Di kelas saya..ramai adiwira yang hebat.
Salah seorangnya Muhamad Kamal Arif. Jangan terkejut kalau suatu hari nanti Kamal Adli ada saingan. Kamal Arif. Saya terkejut apabila jurulatih drama sekolah kami Pinky Umairah ambil Kamal untuk watak Azmer dalam drama Bukan Gila.Pinky Umairah hampir gila. Sayapun sebagai salah seorang tenaga pengajar hampir gila.Sebabnya setelah berbulan-bulan latihan Kamal Arif tak gila.Sikitpun dia tak nak jadi gila.Control macho.Aduhai,saya hampir putus asa.
Lagi dua hari sebelum pertandingan drama Komsas peringkat daerah, saya cakap pada Kamal..Awak belum cukup gila? Kalau awak tak gila..impian sekolah kita nak jadi Johan Daerah akan tinggal impian..Kesian tengok Pinky Umairah alias Zaimah Hussein berhabis tenaga dan nyawanya untuk team.Namun Kamal Arif insan yang layak digelar adiwira.Bayangkan from zero to hero.Dia tunjang utama membantu SMK Jeram menjadi Johan Drama Komsas peringkat daerah.Lebih mengejutkan dia tiba -tiba jadi gila dan dapat anugerah Pelakon Lelaki Terbaik.Adiwiraku...kalau dalam filem itu ,SMK Pinang Tunggal buat pertama kali menang tempat kelima antara 20 sekolah dalam daerah Yan, namun Adiwiraku...versi SMK Jeram....kami menang tempat pertama dan jadi Johan Daerah menewaskan SMSains yang unggul dalam pertandingan ini.Bukankah ia suatu sejarah.Beraksi di peringkat negeri pula Kamal Arif dan rakan- rakan dari Group Teater Semerah Padi pulang dengan trofi Anugerah Khas Juri.Bangga sangat guru dan pelajar SMK Jeram,sebab bagi sebuah sekolah luar bandar yang jarang mendapat tempat,anugerah ini memberi pengertian yang besar..It's a big dream. Sama macam SMK Pinang Tunggal,
Seterusnya ramai lagi Adiwiraku ...dari kelas 5 Sains 2017.Antaranya Irlyani Nawarah,yang bukan setakat cemerlang akademik bahan cemerlang koakademik.Nani yang sempoi orangnya, gadis kampung berjiwa besar.Dia meminati bahasa Inggeris dan tak pernah berasa kerdil untuk bertutur bahasa Inggeris.Nani berjaya menjulang Naib Johan English Debate peringkat daerah dan Johan Scrabble dengan rakan sekelas Azreen yang tak kurang hebat.Nani juga satu-satunya yang dapat straight A dalam Trial Exam.Tahniah..Nani, selalu positif,smile always,a cute little girl ! Selain Nani,kelas saya ada Perempuan Melayu Terakhir iaitu Aina Shazwani.Aduhai,sama macam gambaran lagu Gadis Melayu...Aina sangat mempersona. Sopan, kurang bercakap namun otak berisi. Seorang lagi Hafidzahidah...yang ini senyumannya berharga 10000 rupiah. Tapi diam Hafidzahidah adalah diam seribu makna. Dia antara top 5 di sekolah.Rasanya selain Kamal Arif yang akan jadi saingan Kamal Adli,paman Hakim juga popular.Dia ketua pengawas yang top. Jangan main-main anak kampung Bukit Kerayong ini pernah jejak kaki ke Bulgaria tahun 2015, di bawah program Ascef..bersama Cikgu Masinah Sahid. Dapat Gold Medal lagi.Hakim saya gelar Fattah Amin sebab dia pemuda kampung yang smart dan branded.Penampilannya urban! Seorang lagi top guys Ashrafi..yang ini pula dah jejak kaki ke Italy semasa program Persahabatan Antarabangsa dengan seorang lagi gadis cantik bermata bundar Aisyatul Amaniyah yang jadi rebutan dalam diam.World sangat anak anak saya 5 Sains 2017.Semua layak digelar Adiwiraku! Sebut tentang Aisyatul teringat Nabil. Anugerah untuk mereka berdua ialah pasangan paling meletop!Panjang ceritanya namun kalau tak usik mereka berdua kelas 5 Sains macam lagu tanpa irama,Seorang lagi beautiful person in my class...Zahirah atau nama panggilan saya untuknya Zahirah Mac Wilson. She's a person without a mask! Kecoh,gila- gila ,kadang nampak terlalu naif sampai nama presiden Amerika disebutnya Donut Trumph.Sehari tanpa dengar suara Zahirah saya rasa down sangat.
