Telah dtakdirkan aku menjadi seorang guru, telah ditakdirkan sekolah menjadi duniaku, sesungguhnya bukan pangkat bukan gelaran bukan anugerah cemerlang yang aku buru, namun kepuasan datang bertamu apabila aku berjaya mencorakkan warna kehidupan seorang insan, merekalah amanah Allah untukku.....anak didikku ....KANVAS CINTAKU

Pengikut

Rabu, 24 Mei 2017

Catatan Hari Guru 2017

Tanpa saya sedari masa jauh berlari.Tahun 2017,tahun cabaran buat saya.Diberi peluang menjawat jawatan penting di sekolah, kepenatan sering saya alami. Aduhai, mampukah saya bertahan dengan cabaran ini.?Dilema seorang guru...bilik darjah atau kerja perkeranian menggunung?Apabila bersembang dengan rakan yang bersara awal ternyata tidak ada yang menyesal. TUHAN...berilah saya sedikit lagi kekuatan sampai tempoh umur persaraan.
Tahun ini saya mahu lebih tenang, lebih kuat dan lebih matang. Namun sesekali jiwa perempuan saya rebah juga dengan desakan dan tekanan.
Tuhan beri saya jiwa setabah Sumaiyyah, secekal Rabiatul Adawiyah, sehebat saiditina  Khadijah walaupun  saya saya hanya manusia biasa dengan titisan air mata yang kerap mencurah!
Saya mahu pimpin dan didik anak-anak tanpa prejudis, tanpa syarat, tanpa agenda untuk selembar pujian manusia. Saya mahu jadi fasilitator berwibawa untuk menggalas beban guru abad 21,namun saya keletihan menyelesaikan tugas-tugas sampingan yang melebihi kapasiti tugas utama.
Seperti biasa saya tetap  diberi kelas-kelas belakang namun semua itu anugerah buat saya. Walau graf keberhasilan saya tak setanding guru-guru yang mengajar  di kelas hadapan namun saya istiqamah untuk terus membulatkan tekad bahawa suatu hari dan suatu ketika anak-anak  kelas belakang ini akan tahu erti kehidupan .Live is not as easy as we taught but yet life must goes on!
Apabila membaca ucapan Hari Guru daripada bekas anak -anak didik saya, saya tahu perjuangan saya tak pernah sia-sia.Walaupun dulunya mereka nakal, degil, liar, malas belajar namun hari ini mereka semua sudah ada sisi lain kehidupan yang bermakna. Walaupun tak jejak menara gading mereka tak kalah dan tak rebah! Segaris ingatan setiap kali menjelangnya sambutan Hari Guru membuat saya mengerti tak ada ruginya teguran, pukulan, cubitan, bimbingan, dan didikan yang saya titipkan buat mereka walaupun masa itu mereka macam tak mahu peduli dan tak mahu terima.
Nikmat bahagia itulah yang buat saya berdiri teguh pegang amanah Tuhan rabbulizati..Selamat Hari Guru!