaan demi dugaan ini.Maafkan cikgu kerana buat Aishah menangis.Maafkan cikgu marah - marah hanya kerana Taufik kelam - kabut di bahagian audio.Maafkan cikgu pernah hilang kepercayaan pada kebolehan Bazly.Maafkan cikgu sebab hampir -hampir nak cekik Aqil...hahaha...
Akhirnya semua kepedihan ini tetap jadi memori terindah buat kamu.
Ayuh! Sanggar Mustika...angkat senjata dan mari bertempur di medan juang,medan yang menguji kepahlawanan kita.Pertandingan Drama Komsas Peringkat Negeri Selangor! Setiapkali rasa diri kerdil dan kecil,jadikanlah diri anda macam Adiwira ,yang hebat memperjuangkan nama sekolahnya.Adiwiraku..15 orang ahli team teater Sanggar Mustika!


Ahad, 21 April 2019

Selamat Ulangtahun Untuk Diriku..

Ini kisah ulangtahun kelahiran yang kusambut pada 15 April yang baru lalu.Penuh kejutan.Suamiku ..Rahmat Dalimun yang suka mendendangkan lagu Misteri Cinta Suhaimi Meor Hasssan datang ke sekolah membawa belon dan bakul coklat.Wah,so sweet! Kebetulan SMK Jeram mengadakan sambutan ulangtahun perdana secara besar-besaran.Pandailah sahabatku Harfanizah dari UBK membuat rancangan.Surpriseeee...patutlah seminggu dua suami asyik sorok handphone..berwassup dengan Harfanizah rupanya.Terima kasih sahabatku Harfanizah dan suamiku tersayang...sepanjang hari senyumku lebar menguntum.Tak perlu hadiah mahal untuk membeli hati seorang isteri.Cukuplah kesungguhan untuk cipta momen indah..sedetik memori  itulah yang akan kusimpan menjadi kasih mekar bertahun.
 Surprise ..suamiku dan Afik datang pada saat kami berhimpun secara rasmi di  tapak perhimpunan
      Hmmm...senyum meleretlah perempuan dapat hadiah macam ni..

SANGGAR MUSTIKA ..MAWAR BER ENDANG KUMBANG BER ZAPIN MENARI

Lama menyepikan diri.Saya tenggelam dalam kesibukan tugas sebagai isteri,ibu dan semestinya seorang guru.Tahun 2019,saya diberi tugas menerajui aktiviti kelab Seni Budaya SMK Jeram.Saya memang obses dengan seni sejak di bangku sekolah lagi.Bekas guru Sastera ..walau ditugaskan mengajar Sejarah,benih benih seni tersimpan kejap dalam jiwa.Tahun ini saya tubuhkan kumpulan penari Zapin dan kumpulan penari Endang.Ramai bertanya kenapa Zapin dan kenapa Endang? Jawapannya sebab dengan cara itu saya dapat terus memelihara seni budaya tanpa dikontroversikan oleh orang lain.Zapin untuk anak remaja lelaki.Endang untuk anak remaja perempuan.Saya tahu memegang title guru kelab Seni Budaya ramai memandang serong.Saya teguh berdiri.Islam itu akidah,pegangan dari lahir sampai ke liang lahad.Tapi masyarakat Melayu nusantara harus belajar sejarah tradisi warisan nenek moyang.Lihatlah ulama agung allahyarham Hamka, mendaulatkan budaya Minangkabau dengan menjunjung agama namun tidak membunuh seni.Saya obses dengan Hamka melalui karya Merantau ke Deli dan Di bawah Lindungan Kaabah.Lantas saya pujuk anak anak perempuan  kelab Seni Budaya saya belajar tarian Endang.Pada mulanya ramai yang merungut."Cikgu,tarian ini tidak agresif.Duduk dan gerakkan tangan sahaja".Saya kata "Tidak mengapa 'belajar dulu" Teringat adat perpatih, wanita dimuliakan dan tidak dieksploitasi.Itulah falsafah tarian Endang.Kecantikan dan kelembutan wanita terserlah hanya pada gerak jari jemari ,senyuman ayu  dan kesantunan duduk bersimpuh. .Tarian Zapin pula saya minta bantuan khas jurutari profesional saudara Ammar yang merupakan teman  ex student saya Zaimah Hussein.Kedua dua insan seni ini banyak membantu tugas saya sebagai penggiat seni di sekolah.Sayang saya pada kedua duanya sama macam sayang saya pada anak anak didik saya.Ammar insan  istimewa.Luarannya dia kelihatan urban gaya remaja bandar Kuala Lumpur yang hip hop dan kpop.Tapi sentuhan dan didikan zapinnya pada anak anak Sanggar Mustika meyakinkan saya dia insan seni sejati.Jiwa Melayunya cantik tersembunyi dalam gerak dan tingkah tari zapinnya.Walau hanya sempat mengajar zapin pekajang anak anak didik saya mampu membuat persembahan yang memukau delegasi Indonesia dan Russia yang berkunjung ke sekolah kami dalam program International Friendship Week pada 8 hb April yang lalu.
Kepenatan saya berbaloi.Terima kasih Ammar,terima kasih Zaimah.Kalian boleh jadi pasangan ideal suatu hari nanti.Cikgu doakan yang terbaik untuk kalian berdua.Zaimah rasanya selepas memenangi satu pertandingan realiti TV baru baru ini boleh melangkah jauh dalam industri seni.Saya tumpang bangga.Tak salah jadi orang seni.Perspektif orang pada dunia seni itu yang menjadikan bidang seni ini penuh kontroversi.
 Kostum penari Endang saya agak moden ..aksesori kepala ciptaan kawan saya
  Rozyana Adzura..DIY kreatif
 Bersedia untuk persembahan di tapak perhimpunan..comel comel


 Shoba Taraani salah seorang penari gadis keturunan India dari group
 Sanggar  Mustika memilih untuk bersama -sama mempelajari
 dan menyelami kelembutan irama Endang.
 Gambar kenangan bersama delegasi Indonesia dan Russia. Amazing
  perfomance .Tarian Zapin guna lenggok zapin pekajang iringan lagu
  Ya Salam.
 Bukan senang nak pujuk anak anak zaman ini berzapin..alhamdulilah nak juga  Fakhrul,Ammar,Pidin,Faiq dan Aiman berzapin...kacak bergaya dalam busana
 baju Melayu bersongkok bersampin..
Salam seni budaya...jangan bunuh seni tradisi kerana ia akar umbi dan warisan pertiwi ..ayuh pertahankan!