Bercerita tentang semua Adiwiraku di 5 Sains 2017,rasanya 1001 Malam tak habis.Sebagai guru Sejarah dan guru kelas terlalu banyak kenangan suka duka senyuman tangis saya kongsi dengan mereka. Tragedi yang menimpa Aidil...alhamdulilah dia masih kuat walau hatinya saya tahu menyimpan erat duka nestapa. Hafizuddin dengan penyakit yang belum kunjung kebah.Mereka berdua adalah lakaran hitam ungu dalam kanvas kehidupan saya sebagai guru kelas! Begitu juga Ismart atau Beto Khusyairy nama glamournya, kerana wajah mereka hampir seiras. Semoga kesusahan, kepayahan tak menggagalkan cita-cita Ismart untuk menjadi Ketua Polis Negara. Pada yang lain ,Hasif, ketua kelas yang handsome,Zul orang Perak yang sado, Haikal yang bercita-cita jadi pilot..kamu semua Adiwiraku....Cikgu selalu sayang kalian tanpa syarat!Begitu juga semua anak-anak perempuan Adiwiraku!Ayu yang selalu ayu. Disebelahnya Ain Sakinah yang tak kurang ayu..ala-ala Fazura.Syarafana yang lembut tapi kalau berpidato kalah Dr Muhaya. Farah yang cantik macam Hanis Zalikha. Anis yang tabah dan kuat sebenarnya...I can see through her eyes.Aqilah yang tenang...minah cool.Hazikah yang sangat patriotik dan berjiwa serikandi. Dia satu-satunya wanita yang sudah pegang senjata, rela mati demi negara! Izatti yang semakin rajin, semakin cemerlang.Aishah yang comel sangat,selalu merenung jauh masa depan.Firda yang penuh misteri,diam namun penuh fantasI. My lovely...the only sweet Indian girl,Hisshantini!
Kemudian si Umie yang kecil-kecil cili padi, kelakar dan peramah.
Percayalah walau cikgu mengajar kamu Sejarah dan cikgu tahu cikgu terpaksa bersaing untuk mengambil tempat di hati kamu,kerana kamu pelajar aliran Sains yang sangat teoritikal dan matematikal .Namun cikgu yakin ada sedikit ruang kosong yang kamu simpan untuk matapelajaran Sejarah dalam hati kamu.Sebab kita semua tahu tamadun Yunani yang agung itu dipenuhi manusia yang seimbang pendidikannya, antara disiplin Sains dengan disiplin kemanusiaan seperti Sastera,Pidato dan Muzik.Tamadun China yang hebat juga menekankan disiplin ilmu kemanusiaan sebagai subjek wajib.Cikgu mengajar Sejarah dengan niat kamu bukan sekadar lulus cemerlang A plus namun cikgu sedang menyemai benih-benih patriotisme agar kamu semua jadi aset negara yang cemerlang,gemilang lagi terbilang! Cikgu jarang bercakap hati ke hati dengan kamu sebab kamu semua adiwira yang selalu rasional bukan emosional. Namun Adiwiraku sekalian, kali ini biar lah tinta ini berbicara. Sexungguhnya cikgu amat sangat menyayangi kalian. Sayang itu terasa kian hari kian dalam menjelang perpisahan kita beberapa minggu lagi.Kalianlah Adiwiraku.... 5 Sains 2017..